Geng blog

04/07/2012

Senyum..


Senyumlah
Walau hati terasa perit
Senyumlah
Walau jiwa terasa  sakit

Ya..
Aku masih teguh berdiri
Menahan sakit yang kau beri
Aku masih mampu mengukir senyuman pahit
Walau hati terhiris
Aku berterima kasih
Atas luka yang telah kau beri
Tanpanya aku tak mungkin sekuat ini
Masih angkuh aku berdiri
Mengisytihar aku masih mampu
Walaupun dalaman ku meragui

Aku masih degil
Mempertahankan apa yang aku percaya selama ini
Akhirnya hari ini
Sebuah kisah dongeng telah menemui penamat
Penamat yang bukanlah diharapkan
Pengakhiran yang cukup menyakitkan


Biarlah..
Biarlah seluruh dunia memihak padamu
Kerana bijaknya kau memutar cerita
Tapi aku tahu
Kisah kebohonganmu…

Sebirat Kenangan…





Menunggu walaupun pedih
Tetap teruskan walaupun berat terasa untuk melangkah
Segalanya begitu jelas
Segalanya sudah terlihat
Aku masih disini
Masih berdiri
Masih bertahan
Walaupun hati ini hancur
Walaupun jiwa ini luluh
Walaupun dengan semangat yang semakin rapuh
Aku masih berharap
Ada sinar untuk esok
Ada cahaya untuk menyuluh
Moga aku masih mampu
Masih kuat berdiri
Mengharungi liku-liku ini
Walaupun hidup ini umpama tiada erti lagi..




hidup masih belum berakhir sekalipun cinta telah berakhir...