Geng blog

30/11/2012

Akhirnya aku tahu kita kawan...

Akhirnya aku tahu kita kawan
kawan yang sekadar kawan
kita kawan yang tak menyimpan sebarang perasaan
kau tak pernah rasa kehilangan
saat aku tak lagi mencari perkhabaran..

akhirnya aku tahu kita kawan
untuk segala pertanyaan
kini sudah terbentang jawapan
aku tak lagi kehairanan
memikirkan apakah sebenarnya makna sebuah hubungan...

akhirnya aku tahu kita kawan
setelah semuanya kau tamatkan
setelah kau suarakan pengumuman
buat mereka yang dilanda pertanyaan

akhirnya aku tahu kita kawan
setelah segalanya ketahuan...


27/11/2012

Terima kasih awak...

Terima kasih awak
sebab tenangkan hati saya

Terima kasih awak 
sebab sudi dengar luahan saya

Terima kasih awak
sebab memahami saya

Terima kasih awak
sebab biarkan saya jadi diri saya

Terima kasih awak
kerana kembalikan rasa ini..

awak..
biar awak jauh
biar kita bukan seperti yang lain
apa yang saya tahu
apa yang saya harap
awak turut rasa
saya sayangkan awak
saya ambil berat tentang awak
biar kita saling menjaga
walau kita jauh dimata

Terima kasih awak
untuk segala rasa..

#kite berbeza#


20/11/2012

YA ALLAH SELAMATKAN GAZA!!

Bismillahirahmanirahim...

Mungkin bukan kita yang terasa sakit dan luka, 
Mungkin bukan rumah kita yang dibedil bom,
Mungkin bukan anak-anak kita yang mati, 
Mungkin bukan ibu dan ayah kita yang terkorban,
Mungkin bukan sahabat kita yang menjadi mangsa serangan,

Tapi..

Mereka saudara kita,
Mereka saudara seagama kita,
Mereka saudara kita dunia dan akhirat
Mereka muslimin dan muslimat,
Mereka beragama Islam..

Si ayah menggendong anaknya ke hospital,
Si ibu menggadai nyawa menyelamatkan anaknya walupun nyawanya sendiri dalam bahaya,
Si anak berteriak-teriak memanggil ibunya,
Si kakak cuba menenangkan adiknya walaupun dia sendiri masih baru belajar mengenal dunia,
Si sahabat sanggup bergadai nyawa menyelamatkan sahabatnya,

Nyawa bagi Yahudi umpama mainan,
Kanak-kanak dibunuh tanpa kasihan,
Rumah dibedil tanpa perasaan,
Tiada simpati mahupun rasa kemanusiaan,
Jumlah yang terkorban melebihi apa yang dilaporkan

Bukan wang berjuta yang saudara kita di sana harapkan,
Bukan balasan pembunuhan tanpa kasihan,
Doa dan langkah membantu dari kejauhan,
Bukan banyak yang mereka inginkan,
Hanya bantuan buat yang memerlukan!

YA ALLAH, SELAMATKAN GAZA... SELAMATKAN MEREKA YANG TIDAK BERSALAH, YA ALLAH TUNJUKKAN MEREKA JALANMU YANG LURUS, KUATKAN SEMANGAT DAN IMAN MEREKA, SEMOGA MEREKA SYAHID DAN JIHAD DI JALANMU YA ALLAH!!

18/11/2012

Review Zaiton Ceritaku

Bismilahirahmanirahim...

Tibe-tibe rase nak cerita sikitlah pasal movie yang baru-baru ni aku tonton.. cerita Zaiton Ceritaku.. Mungkin ramai tak tahu dan ramai taknak ambil tahu pasal Zaiton Sameon ni.. tapi bagi aku kisah hidup dia sangat menarik dan patut untuk difilemkan... aku tertarik nak tulis benda ni lepas baca entri kat SINI.


ni poster cerita ni..

Tapi sayangnya dalam panggung mase aku pegi tonton cerita  tu cume ade 4 orang penonton sahaje..ah, tak tahu nak kate ape.. mungkin orang lebih suke tengok cerita lawak dari tengok cerita yang bawa mesej berat macm ni.. tapi sejujurnya cerita ni memang best.. sarat dengan nilai dan pengajaran yang positif.. Zaiton menonjolkan macam mana susahnya nak bangkit semula selepas dugaan yang begitu besar menimpa dalam hidupnya.. perkara yang hampir semua orang lalui.. nak bangkit semula selepas kehilangan yang besar.. ok, mungkin aku suke cerita ni sebab aku suka baca novel dan motivasi.. tapi keseluruhannya movie sangat tinggi nilainya dalam memberi motivasi kepada orang lain... itu pandangan peribadi aku...

Sekian...

Tentang UPSI!!!

Bismillahirahmanirahim..

Malam ni malam yang serabut...sebab apa? sebab malam ni malam add/drop atau bahasa melayu nya tambah gugur kursus.. Malam ni memang semua pelajar akan bertungkus lumus depan laptop demi nak add kursus.. untunglah mana-mana universiti yang dah siapkan jadual terus untuk pelajar.. daftar sem terus masuk kelas semester depan.. Kami ni pelajar ISMP bersengkang mata semata-mata nak add subjek...

Tapi alhamdulilah malam ni berjalan lancar.. senang pulak nak add kursus berbanding sem lepas... cume serabut bila kawan-kawan yang tak dapat add bising..haha..padahal kalau aku kat tempat mereka pun aku mencarut jugak...mase nilah nak tengok kawan-kawan online paling ramai dalam FACEBOOK sebab masing-masing naik status stress dengan sistem..tak dapat add.. masa ni lah nak tengok tahap kesabaran pelajar UPSI...haha


huhuhu... :)


Sem depan dah sem 6.. rase macam cepat pulak masa berlalu...Kenangan bersama sistem MYSIS akan jadi kenangan terindah nanti bila dah tamat pengajian..hahaha.. Persoalan banyak dilontarkan, kenapelah MYSIS ni tak macam FACEBOOK? laju jekkkk..takde nak loading-loading bagai... berapa juta online pun tak jadi masalah...hahaha.. mungkin suatu masa nanti kot..

Tahniahlah kat kawan-kawan yang dapat add semua subjek.. tapi aku ade lagi yang tak dapat add..tapi takpelah..ramai lagi yang senasib...rutin tiap-tiap sem, presiden persatuan akan turun ke fakulti mohon penambahan kuota atau pencerahan tentang kursus yang tak dapat di add dalam sistem MYSIS.. hahaha.. lebih baik add manual kan?ramai yang cakap macam tu.. takpelah...semua tu pengalaman.. tak susah mane nak senang... oklah.. tido dulu... salam..

Sekian...

16/11/2012

Kelebihan Solat Sunat.

Bismilahhirahmanirahim...

Solat adalah tiang agama, maka barang siapa yang mendirikannya sesungguhnya dia telah membangunkan agama dan barang siapa yang meninggalkannya sesungguhnya seolah-olah dia telah meruntuhkan agamanya sendiri.

Solat terbahagi kepada 3 hukum iaitu:

  1. Wajib atau fardhu.
  2. Sunat.
  3. Fardhu Kifayah.
Sunat berasal dari kalimah Sanna yang bermaksud jalan. Sunat adalah sesuatu yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk diikuti oleh umatnya . Solat sunat ialah solat yang selalu dilakukan oleh baginda setiap hari dalam kehidupannya di samping solat fardhu yang diwajibkan dan baginda amat menggalakkan umatnya untuk mengalamalkannya. Solat sunat bukan merupakan kewajipan dan bermakna bukan wajib untuk kita melakukannya namun apabila kita melaksankannya ianya secara sukarela bagi menujukkan rasa cinta kepada Allah SWT. 

Antara kelebihan solat sunat ialah:

  1. Merupakan amalan terbaik kerana antara amalan yang mendekatkan diri seorang hamba dengan penciptanya.
  2. Menutup kekurangan solat fardhu yang tidak sempurna dan kurang.
  3. Ibadah yang membawa seseorang ke syurga kerana membuahkan kecintaan kepada Allah s\SWT.
  4. Meninggikan darjat seseorang dan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.
  5. Mecegah dari melakukan perbuatan terlarang kerana solat merupakan perisai yang dapat melindungi diri seseorang dari terjerumus melakukan perbuatan yang dilarang.
  6. Mendatangkan keberkatan kepada rumah kerana mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli rumah.

Sekian...

Kelebihan Asmaul Husna

Bismillahirahmanirahim...

Asmaul Husna merupakan 99 nama-nama Allah yang perlu diketahui oleh umat Islam. Terdapat keterangan dalam beberapa kitab yang menerangkan fadhilat atau manfaat mengalamalkan Asmaul Husna. Antara kelebihannya adalah menguatkan daya ingatan dan pemikiran. berikut ada beberapa contoh yang boleh kita amalkan:

Ya Khaaliq 
Apabila dibaca pada setiap malam, akan diterangkan hatinya untuk mudah menerima ilmu dan         memahaminya.

Ya Mubdi
Sesiapa yang berwirid dengannya sebanyak mungkin mudah baginya untuk mempelajari dan memahami ilmu.

Al Hayyu
Sesiapa yang membaca Ya Hayyu sebanyak yang dia mampu selepas solat 2 rakaat sunat subuh atau sebelum solat subuh akan dihidupkan hatinya.

Al Alim
Sesiapa yang mengamalkannya nescaya dibuka pintu hatinya sehingga mudah menerima ilmu pengetahuan.

Al Hakim
Sesiapa yang membacanya bakal menjadi orang yang bijak dan mempunyai himah yang tinggi.

Al Waris
Syeikh Zarrauq pernah berkata : sesiapa yang berada dalam kesesatan atau kebodohan, apabila dia berwirid  dengan Al Waris akan memperoleh petunjuk dan kebaikan serta dikurniakan kecerdikan.

Al Alliy
Sesiapa yang rajin mengamalkannya akan memperolehi kemajuan dalam pelajarannya dan tinggi kedudukannya.

Segala nama-nama Allah yang dinyatakan disini hanyalah sebagai satu ikhtiar sahaja. Jika mujarab dan berkesan hakikatnya datang dari Allah SWT. Jika tidak mujarab ataupun berkesan juga telah memang ketetapan Allah tentang sesuatu perkara itu.

Sekian...


Cara tenangkan Hati...

Bismillahirahmanirahim....

Lama sudah aku tak merasa tenang sebegini.. rasa tenang hati nak buat assigment yang berlambak-lambak tu... rasa semangat untuk meneruskan hidup sebagai manusia dimuka bumi ni....

Mungkin semua nikmat ni hasil memperbetulkan niat..bila difikir-fikir balik mungkin banyak yang dah aku lalaikan..aku leka..aku lupa tanggungjawab aku bila datang belajar kat sini...

Kadang-kadang aku hairan..aku tengok ada kawan-kawan yang boleh bahagikan masa belajar dengan bercinta,berniaga, bersahabat, bersosial... aku tak boleh... aku tak pandai nak bahagikan semua tu... bila aku buat sesuatu perkara aku fokus pada satu jek... bila buat dua perkara jadi bercampur aduklah semuanya...

Alhamdulilah... pagi ni aku boleh menulis seperti dulu.. rujuk sedikit bahan dan gunakan pengetahuan sedia ada.. nikmat yang aku miliki masa belajar kat sekolah dulu.. lama dah tak rasa nikmat ni... beberapa sem ni aku rasa aku banyak main-main..banyak leka..aku lalai dengan niat aku untuk belajar... dulu aku rajin buat kerja sekolah cikgu bagi.. rasa seronok sangat bila jadi orang pertama yang siap tugasan.. tapi sekarang entahlah... dah saat-saat terakhir baru aku nak buat assigment..ish3...

Terima kasih Ya Allah sebab mengembalikan jalan yang benar padaku... sekarang aku rasa lebih tenang nak buat kerja... boleh layan lagu sambil buat kerja... fikiran pun tak melayang tah kemana-mana... boleh bahagikan masa dengan macam-macam perkara.. dah tak serabut macam beberapa sem lepas.....

Tiba-tiba aku rasa rajin pulak baca buku motivasi..hahaha..ni pengaruh kawan aku lah ni... dia kata dia rela dicampakkan dalam lautan buku.... bila aku dengar kata-kata tu buat aku terfikir... dulu aku rajin beli buku.. sampai buku berlonggok-longgok kat bilik.. mak pun suke aku kumpul buku... siap bagi duit kalau singgah kedai buku...walaupun kebanyakkan bukan buku pelajaran, tapi lebih kepada buku isu semasa... tapi sejak duduk universiti rasa sayang pulak nak keluarkan duit beli buku... hahaha.. nak beli pun fikir dua tiga kali tengok pada kepentingan memiliki buku tu...betapa bezanya aku sekarang kan?haha

opssss.... rase macam dah terlebih pulak..oklah..aku nak sambung buat assigment dulu.. minggu depan nak kena hantar... aduh!..

Sekian...

14/11/2012

Miss Rindu

Nothing to say...

I just want you to know..

I miss you..

I miss you much...

Damn!

04/11/2012

Kuasa Senyuman


ada perkara yang membuat kita tersenyum,

ada seseorang yang tiba-tiba menghubungi kita setelah lama kita tak mencarinya,

ada lawak yang terselit disebalik sebaris kata-kata,

ada senyuman dihadiahkan saat kita melemparkan pandangan kosong,

ada hati yang terusik saat mendengar gemersik suara kita,

ada jiwa yang terluka saat kita terleka,

ada yang mengingati kita saat kita jauh darinya,

kepercayaan sememangnya sukar dicari, sukar diraih,

kerinduan sukar berputik kecuali kita kehilangannya,

seseorang akan lebih dihargai saat dia melangkah pergi,

saat kita berduka ada hati yang cuba berkongsi melerai rasa,

berkongsi cerita,

bahu sahabat paling selesa mencurah rasa,

namun cukup sukar memperolehinya,

sebuah hubungan bermula dengan sebuah senyuman,

sebuah sapaan,

dan huluran bersalaman,

tamat pertalian kerana sebuah persengketaan,

kesalahfahaman,

manusia bijak meneka perasaan tanpa memperlihatkan kesungguhan,

hari yang indah jangan dicemarkan,

aku hanya berniat mengharmonikan,

KUASA SEBUAH SENYUMAN!