Geng blog

23/10/2013

Impian Nak Meniaga....

Bismilahirahmanirahim...

Beberapa minggu lagi latihan praktikal di SAMTAK bakal berakhir.. now its time to counting the days... 12 days to go... er...er...er...

But then aku terfikir sesuatu, apa aku nak buat sempena cuti panjang sehingga bulan Februari nanti ye? haha... kerja? Ya.. aku memang gila kerja.. aku suka penuhi masa cuti dengan kerja cari duit lepas tu bagi habis duit sebelum semester baru bermula... tiap-tiap sem pun macam tu.. macam mana nak kumpul duit kawen kan... hahaha..

Kerja pertama aku dulu kat kedai kek.. macm-macam jenis kek jugaklah yang aku tahu namanya... tapi aku ni tak minat bidang masakan, jadi takdelah impian nak membina empayar perniagaan kek pulak..haha..

SURIA BAKERY
Tadaa....! kat sinilah kerjaya aku bermula! :)
Aku penah jadi minah kilang lepas SPM dulu.. masa tu bukan senang nak mintak kerja..sebab pihak pengurusan tahu yang budak-budak lepas STPM ni kerja sementara je.... tapi pandai-pandai la nak auta fakta kan..

Kilang tauhu..bukan tauhu yang putih tu, tapi tauhu ni biasa orang Cina yang makan.

Tapi kerja kilang ni penat..letih..macam takde kehidupan lain...hari-hari duk menghadap kerja yang sama.. tapi Alhamdulilah.aku mampu bertahan 6 bulan macam tu sebelum aku dapat tawaran sambung belajar...

Masa cuti sem pulak aku kerja kedai runcit...aku paling suka kerja ni sebab banyak peluang jumpe dengan orang ramai..aku memang suka kerja jumpa-jumpa orang ni... macam satu kepuasan bila kenal ramai kawan-kawan baru...

Aku rasa cuti sem kali ni macam nak buat perniagaan online la...ade peluang nak maju tak? aku minat kerja-kerja menjahit.. kan sekarang banyak banyak buat produk kecik-kecik macam kain felt tu.. rasa macam nak cuba lah... haha...




Cantik kan? comel je tengok..

Aku ni tak keratif orangnya..tapi aku mampu meniru dengan baik... haha... tulah yang kawan-kawan aku selalu cakap...jadi kalau ada bahan yang boleh dirujuk rasenya boleh maju buat bisnes ni...then sekarang dah bolehlah mencari pembekal untuk bahan-bahan ni..ye dop? haha..

Sekian..

16/10/2013

Semoga dimakbulkan!

Bismilahirahmanirahim....



#Ya Allah, Peliharakan dia sebaik-baiknya walaupun aku tidak lagi ada bersamanya....

10/10/2013

Balik kampung..wowowo..balik kampung....

Bismilahirahmanirahim....

Malam ni akan bertolak balik ke Johor.... cuti sempena hari raya korban.... hari selasa dah balik semula ke sini memandangkan hari Rabu pelajar dah menyambung peperiksaan...Tapi rase macam nak demam pulak.... nasib baik malam ni kawan yang memandu... doakan perjalanan aku selamat pergi dan balik...

Alhamdulilah....



S.E.K.I.A.N


08/10/2013

Semoga Terpadam!

Bismilahirahmanirahim...

Semalam adalah KENANGAN,
Hari ini adalah KENYATAAN, 
Esok adalah HARAPAN...

Gambar mungkin boleh dipadam.. tapi bagaimana dengan kenangan? Masih tersimpan rapi dalam memori.. terkadang terlintas dan terimbas.. segala kenangan manis yang pernah kita ciptakan bersama....tapi semuanya sedang berlalu dengan begitu pantas.. semoga masa menghapuskan segala perasaan itu.....

Kalau aku ada butang ni, lama dah aku tekan...



Hari ini semoga segalanya berjalan lancar.. semoga doa-doa yang aku pohon akan termakbul... semoga segala urusan dipermudahkan...semoga masih ada jalan yang luas untuk aku terus melangkah...


#Semalam aku dah berhenti menangis...semoga hari yang mendatang juga.. tak guna mengenang seseorang yang tak mahu diingati.
#Tuhan , jagakan dia walau aku tidak mampu lagi bersamanya.
# Sayang 
# Jodoh + ajal maut semua ditangan Tuhan.

06/10/2013

Luka dalam hati.




Bismilahirahmanirahim....

Bagaimana aku hendak tafsirkan perasaan aku hari ini.....? Aku sedih.. hati terluka... entah bagaimana hendak menghuraikan semua perasaan ini... Aku tahu melayan semua ini hanya sia-sia dan membuang masa sedangkan aku masih ada tanggungjawab lain yang perlu aku penuhi...

aku sedih...terluka..disakiti..

Syukur aku masih disokong saat aku jatuh... saat aku lalai ada yang menegur.. katanya masih ada yang lebih penting daripada semua kelukaan ini... semua ini ada hikmahnya.. mungkin ini cara Allah menegur kesilapan aku... terima kasih wahai sahabat yang masih belum berhenti mengingatkan aku..


Membayangkan masa depan yang aku sendiri tak pasti


Perasaan ini adalah perasaan yang sama..dua tahun yang lalu... berjalan sendiri... kosong.... noktah untuk segalanya... mengambil masa juga untuk aku hadapi.. untuk aku terima kenyataan...

Sayang sedalam mana pun terhadap seseorang , dia cuma makhluk yang sementara.. sayang yang kekal adalah kepada pencipta... mungkin aku lalai.. aku leka.. alpa dengan semua nikmat yang diberi... YA ALLAH ampuni aku...

Buat teman-teman , maafkan sekiranya sikapku beberapa minggu ini akan memeningkan kalian...aku masih cuba mengadaptasikan diri dalam proses kehilangan.. 

biar aku sendiri yang menahan rasa ini...


#walau hati cuba menahan , air mata tetap gugur kerana aku tak mampu..aku tak kuat untuk semua dugaan ini.. tapi tak mungkin Allah menzalimi umatnya...semoga segalanya cepat berlalu...
#minggu praktikum hanya tinggal 5 minggu lagi. Selamat tinggal Selangor dan segala kenangan... Bumi Johor , Aku kembali.

S.E.K.I.A.N...