Geng blog

17/06/2013

Dia Dah Datang!!


Bismilahirahmanirahim….
Jeng jeng jeng!





Ape ni? urm..urm…. (++)




Surat peringatan Pembiayaan PTPTN… ade sesiapa nak tolong bayarkan tak? hehehehe…. Pengajian masih berbaki setahun tapi notis sudah tiba… Pembayaran balik selama 15 tahun..er…er….er….

Sekian…


05/06/2013

T-shirt Printing Murah dari T-shirt Mudah Terengganu

Bismilahirahmanirahim...

Haa...ni nak cerita pasal pembuatan T-Shirt..bila zaman-zaman sekolah dulu cukup suka buat T-Shirt.. konon-konon nak buat kenangan zaman sekolah..haha.. sampai tahap sekarang dah kat universiti pun macam tu..apa saja program yang join mesti nak claim T-Shirt.. maklumlah kenangan..

Ade satu laman blog ni menawarkan penjualan t-shirt printing murah  Design pun cantik-cantik belaka.. kalau nak tempah bolehlah tengok kat facebook atau laman web...

ni page kat facebook T shirt Printing murah

Ini biodata pemilik blog ni...


Kerteh, Terengganu, Malaysia
Kami pakar dalam pembuatan t-shirt printing atau cetak t-shirt mengikut citarasa dan design pelanggan. Kami juga membuat cetakan pada mug (mug printing) dengan harga murah. Kami menjual barang-barang silkscreeen printing.


Antara design yang menarik...


boleh tulis jawi! wow! i like!

Tsirt kawin pun ade..aishhh...

ni untuk pasukan..




sempena hari ibu pun boleh buat...

ni untuk pasangan bercinta..auw!


Pernah terpampang lagi dalam surat khabar!

bagi yang tak tahu apa tu silkprinting...ni dia..siap bagi gambarajah lagi...



Blog ni pun ada menawarkan pelbagai promosi yang menarik! macam-macam ada! apa lagi! jomlah serbu t shirt printing murah ni!!! :)


Saya Nak Menang 30 Helai T-shirt Free

Bismilahirahmanirahim...

Aha..kalau sebelum ini ada buat entry tentang t shirt print murah , kali ni nak join segmennya pula.. hihi.. masih lagi kunjungi laman blog yang sama..klik bawah..





Syarat-syarat penyertaan boleh RUJUK SINI 

Kalau menang? urm.. kalau aku lah yang menang segmen ni aku nak hadiahkan T-Shirt ni ikut design tulisan jawi kepada yang join segmen giveway aku.. maklumlah blog ni masih baru dan follower tak sampai seratus pun lagi..kot2 la ade rezeki.. haha.. aku tertarik sangat dengan design jawi macam gambar kat bawah ni...Mungkin nanti aku nak tulis " Salam Ukhwah To Blogger" . bawah tu kredit to my blog dan belakang
 t shirt kredit to T shirt mudah terengganu.. how? best tak? hahaha.. tu strategi aku..kenapa nak tulis jawi? sebab aku dah mula minat dengan seni khat kufi..mesti cantik kalau ada yang lebih pakar tolong designkan.. hihihi...




Tak sabar nak tunggu keputusan! hahaha! wish me luck! :)




First Segmen by Princess : Indahnya Kata- Kata..

Bismilahirahmanirahim...

Banyak betol segmen yang menarik sekarang ni..yang ni pun menarik..syaratnye pun mudah...


http://princessdiaryme.blogspot.com/2013/06/first-segmen-by-princess-indahnya-kata.html

Antara syarat-syarat yang owner blog letakkan...

Baca syarat ni sampai habis dan ikut semua syarat yang ditetapkan
 Follow blog ni.. Hukum wajib atau sunat tak ditetapkan.. tapi kalau nak senang dapat info baru tentang segmen ni, anda digalakkan follow.. hihi..
 Buat satu entri yang bertajuk First Segmen by Princess : Indahnya Kata- Kata.. Kalau rasa tajuk tu panjang sangat dan korang malas nak taip panjang2, korang copy paste je.. hikhik
 Tempekkan banner huduss tu pada entri korang.. Backlink kan ke blog ni..
 Dalam entri korang tu, sertakan satu quote favourite korang yang korang rasa menarik.. Kalau ada gambar lagi okey...
 Terangkan serba sedikit tentang quote anda tu.. *Tak semestinya panjang*.. Kalau tak tau nak buat camne, rujuk entri ni                         
 Tagkan rakan korang *kalau nak la.. *.. Kalau korang nak tag, pastikan korang inform kat orang yang ditag tu..
 Done ! Publish dan letakkan link entri korang kat kotak komen blog saya

Quote? quote yang paling aku suka sekali ialah...... Jadilah gelas yang tak pernah penuh! 

kenape? sebab semakin banyak ilmu yang kita ada sebenarnya semakin banyak lagi yang kita perlu pelajari.. ada orang mungkin berbangga dengan sedikiti ilmu yang mereka ada..seharusnya kita sedar ilmu tu Allah yang bagi..bila-bila masa boleh ditarik semula.. kita perlu jadi manusia yang sentiasa dahagakan ilmu..kalau tak kita akan ketinggalan..tengok jelah perkembangan semasa sekarang..sehari je tak baca surat khabar atau tak bukak facebook ade je isu-isu yang kita ketinggalan... begitu pentingnya ilmu dalam kehidupan!

Gelas yang tak pernah penuh juga menggambarkan orang yang sentiasa bersyukur..walaupun kita rasa diri kita sempurna, kita tetap sedar yang kita masih ada kelemahannya..masih ada ruang yang perlu dibaiki..masih ada peluang yang menanti....

Dah tu je aku nak taip..hihihi..



Segmen : Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K

Bismilahirahmanirahim...

dipetang yang mulia lagi hujan membasahi tanjung Malim ni, aku merajinkan diri singgah dan blogwalking ke blog-blog lain...ramainye join contest.. ramainya buat contest..ramainya..ramainya... 

Terjumpa satu blog yang menarik oleh Mr. K.. wah..blg ni ramai follower! interface cantek walaupun dia gunakan latar yang gelap...tapi warna tu diserikan dengan tulisan yang menarik...tulisan dan bahan penulisan pun bagus.. contest yang dibuat pun syaratnya yang mudah-mudah saje.. thanks Mr K.. saya join segmen kamu... 

Disebabkan Mr K tak benarkan klik kanan, maka aku print screen saje.. :)



Jumlah follower aku dalam blog ni sekarang baru #50....

Mr K kate nak follow balik tanda terima kasih..tapi biar aku terima kasih kat Mr K dulu sebab buat segmen mudah dan menarik ni..hihi..

TERIMA KASIH MR K! :)

04/06/2013

Tamat Sudah Semester 6...

Bismilahirahmanirahim...

Alhamdulilah..Alhamdulilah..Alhamdulilah.. berakhir sudah kertas peperiksaan semester ni...ceeeehhhh... tulis macam dah habis paper je.. ada satu lagi padahal.. paper semantik dan pragmatik.. argh..takpe satu je lagi then im done with this semester..

Last paper! Last paper!

Semester ni penuh dengan cerita kenangan..tutup buku lama dan buka buku yang baru.. kisah cinta yang baru.. kisah persahabatan yang terluka..kisah pensyarah yang mempunyai kontroversi tersendiri.. kisah UPSI yang menggamit memori..hahaha.

Pendek kata aku terasa singkat pula 3 tahun aku belajar kat sini..ayat nak sedapkan hati sendiri padahal.. tak sabar nak menghabiskan saki baki masa di sini.. dikala kawan-kawan sebaya dah ramai yang memiliki kerjaya tetap..dah berkahwin...bahkan ada yang berkeluarga.. aku pulak yang masih mengejar cita-cita yang dari sekolah rendah aku tanam tapi belum dapat tunaikan lagi..haha.. hati terasa cemburu, tapi nak buat macam mana, ini jalan yang aku pilih..

Kalau nak dituliskan coretan sepanjang ada kat sini memang tak mampu..pun ada banyak yang aku tak ingat dah..banyak yang dah berubah.. semester depan tak jumpa kawan-kawan rumah memandangkan praktikal tempat lain-lain...tapi mimi tetap ada memandangkan aku satu sekolah praktikal dengan dia..jaga diri baik-baik ye kawan-kawan..jumpa lagi di sem 8..ingat janji-janji kita nak berpoya-poya nanti masa sem 8..kumpul duit banyak-banyak masa cuti..jangan membeli je macam mimi..hahahahaha..sempat lagi kutuk mimi...hihihi...

Gambar-gambar kandid yang tak berapa nak kandid...














My Housemates..



Mimi ketinggalan..alamak..haha




Nak senyum macam mana ni?haha




taktaw nak kata apa..haha





Faha anak PM..haha




hahaha




faha sofang-sorang pun jadi..haha




SUPER UPSI


Kiraan hari tamatnya semester enam sudah bermula.. jage diri kawan-kawan.. Gudluck for practikal! :)




Sekian...