Geng blog

12/12/2011

Manfaat Mengamalkan Bacaan Ayat Kursi.

Ayat kursi sememangnya banyak manfaat apabila diamalkan. Malahan ia juga merupakan ayat pendinding mengelakkan gangguan makhluk-makhluk halus.




Ayat Kursi.jpg
Surah Kursi






Maksud ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh memberi syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dan bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikiran, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)


    Semoga bermanfaat untuk semua! :)

08/12/2011

Musim periksa dah hampir...

Ni dia slip periksa aku untuk sem ni..tu dia...boleh kira hari dah sekarang ni... huhu.. :)



slip periksa sem 3...



semoga aku dapat menjwab soalan-soalan periksa kali ni dengan lebih tenang dan dapat buat yang terbaik!

Bumi Baru Untukku!




Hujan turun lagi membasahi bumi Tanjung Malim. Sepanjang hampir setahun setengah aku merantau di sini , hampir setiap hari pasti hujan turun. Paling-paling minima sekalipun , hujan akan turun 3 huingga 4 kali dalam tempoh seminggu. Memang sejuk dan suburlah tanah-tanah disini sebab selalu disirami air hujan.

Lebih kurang nak meredah hujan macam nilah mase hujan nak ke kuliah. hehe

Sebagai perantau disini aku masih lagi belum tahu banyak tetang Tanjung Malim. Masih terlalu baru aku disini. Tapi jika nak dibanding dulu, lebih baiklah sekarang. Dulu setiap hari habis kuliah aku hanya duduk terperap didalam bilik yang disediakan kolej. Tapi bermula sem ni aku tidak lagi tinggal di kolej. Aku dan beberapa orang kawan menyewa disebuah rumah yang cukup selesa dengan harga yang sangat selesa (haha.. tambah-tambah lagi bukan duit aku yang digunakan untuk bayar sewa).  Jiran-jiran kebanyakkan berbangsa Cina justeru tak banyak ukhwah yang dapat kami jalinkan sesama jiran (alasan.. J).


boleh angkat kertas ni dekat jiran-jiran yang tak dikenali??



Banyak juga pengalaman baru yang dapat aku kutip sepanjang tinggal diluar kolej kediaman. Disebabkan rumah sewa yang berhampiran dengan kampus utama, kami serumah berpakat membeli basikal. Kelakar apabila seorang kawan yang tak tahu apa-apa mengenai basikal kami paksa dia agar tahu mengendalikannya. Soal jatuh, usah dikira berapa banyak. Tapi sekarang dia sudah tahu mengayuh basikal melebihi had laju ditetapkan (istilah kami gunakan “merempit”).


yeahhh!! baru belajar nek beskal!!


Sem ini banyak mengajar aku mengenai kawan. Ya... kawan ketawa senang dicari, kawan menangis?? Entahlah...kita sememangnya tak layak nak menilai orang lain dari sudut luaran semata-mata. Dalam dunia ni apa pun boleh terjadi. Kalau dulu lawan, mungkin kini boleh jadi kawan dan begitulah sebaliknya. Kawan yang betul-betul kawan aku banyak mengetahui apa yang aku lalui sepanjang sem ni. Yang bukan kawan pula depan cakap lain, belakang buat lain. Waualahulalam. Aku sendiri tak faham kenapa sesetengah orang perlu nak menipu aku walaupun tak perlu pun nak menipu sebab aku tahu dah dia menipu. Manusia kan? Aneh dan unik. Agaknya yang menipu tu tak tahu setiap kali dia menipu, sebenarnya dia akan terus menipu untuk menutupi penipuan yang sebelumnya.


aku anti dengan orang yang MENIPU!!


Manusia ciptaan Allah yang sempurna namun takkan terlepas dari melakukan kesalahan. Masih terlalu banyak lagi perkara yang aku masih tak ketahui dan masih terlalu awal untuk aku buat kesimpulan (layak ke aku nak menilai sedangkan aku pun tak sempurna...). Menilai tu sememangnya mudah, namun tepat atau tak sahaja yang menjadi persoalan. Aku bersyukur sebab masih ramai lagi kawan-kawan yang ada disisi. Masih ada kelurga yang ada dikejauhan yang mendoakan kejayaan aku disini.  Yang aku yakin pasti ada hikmah atas segala yang berlaku. Terus melangkah.

Nota kaki : seorang kawan baru sahaj menelefon dan menyatakan kebimbangannya mengenai markah     tugasan. Risau tak mampu nak skor dalam final exam.