Geng blog

20/12/2012

Kami di semester 5~~

Alhamdulilah....

Semester 5 telah pun berakhir dan sekarang menunggu masa nak final... sem ni sangat penat.. macam-macam komitmen...tapi yang penting pengalaman.. kata orang satu gambar menceritakan seribu kisah..tapi gambar-gambar ni sebab malas aku nak taip panjang-panjang..haha...

Ni gambar kelas KPD atau kelas pengajaran, teknologi dan penaksiran.. pening wooo duduk dlam kelas ni sebab ade 6 jam untuk seminggu.. tapi pensyarah memang suke bebel-bebel..haha..malam ni baru jek siapkan tugasan untuk subjek ni..esok baru nak hantar...wahhhhh...

Gambar ni amek masa lepas ujian kedua...

Yang tak perasan kamera memang spontan, yang perasan kamera terus peace!



Gambar ni pulak gambar latihan kelas drama..subjek minor.. pening..banyak masa habis kat sini..sudahnya sambil berlakon pon bawak laptop sebab nak wat tugasan...serabut... para pelakon kurang beri komitmen pada awalnya..tapi bila masa kat pentas pensyarah sendiri terkejut sebab tak sangka pelakon-pelakon dapat hidupkan watak dengan baik sekali....TERbaikkkkkk...








Gambar yang ni kelas hoki..ade 14 minggu..tapi rasenya kelas cume ade 9 minggu..yang lain sama ada aku skip atau kelas batal...seronok...kenal ramai kawan-kawan baru yang tak same program... buku log pun tak perlu buat..peh..i love hoki!




Dan yang terakhir ni kelas keterampilan..masa ni ade seminar kat KL...macam-macam dugaan kami tempuh gara-gara perjalanan pengurusan seminar ni..hahaha..bila difikir-fikir balik rase kelakar, rasa marah pun ade....tapi yang penting batch ni memang sporting giler lahhhh!!







Itu je nak kongsi...esok nak balik johor...doakan perjalanan aku yer.... :)

11/12/2012

Cinta oh Cinta!


Cinta? Apa itu cinta? Siapa itu cinta? Mengapa itu cinta?...



saya sayang awak... :)


  • Bagi aku cinta adalah kasih sayang.. sayang kepada Allah dan ciptaannya… Jatuh cinta perkara biasa…  dan sesuatu yang normal… yang penting kita tau bagaimana nak mengawal rasa cinta..
  • Ada orang bercinta bagai nak rak, tapi tak sampai kemana.. ada orang bercinta senyap-senyap, tahu-tahu dah selamat diijabkabulkan…. Untung bagi orang yang menghargai cinta… bila bercinta kawal nafsu.. kawal diri.. kawal hati…kawal perasaan.. hiasi peribadi..ekh?hahaha..



  • Kalau bercinta semakin mendekatkan kita pada Allah maka teruskanlah… jika bercinta menjauhkan kita daripadaNya maka hindarkanlah…
  • Cinta seolah-olah sebuah dimensi dunia yang berlainan..dalam bercinta semua indah belaka..tu mula-mulalah..lama-lama sendiri mau ingatlah…
  • Mungkin indah dan manisnya kita rasakan bila menatap album perkahwinan rakan-rakan mahupun sesiapa sahaja yang telah berumahtangga, namun kita tak merasai pasang surutnya…kita tak lalui besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul..bukan aku menghalang perkahwinan, tapi setiap yang nak berkahwin perlu sedia fizikal dan mental.. dugaan sentiasa datang nak menguji kekuatan iman dalam melayarai bahtera rumahtangga.. (p/s: ni pesanan pensyarah aku..haha…)
  • Tak salah bercinta, yang salah cuma perlakuan cinta…tak perlu berkorban segala-galanya tatkala bercinta… lupakan kawan, lupakan keluarga,lupa semua yang ada sebelum kita bercinta… cinta boleh dicari tapi keluarga dan sahabat sukar dicari ganti… Letakkan sedikit rasa curiga dalam bercinta.. jangan terlalu percaya seratus peratus pada cinta… bila ada masalah dengan cinta, taklah rasa kecewa tak terhingga sakitnya…
  • Cinta sesuatu yang bersih…sesuatu yang murni..maka jangan dicemari dengan perlakuan cinta buta…




  • Cinta tu bukan sekadar nak berseronok, tapi lebih kepada tanggungjawab..kalau kerana cinta kita lalai pada tanggungjawab maka lupakanlah cinta itu…
  • Sebaik-baik cinta adalah cinta yang membawa kita ke jalan Allah, cinta yang menjadikan diri kita lebih baik, cinta yang mengukuhkan lagi hubungan yang terjalin…
  • Lengkapkan diri dahulu sebelum bercinta… bercinta lebih manis jika disulami dengan hubungan yang diredhai ilahi…



  • Pernah aku dengar jodoh yang baik ialah apabila kita bertemunya, langsung kita akan teringatkan Allah. Jodoh yang baik membimbing kita ke jalan Allah bukan sebaliknya. Jodoh yang dikurniakan Allah merupakan jodoh yang sebaik-baiknya. Jodoh, ajal maut dan pertemuan semua di tangan Allah. Kadang-kadang orang yang paling kita benci itulah jadi jodoh kita. Orang yang kita sayang separuh mati itulah yang jauh meninggalkan kita. Orang kata mencari jodoh biarlah dia yang sayang sangat kat kita dan bukan sebaliknya.
  • Petikan kata-kata seorang sahabat aku ; sayang awek tu ibarat bola sepak, boleh dibawak kesana sini, tapi sayang pada isteri tu macam sayang pada bola ragbi..buatlah apa pun, tapi jangan lepaskan bola tu ke tangan orang lain…
  • Pendek kata pesanan aku ;

Jangan cari yang cantik sangat sebab cantik tu sementara,
Jangan cari yang hensem sangat, bukan boleh bagi makan,
carilah yang mampu susah senang bersama kita,
terima kelebihan dan kekurangan kita,
yang mampu menyambut tangan kita saat kita jatuh,
yang sanggup bersama-sama saat dugaan datang,
mampu membuat kita tersenyum saat bersamanya,
cukuplah yang sedap mata memandang,
memimpin kita ke jalan yang benar,
tetap memilih kita walau seribu yang lebih baik datang,
bukan yang melayan kita seperti hampas setelah madunya kita berikan,
cukuplah yang diredhai Allah,
itu sudah melebihi dari sekadar cukup…. 




10/12/2012

Silat Pencak Olahraga : Aku atlit??

Bismilahirahmanirahim...

Lumrah hidup manusia ada pasang surutnya.. ada masanya kita gembira..adakalanya kita melalui fasa kesedihan...sem lepas merupakan sem yang berat aku lalui...banyak masalah yang melanda..pointer jatuh turun mendadak..tapi bila difikir-fikir semua pun memang salah aku..aku banyak main-main dalam belajar sem lepas...assigment pun hantar last minit..faham-faham lah kerja saat akhir..asal siap...hahaha..

Sem ni aku kembali dengan semangat baru..aku betolkan balik niat aku datang belajar kat sini..bukan nak main-main..bukan takat nak abiskan duit mak abah aku jek..niat aku datang Perak sebab aku nak menambah kualiti diri aku..nak cari sesuatu yang menjamin masa depan aku dan keluarga aku.. ok.. aku kuatkan semangat.. aku kuatkan hati.. aku cekalkan diri supaya terus kuat untuk bertahan.. aku tahan air mata dari terus mengalir untuk perkara yang tak sepatutnya....

Menariknya sem ni aku sibukkan diri aku..paling tak sangka aku masuk Kejohanan Super UPSI Siri 3.. amenda tu? Kejohanan ni anjuran UPSI untuk kolej-kolej kediaman..tapi aku bukan warga kolej..jadi aku mewakili Unit Kediaman Luar Kampus...akupun tak pernah terfikir nak masuk sukan..sukan dengan aku memang takde hubungan akrab langsung sejak dulu..aku TAK PERNAH minat sukan dan kalau aku masuk tu maknenya aku TERPAKSA atau DIPAKSA masuk...tapi sem ni boleh pulak aku masuk sukan tempur silat pencak olahraga..tapi nasib baiklah Silat adalah antara minat aku.. mase amik kokurikulum untuk abehkan jam kredit kat UPSI ni aku pilih Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi..jadi sedikit sebanyak aku ada asas tentang silat...


Tu dia...Kejohanan Super UPSI Siri 3

Seronok? agaklah..tibe-tibe jadi atlit sape taknak..hahaha..dahlah aku ni tak pernah minat sukan, tibe-tibe pulak jadi atlit..kan macam aneh sangat..tapi takpelah.. walaupun tiap-tiap malam kene turun gim untuk latihan aku anggap sebagai alternatif untuk hilangkan tekanan buat tugasan kuliah... dan pengalaman memukul orang tu paling berharga...haha..ingat suke-suke dapat pukul orang..inilah peluangnya..dan yang paling seronok aku boleh bergurau senda dengan lawan aku lepas perlawanan..walaupun dia berjaya kalahkan aku, aku yakin dia memang lebih layak..aku dengar cerita dia dah main silat sejak sekolah..aku ni apelah sangat..baru nak merangkak dalam dunia persilatan.. lawan aku siap cakap "sori" setiap kali dia pukul aku..haha..


haha..tu dia..tulah bunga silat yang aku tak taw belajar dari mane..

Senak perut lepas kena sepak...rehat kejap..haha

Hari sabtu pagi sepatutnya giliran aku berlawan..tapi disebabkan pagi tu ade upacara perasmian jadi acara ditangguhkan pada waktu petang.. jadi pagi tu aku ambil kesempatan nak tengok perbarisan perasmian..taktawlah nak kate nasib baik ke ape kan, tibe-tibe pulak ade permintaan geng-geng UKLK untuk join perbarisan...jadi aku tak pikir panjang pun terus je setuju.. diorang bagi jaket UKLK suruh sarung lepas tu bawak bendera untuk kibar-kibarkan sepanjang perbarisan.. aku ni dari sekolah tak suke perbarisan..tapi taktawlah mase tu dorang ajak, aku ikotkan jek..hahaha...


Ni barisan housemate aku..haha..posing je lebih...

kami semua atlit tau...hahaha


Barisan peserta yang join Perbarisan UKLK


Kenangan masuk mewakili UKLK jadi kenangan paling manis sebab skuad UKLK berjaya jadi juare keseluruhan..hahaha..jangan cemburu wahai penduduk kolej kediaman... kami menang kebanyakkan acara yang dipertandingkan.. semoga kemenangan ni jadi pembakar semangat buat kami kerana kami ni antara anak kandung suluh budiman yang berdikari..tak tinggal di koleh kediaman..kami takde gelanggang sendiri.. kami takde dewan sendiri..maka bersyukurlah warga kolej kerana diberi banyak kemudahan...


Hadiah yang menjadi rebutan...

Alhamdulilah..walaupun aku tak jadi juare ade gak hadiah saguhati..hahaha..tahun depan boleh cube lagi kan... :)

tempat ketiga

Dan bahagian yang paling seronok bersama skuad UKLK yang sangat sporting.. baru kenal beberapa hari kami dah macam kenal bertahun... pengalaman yang sangat sukar dicari...


Team silat pencak!


Ceria atlit-atlit UKLK

Juare keseluruhan...

Dan...akhir sekali..gambar yang paling kami suka...nilah hasil usaha kami serumah sebagai atlit baru UKLK..hahaha..


Tiga gangsa dan satu perak..yang tinggi tu pinjam jek..haha...

Sekian sahaja coretan aku buat masa ni..Hidup UKLK!!!

04/12/2012

Melayu Johor~ Usman awang.


Melayu Johor
Telah terlalu banyak kita kehilangan
Sawah ladang bertukar tangan
Pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
Yang tinggal hanyalah pakaian
Sedarah sedaging hampir hilang
Yang ada hanyalah setulang
Selat Teberau kian sempit
Hati rindu jauh tergamit.

Di Johor
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu.

Melayu itu maknanya bijaksana
"Jika menipu pun bersopan"
Kurang ajarnya tetap santun
Dajalnya cukup selamba
Budi bahasa jangan di kira
Beraninya cukup benar
Tunduk bila bersalah
"Lembutnya cukup jantan"
Setia samapai ke kubur
Biar mati adat jangan mati sahabat

Anak Johor
Luka di Tanjung Putri
Parutnya di Parit Raja
Muka biar berseri
Mulut biar berbahasa.


Berkelahilah cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dalam senyum
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolok permusuhan
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan
Kasih sayang kekeluargaan
Ringan tulang saling bertolongan
Jujur memaafkan,ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu
Silaturahim yang murni
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut
Tangan di hulur bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan

Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian
Sifat terpuji setiap insan
Bermuafakat supaya berkat
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah
Kepada ALLAH berserah

Betapa masa berubah!

Aku masih ingat dia selalu jadi yang terakhir antara kami,
aku masih boleh ingat macam mane dia meniru mase periksa,
aku ingat lagi dia selalu kene marah dengan cikgu,
aku masih ingat dia bukan pelajar pintar sekolah,
tapi...

hari ini aku dapat tahu,
dia dah jauh mendahului kami,
dia dah bekerjaya,
dia dah berkahwin,
dia dah ada cahayamata,
dia dah punyai keluarga yang lengkap,
hidup yang lebih sempurna..

ahhh..

betapa masa lalu menipu kami,
tak semestinya yang terdahulu akan sampai pertama,
yang tertinggal akan terus dibelakang,
tak semestinya kami yang depan akan dapat hidup yang sempurna,
ada yang tercicir,
ada yang menukar bidang, 
ada yang masih tercari-cari...

ahhh..

Betapa masa berubah!
bukan sahaja merubah kami,
masa merubah takdir kami,
masa merubah hidup kami,
masa merubah segala-galanya tentang kami!!

#nurkilah setelah tengok gambar seorang kawwan yang dah kahwin..aku?ntah bile..haha #

03/12/2012

Jaga diri awak baik-baik...

Salam..

Buat awak.. 

Saya gembira tengok awak bahagia..
saya gembira tengok awak dah mampu tersenyum.. 
awak.. 
maafkanlah saya kerana saya banyak melukai hati dan perasaan awak..
awak.. 
saya sayu tiap kali terpandang wajah awak..
bukan kerana apa..
saya sedih dengan diri saya.. 
saya banyak lukakan awak tapi awak tetap cari saya.. 
awak... 
jagalah diri awak..
.saya tak mampu sentiasa ada disisi awak... 
awak kena teruskan perjuangan awak.. 
maafkan saya... 
maafkan saya awak...

01/12/2012

Abah..

Rindu pada abah...

Tibe-tibe rase rindu pulak kat abah bila ade kawan post kat laman mukabuku pasal ayah...

::AYAH adalah ayah yang TERHEBAT::

Ayah akan melupakan apa yang dia inginkan, supaya dapat memberikan apa yang kita perlukan..

Ayah selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran kita setiap semester, meskipun kita tidak pernah membantunya menghitung berapa banyak kedutan di dahinya..
Ayah akan berkata, "tanyakan pada ibumu" ketika dia ingin berkata "tidak"...
Ayah lebih bangga melihat prestasi kita daripada melihat prestasinya...
Ayah tidak suka menitiskan airmata...
ketika kita lahir dan dia mendengar kita menangis untuk pertama kalinya, dia sangat gembira sehingga hampir keluar air matanya. Ketika kita masih kecil, dia akan memeluk kita untuk mengusir rasa takut kita...
Tetapi, ayah tidak dapat tidur sepanjang malam, ketika anaknya yang berada diperantauan tidak memberi khabar...



Ayah pernah berkata: “kalau ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, janganlah mencarinya di pasar, tetapi datang dan pesanlah secara langsung pada tukang besinya. Begitu pun juga dengan cinta dan teman dalam hidupmu, jika ingin mendapatkan cinta sejati kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya”
Untuk masa depan anak lelakinya, Ayah berpesan: “jadilah lebih kuat dan tabah daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari ibumu , berikan yang lebih baik untuk menantu dan cucu-cucuku, daripada apa yang yang telah ku beri padamu”.
Dan untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan: “jangan kecewa meskipun kamu seorang wanita, selalulah menjadi bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah anak-anakmu kelak! lelaki yang lebih dapat melindungimu melebihi perlindungan ayah, tetapi jangan pernah kamu gantikan posisi ayah di hatimu”
#Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tetapi ayah hanya mencuba melakukan yang terbaik. Terima Kasih Ayah ♥


p/s: aku terharu baca post ni...tibe-tibe rase airmata nak mengalir...hubungan aku dengan abah memang tak rapat..tapi aku tau abah sayangkan aku..abah bising kalau aku asyik mintak duit..tapi dia lagi bising kalau aku tak mintak duit langsung.. dia risau kalau dalam tempoh beberapa hari  aku tak telefon kampung.. dia sibuk desak mak suruh telefon aku..aku selalu tergelak-gelak bila mak cerita pasal perangai abah kat aku mase telefon mak kat kampung.. aku tau aku jauh..abah mesti risaukan aku...walaupun dia tak cakap dia rindu kat aku, tapi dia cukup suke kalau dapat hantar aku ke Perak bila naik cuti semester..abah tak cakap suruh balas jase dia..dia cume cakap nak kete Myvi baru gantikan kete Wira dia...hahahaha..abah aku... 



Abahku...