Geng blog

27/03/2013

Memori UPSI

Bismilahirahmanirahim...

Hari ni minggu ke 6 kuliah.. hari ni masuk tahun ketiga aku di UPSI.. macam-macam perkara yang aku fikirkan setelah hampir 6 semester kat sini...

Pertama...

Masuk UPSI dan jadi sebahagian darinya tak bermaksud aku akan jadi seorang guru... belum tentu lagi... semuanya boleh berubah.. kalau sambung belajar ke peringkat Sarjana ada peluang masuk bidang lain.. contohnya bidang neurolinguistik ke.. psikolinguistik ke..

Batch ISMP Bahasa Melayu Sem 6 2012/2013

Gambar terakhir sebelum masing-masing praktikum.


Kedua...

Terasa ceteknya ilmu yang aku ada bila penyarah mengajar.. entahalah.. kadang-kadang aku rasa ilmu yang aku belajar kat sekolah semua habis mase periksa je.. lepas tu aku lupa... ish... tambah rasa rendah diri lagi bila bincang pasal tatabahasa Melayu.. golongan kata pun aku dah pening.. Allah..betul ke aku nak mengajar bahasa Melayu kat sekolah ni???

sekolah? serius??


Ketiga..

Memikirkan tentang praktikum.. ohhhh... permohonan kat SMA Tanjung Karang Selangor.. Sekolah Agama... bersediakah aku?? ah..ketepikan negatif..berbaik sangka.. (ayat sedapkan hati sendiri..)

Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar.. mase ni program fasilitator...

mase ni jadi fasi..sem depan jadi cikgu plop.. adoi..

Keempat...

Semester ni rasenya aku paling banyak buat onar dalam kelas.. haha.. aku suke merepek bila pensyarah tanya.. salah kawan-kawan lah sebab biar aku duduk kat depan... alasan sebab datang lambat ke kelas... tambah lagi sem ni ade kelas yang banyak bercampur program.. perangai memang pelik-pelik.. kadang-kadang terfikir jugak, macam mane lah diorang ni boleh masuk UPSI... ops.. mungkin ada kelebihan yang aku belum dapat tengok lagi tentang mereka...ish.. tak baik, tak baik...

duduk depan sekali...

Pembuat onar, si tudung merah jambu.. akulah tu..haha


Kelima...

Sem ni banyak mengajar aku tentang erti persahabatan.. boleh tengok kawan mana yang betul-betul ikhlas nak berkawan dengan kita.. kawan mana yang hanya ada bila kita senang.. kawan mana yang ada bila kita susah.. kawan yang mana pentingkan diri semata-mata...


Gambar hiasan..ni geng-geng sama program..haha


dan terakhir...

Sem ni mulakan perhubungan baru.. aku tak harap banyak.. aku cuma berdoa andai ada jodoh aku dengan dia, semoga Allah kekalkan hubungan kami... Dah dapat lampu hijau dari keluarga aku dan InsyaAllah keluarga dia.. Mudah-mudahan.. Amin...


Cadang nak letak gambar si dia, tapi nantilah bila kami dah pasti... :)


Sekian buat kali ini...



Di Semester 6!

Hari terus berlalu dan hari ini berakhirnya minggu ke tiga di semester 6... Terasa cepat betul mase berlalu meninggalkan semester satu... Haha.. kesimpulannya ini adalah tahun ketiga aku belajar di UPSI... 

Hari ni baru je selesai dengan tugasan KPD 3026 iaitu pengajaran mikro. Pensyarah kami En Razali bagi peluang balik awal hari ni.. jadi sempatlah berposing seketika... haha..

Kami semester 6!!



ceh ceh baru lega mengajar kawan-kawan sendiri..haha





Bajet cun disitu..haha


Disebabkan masa yang terluang tu jugak sempat lah melawat ke hari terbuka Kolej Ungku Omar yang baru bermula semalam..tapi sebab masih awal tak banyak gerai yang dah dibuka. Ada dalam lima buah kedai sahaja yang dah dibuka. Kolej-kolej kediaman UPSI ni memang rajin buat hari terbuka. Minggu lepas baru sahaja berlangsung di Kolej Aminnudin Baki (KAB), Minggu depan pula hari keusahawanan anjuran Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) dan dengar khabarnya Koleh Za'ba awal bulan April... 



J untuk Jieha..hihihi...


Dan minggu ni isu di Sabah masih diperkatakan.. Sabah masih belum aman... menarik muka depan Berita Harian hari ini...


Selamanya Sabah hak Malaysia!!


Isu Sabah adalah tentang politik dan kemanusiaan.. semoga semuanya berakhir dengan aman...


Saya orang Johor!


S.E.K.I.A.N......






02/03/2013

My sayang!!


15 Disember 2012… Tarikh yang sangat penting untuk seseorang… tarikh ape? tarikh kawan baik aku bertunang…ya…kawan baik aku bertunang…Alhamdulilah….dia selamat ditunangkan dengan lelaki pilihannya yang merupakan kawan-kawan aku jugak mase zaman sekolah menengah dulu…aku?entahlah..hahaha…


tudung pink atas sekali tulah yang bertunang.

Tu dia orangnya..

Aku rapat dengan kawan baik aku ni sejak tingkatan dua..kami mula jadi geng lepas dia dipindahkan masuk dalam kelas aku…aku suke marah orang mase sekolah dulu..dia ni pulak suke bising-bising mase dalam kelas..selalu jugak dia kene sound ngan aku..hahaha… papepun sampai sekarang orang masih kate raut wajah aku ni memang garang bagi mereka yang baru nak kenal aku… aku pun bukan garang mane pun.. aku cume jenis tegas dan terus terang.. sampai ade satu tahap bile dah duduk universiti ni kawan aku yang negeri lain kate orang Johor ni cakap kasar.. suke ati jek.. tapi aku gelak jelah..hahaha…

Bile balik Johor ni dapatlah bersua muka dengan geng-geng…bukan senang nak jumpe…kalau kami jumpe pun mase raye..setahun sekali… kami ni ade 6 orang dalam geng… sorang kawan aku tu tengah buat Ijazah Sarjana Muda  jugak kat UiTM Melaka… sorang lagi kat UUM… tiga orang lagi dah kerja.. sorang tu nurse..sorang tu orang akaun..sorang lagi jawatan ape taktau lah kat kilang… walaupun jarang jumpe, kalau dah jumpe memang riuh sekampung..macam-macam cerita, gossip nak dikongsi…sesekali berjumpe biasanya kami pegi makan-makan kat warung, takpun pegi tengok wayang same-same..sorang kawan tu kate kalau kitorang kumpul ramai-ramai balik rumah dia mesti sakit perut..kenape? sebab banyak sangat gelak sakan… kitorang ni jenis bergurau ikut suke..cakap ape jek..tak masuk hati pun biasanya…

Yang ni berlima...

ha..ni berenam...

Dalam perhubungan ade pasang surutnya.. aku mengaku aku memang pernah gaduh dengan diorang.. aku tak suke nak pendam lame-lame..jadi aku sound terus.. hahhaa..dah macam gangster pun ade.. tapi memang ketara lah aku marah kat dorang… tapi bila balik kat kampung memang kene lah dorang.. tapi kami jenis tak suke nak dendam..cerita sini habis kat sini..walau apepun yang jadi antara kitorang, diorang tetap kawan baik aku… dunia dan akhirat..

Baru-baru ni tarikh 13/1/13 hari lahir tunang kawan baik kami ni.. namenya Seha…jadi adalah buat helah nak kejutkan dia..tapi malangnya benda ni dah dapat dihidu lebih awal oleh tunang dia sebab si Seha ni tak pandai bab menipu..haha..pusing-pusing cakap pun orang boleh tahu helah dia..haritu semua ada kecuali sorang iaitu Maya.. Maya sedang berkhidmat untuk negara.. dia sekarang jururawat kat Hospital Tunku Aminah, Johor Bahru.. Kami dah pesan mintak dia suruh semua pesakit hospital dia balik sempena cuti tahun baru Cina..tapi Maya degil taknak buat..hahaha..

Ni gambar berdua....

ayu + zira

Bertiga...

faz + ayu + zira
 berempat...

aku dan krew2 belakang tabir..haha
Dan akhir sekali...kami berlima.....


Lima?mana satu lagi ea?
Tadaaaaaaaa!!!!

hehehehe...
 Ikhlas untuk Maya...maafkan kami yup...heeeeee...... :)

Tuan punye hari lahir....pami
Itu saje ceritanya.... :) Selamat hari lahir pami! terima kasih Seha kerana jemput kami jadi sebahagian dari permeriah majlis....hihihii...

Sekian...

Coretan Masa Cuti Sem 5!


Cuti semester lima dah pun bermula pada 7 Januari 2013.. wah…cepatnye dah nak masuk semester enam.. pejam celik pejam celik aku dah menggenggam umur 23 tahun.. 23 tahun.. macam tak percaya.. bila umur da tahap ni mulalah kawan-kawan lama bertanye merisik berita..bila nak tuning.. bila nak kawin.. bila bla bla bla…

Sempena cuti semester lima ni ade beberapa hajat yang aku nak tunaikan sebelum cuti aku berakhir pada 18 Februari.. yang PERTAMA aku nak siapkan lesen motor dan kereta aku yang dah tergendala kerana kesibukkan bekerja di kedai runcit pada cuti sem yang lepas..haha.. akhirnya pada tanggal 5 Februari aku berjaya menamatkan perjuangan untuk mendapatkan P.. tak sia-sia abah aku sponsor dekat RM 1200 untuk lesen.. tu tak campur duit poket aku pau mak untuk belanje makan lagi..haha.. kesian mak.. mak kate kalau aku balik je confirm mak takleh nak kumpul duit sebab keje aku yang suke pau mak.. Kalau aku belajar aku banyak mintak duit dari abah jek..

Belajar lesen sorang-sorang tanpa kawan yang aku kenal memang cabaran yang besar… Tapi Alhamdulilah, dekat sekolah memandu tu aku kenal ramai kawan-kawan baru.. walaupun kebanyakkannya adik-adik yang baru lepas habis periksa SPM.. Bile tahu aku ni pelajar UPSI macam-macamlah tips yang diminta.. aku pun tak tahu nak jawab ape.. jawab yang termampu je… Biasanya pagi-pagi dalam pukul 6.45 pagi aku dah duduk melangut menunggu cikgu memandu ambil aku kat depan kampung… Mengantuk tu tahan je maklumlah perjalanan nak pergi Muar tu dalam sejam baru sampai.. ade je sekolah memandu kat Batu Pahat tapi sebab ramai kawan-kawan ambil kat Muar jadi aku pun terpengaruh nak ambil lesen kat sane..

Alhamdulilah rezeki Allah nak bagi aku lulus dalam dua-dua ujian.. rase lega sangat sebab dah boleh memandu kereta dan motor dengan lesen..hahaha… padahal bertahun dah bawak motor tanpa lesen.. Terima kasih lah encik JPJ yang baik hati tolong luluskan aku…

Kemudian niat aku yang KEDUA Tanggal 6 Februari pulak sempat tolong cikgu buat program motivasi kat sekolah menengah Kebangsaan Dato Sulaiman…  Aku penah janji dengan seorang kawan yang aku nak tolong dia kalau ada ape-ape program kat sekolah lama kami..Sekolah menengah yang aku ambil tingkatan enam dulu.. Tingkatan satu sampai lima kat sekolah menengah Kebangsaan Penghulu Saad.. aku pindah sebab takde tingkatan enam kat sekolah lama.. jarak antara dua sekolah dekat jek.. cume dipisahkan dengan sebuah padang.. asalnya sekolah yang sama tapi disebabkan kepadatan jumlah murid, dua sekolah terpaksa ditubuhkan..

Tujuan program motivasi ni nak bagi penjelasan kat adik-adik yang baru nak ambil STPM tahun ni supaya lebih bersemangat nak masuk universiti.. untung diorang ni.. dulu mase tahun aku belajar tak banyak pun pendedahan pasal semua ni.. yang kami tahu masuk tingkatan enam laluan nak masuk universiti tu lebih besar… lebih senang.. aku pun takdelah pandai sangat nak bagi nasihat kat orang.. aku mampu kongsikan pengalaman mase tingkatan enam dulu.. disebabkan sistem semester dah digunakan untuk tingkatan enam sekarang, maka susah sikitlah bagi mereka nak bahagikan masa… kebanyakkannye masih tak tahu mana halatuju nak pergi lepas STPM…



Dalam program ni sempat jugaklah berkongsi rasa hati dengan adik-adik ni… masalah besar bagi diorang yang aku dapat simpulkan adalah pembahagian masa.. disebabkan sistem semester, jadi sesi persekolahan berakhir pada waktu petang.. badan dah penat seharian kat sekolah memang takde hatilah nak belajar kat rumah.. aku pun dulu macam tu.. masalah yang kerap aku dengar dari zaman aku sekolah dulu adalah masalah dari guru sendiri.. kadang-kadang jawapan yang diberikan macam tak memuaskan hati pelajar…kerja kursus diberi tapi panduan yang tepat tak dijelaskan… bila diorang buat ikut cara sendiri, cikgu pula kata salah…masalah macam ni aku pun tak tahu macam mane nak bagi cadangan penyelesaian… aku mampu kate cubelah rujuk pada guru lain yang mengajar bidang yang sama.. takpun, sabar jelah adik…


This is my...my...my friend la..haha

Pelajar lelaki boleh kira pakai jari..hihi

peace to kamera!

bersama abang fasi... Azhan..abang sgt! huh!

Cikgu Shikin

Me and my best friend forever..haha

Semoga perkongsian ilmu yang kami lakukan bersama dapat dimanfaatkan... :)


Sekian...