Geng blog

30/04/2014

Rindu aku sangat rindu kamu!! SAMTK!

Bismilahirahmanirahim....

Minggu lepas sempat berkunjung ke SAMTK.. sekolah tempat lama aku praktikal tahun lepas... berjumpa semula dengan bekas pelajar yang pernah memberi aku pengalaman mengajar mengundang semula nostalgia lama..eceh!! haha.. sesuai lah dengan lagu ni... :)

Hari demi hari telah ku lewati
Tak pernah aku bersamamu lagi
Tak pernah aku menduga
Kau akan pergi tinggalkan aku



Jauh kau pergi tinggalkan diriku
Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku


Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri

Ooh jauh kau pergi tinggalkan diriku
Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu


Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu

Di saat aku sendiri


Terasa berat hati nak meninggalkan mereka, tapi tanggungjawab aku dah lama berakhir di situ.. life must go on... but i do love them eternally!! Rata-rata pelajar bertanya, cikgu masih ingat saya tak? apa nama saya cikgu? hahaha.. baru beberapa bulan, takkanlah aku dah lupa kat mereka kan??

Yang paling mengharukan , ada seorang pelajar yang pernah aku hadiahkan penanda buku masa hari lahirnya , dia simpan penanda buku tu dalam dompet dia sebagai tanda ingatan kat aku! haha... comel sangat!!!


Rindu , aku sangat rindu kamu!! 

Sekian!!

25/04/2014

Jom Follow Blog Karya Agung!!!

Bismilahirahmanirahim....

Pernah dengar tentang karya agung? Karya agung ni merupakan khazanah bangsa kita.. Di Malaysia ada 15 Karya agung telah disenaraikan sebagai karya agung yang diikitiraf secara rasmi.. Nak tahu lebih lanjut?? Layari laman web KARYA AGUNG.

Sebenarnya , blog ni dibangunkan untuk memenuhi tugasan Kursus Karya Agung Melayu. Banyak manfaat dan info yang boleh anda perolehi apabila melawati blog ini. Jadi marilah sama-sama menambahkan bilangan follower bagi blog ini dan jangan lupa tekan butang like di pautan di bawah!! Bantuan anda amat dihargai!








S.E.K.I.A.N

Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi tuan menjadi kenangan




Tag



13/04/2014

Musim Bunga Hati Aku

Takkan kau tak rasa apa-apa?
Walaupun kau tak tengok aku
kau tengok gambar-gambar aku
takkan takda sedikit pun terdetik dihati kau tentang kenangan dulu?
takkan tak terimbas sedikit pun janji yang pernah kau lafaz dulu?
takkan kau betul-betul dah hilang ingatan tentang aku?

Mungkin salah aku
salah aku untuk terus ingat kau
kau yang dah lama lupakan kewujudan aku
takpe
kalau kau nak tahu
memang aku sengaja muncul
memang aku sengaja nak sakitkan hati kau
memang aku nak kau tengok aku gembira
aku nak kau tengok aku tersenyum bahagia
walaupun hati aku terluka
dalam


#musim bunga , mungkinkah kembali bermukim dihati?



07/03/2014

This is The Final Battle!

Bismilahirahmanirahim...


Topik yang paling tipikal untuk tahun ini bagi aku... final year! Bila dah kata final year , maksudnya final effort lah kan? haha... untuk tahun terakhir disini.. sekarang dah masuk minggu ketiga kuliah , tugasan dah mula berlonggok-longgok menagih janji untuk dilunaskan...wah..puitis.. maklumlah berdepan dengan tekanan PROJEK TAHUN AKHIR ...



taaada! inilah senarai hitam tugasan! haha

Hohoho... walaupun cuma empat kursus sahaja semester ni rasenya antara semester yang paling stresssssss sekali dengan tugasan... tapi walaupun nak kate sibuk dengan tugasan masih jugak sempat berangan.. haha..teruk! 


Hasil kreativiti ni aku buat akibat tekanan melampau.. hihihi..boleh inbox kalau berminat..kasi murah-murah aje.. pengalas tetikus...


Aku , tikus dan meow...haha

Tahun ni sempat jugak join hari keluarga anjuran pelajar Bahasa Melayu...

aku sebelah kiri sekali....

kami cikgu-cikgu BM bitara!

Sekarang ni sepatutnya aku sedang menaip semula kertas cadangan untuk tesis aku..tapi lain pula peginya... haha... Doakan segalanya lancar buat aku !

S. e .k . i . a. n.

# arjunabeta 
# dewi cinta
# bintang hatiku

03/03/2014

Aku di bulan Mac!

Bismilahirahmanirahim....

Sudah enam bulan berlalu... sudah dua minggu aku di sini... namun entah mengapa aku masih mimpikan dia... mungkin kenangan yang tercipta terlalu lekat dalam ingatan , padahal dia sudah lama memadamkan aku dalam kotak memorinya...

Aku cuba untuk bangkit kembali..meraih semula apa yang aku pernah lepaskan demi dia.. namun terkadang aku jatuh dalam usaha aku.. bukan kerana pengkhianatan orang lain, tapi mungkin aku sendiri yang masih terkenang-kenang...

Aku dah serik dengan janji.. aku trauma dengan kisah yang lalu dan sejujurnya aku masih belum membuka hati sepenuhnya untuk kisah yang baru... aku masih takut untuk memulakan semuanya kembali.. aku hanya mampu berdoa agar aku diberi kekuatan untuk mengharunginya..  aku terlalu takut...

Aku sangat berterima kasih buat yang banyak memberi sokongan saat aku terjatuh... memberikan semangat saat airmata ini luruh...

Bulan Mac ini semoga memberi kekuatan buatku memulakan kembali semuanya dengan semangat yang baru... Longgokan kerja yang mula menompok-nompok diatas meja.. mudah-mudahan segalanya dipermudahkan...




23/10/2013

Impian Nak Meniaga....

Bismilahirahmanirahim...

Beberapa minggu lagi latihan praktikal di SAMTAK bakal berakhir.. now its time to counting the days... 12 days to go... er...er...er...

But then aku terfikir sesuatu, apa aku nak buat sempena cuti panjang sehingga bulan Februari nanti ye? haha... kerja? Ya.. aku memang gila kerja.. aku suka penuhi masa cuti dengan kerja cari duit lepas tu bagi habis duit sebelum semester baru bermula... tiap-tiap sem pun macam tu.. macam mana nak kumpul duit kawen kan... hahaha..

Kerja pertama aku dulu kat kedai kek.. macm-macam jenis kek jugaklah yang aku tahu namanya... tapi aku ni tak minat bidang masakan, jadi takdelah impian nak membina empayar perniagaan kek pulak..haha..

SURIA BAKERY
Tadaa....! kat sinilah kerjaya aku bermula! :)
Aku penah jadi minah kilang lepas SPM dulu.. masa tu bukan senang nak mintak kerja..sebab pihak pengurusan tahu yang budak-budak lepas STPM ni kerja sementara je.... tapi pandai-pandai la nak auta fakta kan..

Kilang tauhu..bukan tauhu yang putih tu, tapi tauhu ni biasa orang Cina yang makan.

Tapi kerja kilang ni penat..letih..macam takde kehidupan lain...hari-hari duk menghadap kerja yang sama.. tapi Alhamdulilah.aku mampu bertahan 6 bulan macam tu sebelum aku dapat tawaran sambung belajar...

Masa cuti sem pulak aku kerja kedai runcit...aku paling suka kerja ni sebab banyak peluang jumpe dengan orang ramai..aku memang suka kerja jumpa-jumpa orang ni... macam satu kepuasan bila kenal ramai kawan-kawan baru...

Aku rasa cuti sem kali ni macam nak buat perniagaan online la...ade peluang nak maju tak? aku minat kerja-kerja menjahit.. kan sekarang banyak banyak buat produk kecik-kecik macam kain felt tu.. rasa macam nak cuba lah... haha...




Cantik kan? comel je tengok..

Aku ni tak keratif orangnya..tapi aku mampu meniru dengan baik... haha... tulah yang kawan-kawan aku selalu cakap...jadi kalau ada bahan yang boleh dirujuk rasenya boleh maju buat bisnes ni...then sekarang dah bolehlah mencari pembekal untuk bahan-bahan ni..ye dop? haha..

Sekian..

16/10/2013

Semoga dimakbulkan!

Bismilahirahmanirahim....



#Ya Allah, Peliharakan dia sebaik-baiknya walaupun aku tidak lagi ada bersamanya....

10/10/2013

Balik kampung..wowowo..balik kampung....

Bismilahirahmanirahim....

Malam ni akan bertolak balik ke Johor.... cuti sempena hari raya korban.... hari selasa dah balik semula ke sini memandangkan hari Rabu pelajar dah menyambung peperiksaan...Tapi rase macam nak demam pulak.... nasib baik malam ni kawan yang memandu... doakan perjalanan aku selamat pergi dan balik...

Alhamdulilah....



S.E.K.I.A.N


08/10/2013

Semoga Terpadam!

Bismilahirahmanirahim...

Semalam adalah KENANGAN,
Hari ini adalah KENYATAAN, 
Esok adalah HARAPAN...

Gambar mungkin boleh dipadam.. tapi bagaimana dengan kenangan? Masih tersimpan rapi dalam memori.. terkadang terlintas dan terimbas.. segala kenangan manis yang pernah kita ciptakan bersama....tapi semuanya sedang berlalu dengan begitu pantas.. semoga masa menghapuskan segala perasaan itu.....

Kalau aku ada butang ni, lama dah aku tekan...



Hari ini semoga segalanya berjalan lancar.. semoga doa-doa yang aku pohon akan termakbul... semoga segala urusan dipermudahkan...semoga masih ada jalan yang luas untuk aku terus melangkah...


#Semalam aku dah berhenti menangis...semoga hari yang mendatang juga.. tak guna mengenang seseorang yang tak mahu diingati.
#Tuhan , jagakan dia walau aku tidak mampu lagi bersamanya.
# Sayang 
# Jodoh + ajal maut semua ditangan Tuhan.

06/10/2013

Luka dalam hati.




Bismilahirahmanirahim....

Bagaimana aku hendak tafsirkan perasaan aku hari ini.....? Aku sedih.. hati terluka... entah bagaimana hendak menghuraikan semua perasaan ini... Aku tahu melayan semua ini hanya sia-sia dan membuang masa sedangkan aku masih ada tanggungjawab lain yang perlu aku penuhi...

aku sedih...terluka..disakiti..

Syukur aku masih disokong saat aku jatuh... saat aku lalai ada yang menegur.. katanya masih ada yang lebih penting daripada semua kelukaan ini... semua ini ada hikmahnya.. mungkin ini cara Allah menegur kesilapan aku... terima kasih wahai sahabat yang masih belum berhenti mengingatkan aku..


Membayangkan masa depan yang aku sendiri tak pasti


Perasaan ini adalah perasaan yang sama..dua tahun yang lalu... berjalan sendiri... kosong.... noktah untuk segalanya... mengambil masa juga untuk aku hadapi.. untuk aku terima kenyataan...

Sayang sedalam mana pun terhadap seseorang , dia cuma makhluk yang sementara.. sayang yang kekal adalah kepada pencipta... mungkin aku lalai.. aku leka.. alpa dengan semua nikmat yang diberi... YA ALLAH ampuni aku...

Buat teman-teman , maafkan sekiranya sikapku beberapa minggu ini akan memeningkan kalian...aku masih cuba mengadaptasikan diri dalam proses kehilangan.. 

biar aku sendiri yang menahan rasa ini...


#walau hati cuba menahan , air mata tetap gugur kerana aku tak mampu..aku tak kuat untuk semua dugaan ini.. tapi tak mungkin Allah menzalimi umatnya...semoga segalanya cepat berlalu...
#minggu praktikum hanya tinggal 5 minggu lagi. Selamat tinggal Selangor dan segala kenangan... Bumi Johor , Aku kembali.

S.E.K.I.A.N...