Geng blog

28/05/2013

Pengajaran makro 2


Bismilahirahmanirahim..

Minggu hadapan adalah minggu peperiksaan untuk pelajar UPSI? exam? seriusly? OMG! assigment masih berebut-rebut nak siapkan..dah nak exam...haruuuuu... nak buat kajian tindakan lagi..arghh..susahnya jadi cikgu!


dan sekali lagi gambar ni naik..hahaha

dan dia muncul sekali lagi untuk kali ke enam...


15 hb Julai pula aku bakal berpraktikum..wahhh..bersediakah aku? sekolah pilihan Sekolah Menengah Agama Tanjung Karang..wah..sekolah agama..mampu ke aku nak tunjukkan contoh yang baik kat pelajar nanti?entah-entah aku yang diajar oleh pelajar nanti! hahaha...

Cikgu Jiha..sayalah orangnye..hihi

saya sedang menulis..hihi

Minggu ni dah berjaya siapkan pengajaran Makro kedua..komen kawan-kawan bahan yang ada memang menarik tapi aku rasa persediaan aku yang tak cukup..tambah mengecewakan hampir separuh kelas yang tak hadir memandangkan kuliah tanpa pensyarah..hurm..nak marah pun tak boleh.. takpelah..kalau kita buat baik kat orang lain Allah kan akan balas benda-benda yang baik untuk kita jugak... :)

Forum..kiri sekali pasangan saya mengajar...


Buku persediaan mengajar

Walaupun dah mengajar dua kali untuk makro rasanya masih belum puas lagi..masih banyak ruang yang perlu dibaiki..masih banyak kekurangan yang harus diperbetul..terima kasih kawan-kawan yang sudi hadir memberi sokongan!

Sekian...

24/05/2013

Fail DCIM ter"delete"!

Bismilahirahmanirahim...

Semalam sedang aku tengah cut gambar, aku terpadam sekali folder DCIM dengan MISC dalam folder kamera... aku ingat takde lah nak jadi apa-apa sebab folder je pun... tapi malam tadi masa nak pindah gambar-gambar baru dalam letop, folder gambar-gambar tu tak dapat nak dibaca kat letop aku kerana ketiadaan folder DCIM tu... arghhhh!! mase tu barulah timbul penyesalan sebab aku padam folder tu tanpa rasa bersalah semalam...

Hari ni sejak daripada aku bangun tidur sampailah waktu petang rembang ni aku duk hadap letop cari software nak restore balik DCIM tu...tapi nampaknya dah berpuluh software aku download takde satu pun yang boleh restore semula folder tu.. aduhai..apalah nasib aku ni...

Aku pun duk chat lah dengan kawan IT untuk tanye kot-kot ada penyelesaian untuk semua ni..tapi dia pun duk gelak pasal aku padam folder tu..memang payah nak buat balik..mungkin kena pergi Sony Centre kot..
Tapi nasib baik ade software yang boleh ambik gambar-gambar dalam mikro kad tu walaupun tanpa bantuan DCIM..nampaknya lepas ni gambar-gambar hanya boleh display kat letop aku sajelah.. maaflah kepada sesiapa yang nak meminjam kamera nanti.. 

Ni link yang aku cube untuk kembalikan folder tu semula..

  1. Cari kat torrent search KLIK SINI. Taip je card recovery free download.
  2. Ni Diskdigger SINI PULAK.
  3. DISK CARD RECOVERY
  4. RECOVER MY PHOTO
Tapi akhirnya!!!! penyelesaian mudah je...
  • Pinjam kamera digital kawan yang lebih kurang same je penggunaan kad SD. Tak kisahlah jenama nikon ke, coolpix ke, samsung ke.. janji jenis kad SD same..
  • Copy folder DCIM dengan MISC. Paste dalam SD kad yang dah terpadam folder DCIM dengan MISC tu.
  • Eject SD kad dari letop.
  • Cube ambil beberapa gambar.
  • Masukkan semula SD kad dalam letop
  • Tadaaa!! Hasilnya dapat semula tengok gambar dalam letop!

Alhamdulilah..syukur nikmat.. :)

Sekian..




20/05/2013

Segmen Jom Kenali Blogger Baru!


Bismilahirahmanirahim...

Selesai berhempas pulas menyiapkan tesis sehingga bab 3, sempat menjenguk blog untuk merisik khabar.. wah wah wah wah.. banyaknya perkembangan.. hasil kerajinan memuat naik perkembangan blog dan mengkuti beberapa segmen mula ada peningkatan... ceh! 

Haha..tapi masih belum mencukupi.. terlihat pula segmen menarik ni..rasa nak join.. dah join pon... :)


http://nurfarahudahud.blogspot.com/2013/05/segmen-jom-kenali-blogger-baru.html



Hati dan jari rasa tertarik nak menyertai segmen ni memandangkan blog aku ni masih terlalu baru dalam dunia penulisan blog. Aku pun masih belajar menulis dalam blog.  Jadi segmen ni sangat menarik dan sesuai la untuk amatur blog macam aku. Banyak pengalaman dan pengetahuan tentang blog-blog yang telah kukuh mungkin boleh aku kenali?kan?Terima kasih Tuan Blog yang Manis.. :)

Hadiah yang ditawarkan oleh pemilik blog...

Review Blog (4 blogger)
Sebuah buku/novel (1 blogger)
Free Banner (1 blogger)
Free desktop wallpaper (1 blogger)

Marilah ramai-ramai meriahkan segmen ni..untung-untung jadi pemenang! tak salah kan berharap? hihi..

Sekian...

19/05/2013

Kemeriahan Teater UPSI

Bismilahirahmanirahim...

Penat..letih..bosan...menghadap tugasan yang sama setiap hari..tapi masih tak selesai juga.. arghhh.. bila la semester ni berakhir..aku nak berehat sebentar dari dikejar tugasan...

Di hujung-hujung semester ni UPSI meriah dengan Festival teater.. aku berkesempatan untuk menonton beberapa buah teater yang di pentaskan di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah UPSI...

Teater Pertama..




Teater yang mengisahkan tentang pergaduhan anak-anak raja.. apa yang menariknya tentang teater ni sepanjang menonton:

  • Waktu pementasan bermula agak lambat kerana menunggu VIP tapi pembukaan acara jelas tak mengecewakan!
  • Lontaran dialog yang lantang dan meyakinkan oleh para pelakon.
  • Banyak aksi yang mengejutkan terutamnya apabila pesilat-pesilat muncul dari tempat duduk penonton. Penonton terkejut campur dengan perasaan teruja.
  • Malah keyakinan pelakon patut diberi pujian kerana berani untuk melakonkan babak di tengah-tengah tempat duduk penonton! Macam taraf pelakon profesional gayanya! Syabas!
  • Babak menarik Raja Mahadi yang kerasukan syaitan dibawakan dengan meyakinkan sekali!
  • Keseleluruhannya teater ini tak mengecewakan yang datang menonton!


Teater kedua pulak teater Jejak Pahlawan.


Teater yang mengisahkan tentang Pahlawan Awang yang disangkakan telah mati padahal sebenarnya sihat lagi bernafas...Menariknya tentang Jejak Pahlawan pula:

  • Babak mula-mula je dah mencuit hati bila seorang pelakon secara tak sengaja melontarkan dialog  "oh my god oh my god oh my god" semasa berlari mengejar babak seterusnya. Gamat satu dewan dengan gelak ketawa sebab dengar dialog yang tak patut keluar tu
  • Tambah melucukan apabila sesi menukar babak. Sibuk krew props mengangkat kubur. Akibat terlalu laju dan mengejar masa, kubur tu seolah-olah terbang. Dah jadi macam cerita seram pula. haha
  • Babak Tok Ketua yang melucukan. Walaupun kelihatan antagonis tapi dialog-dialog yang dilontarkan mencuit hati penonton. Layanan dan gurauan mesra terhadap isterinya membuat penonton tergelak sakan.
  • Para pelakon sangat beruntung dalam cerita ni kerana banyak babak makan. hahaha
  • Ada beberapa babak yang dirasakan tidak logik dalam cerita ini walaupun kelihatan melucukan. Babak semasa perlawanan antara dua orang. Askar-askar masing-masing memegang senapang, tapi hanya berteleku memandang pergaduhan yang berlaku. Ada penonton yang tak berpuas hati dan meminta pelakon menembak saja yang bergaduh tu memandangkan mereka memiliki senapang. Agak lucu suasana ketika itu.

Keseluruhannya kedua-dua cerita yang dipentaskan ni tak mengecewakan penonton. Tahniah kepada rakan-rakan yang menjayakan pementasan ni. Bukan senang nak melakukan sesuatu yang besar seperti ini! 


18/05/2013

Aku Yang Tersakiti...

Bismillahirahmanirahim...




Kata Orang, kawan yang terbaik adalah kawan yang ada dimasa susah dan senang kita...
Kata Orang, kawan yang terbaik adalah kawan yang tak takut untuk menegur dikala kita melakukan kesalahan..
Aku cuba..
Menjaga hati orang lain lebih sukar dari menjaga hati sendiri
Membiarkan hati disakiti walaupun aku tak tahu mengapa
Memohon maaf biarpun aku tahu dia yang selayaknya meminta padaku..




Aku tak mahu jadi seorang yang ego, malah memutuskan silaturahim adalah hal yang terburuk... tapi aku pun letih dilukai , aku letih untuk memujuk lagi...

Kali ini aku biarkan..aku rendahkan ego aku untuk menuturkan maaf, aku perlahankan langkah agar kau boleh jalan seiring , aku diamkan walaupun aku tahu aku yang dikianati , aku senyapkan suara agar kau juga boleh menyatakan perasaan..

Tapi sayang , kau lebih memilih untuk menjauh, kau memilih untuk menghilang, kau lebih memilih untuk menganggap aku tak wujud..

Aku cuma manusia biasa, aku tak mengharap kau menjadi seperti aku , cuma aku pinta kau membuka sedikit ruang untuk orang lain memasuki hidup kau  , jangan biarkan orang lain menganggap kau pesimis..



Tapi tak mengapa.. semua orang memandang kau yang benar, aku yang salah.. tak mengapa..biarlah orang memandang aku yang salah, itulah hal terakhir yang boleh aku lakukan untuk kau kawan..

Terima kasih untuk segala yang pernah kita lalui bersama..maafkan aku..aku tak mampu untuk menahan diri lagi.. aku letih hidup begini..

Biarlah kau memilih kawan yang kau inginkan, yang mampu memberi kau kebahagiaan, yang bukan seperti aku... :)



Lagu yang paling sesuai dengan kejiwangan perasaan aku hari ini...tapi ditujukan buat sahabat.. JUDIKA Aku Yang Tersakiti....




Sekian...

15/05/2013

Maaf..

Bismilahirahmanirahim...

Malam ni aku marah.. aku betul-betul marah... marah pada seorang sahabat yang mengguris hati aku.. tapi aku sedar kemarahan tak bawa ke mana-mana..tak mendatangkan untung.. aku dah maafkan dia.. aku maafkan seikhlasnya...

Aku cuba jadi sahabat yang baik..aku cuba bagi teguran bila aku rasa dia silap..aku nasihatkan dia supaya dia ambil berat dengan apa yang aku katakan.. Tapi mungkin cara aku salah.. cara aku kasar..maafkan aku sahabat..aku mungkin bukan sahabat yang baik untuk kau...

Aku sayangkan sahabat aku..bagi aku sahbat aku dunia akhirat.. aku cuba sebaik mungkin untuk jadi penyabar..tapi lama aku pendam rasa marah, makin sakit hati aku.. aku terpaksa luahkan pada kau sahabat...

Sahabat..

Andai kau baca tulisan aku ni. aku nak minta maaf sangat-sangat.. aku tak niat nak menyakitkan hati kau.. jauh sekali nak menjauhkan diri dari kau.. aku pergi sebab aku taknak sakitkan hati kau lagi... aku taknak kau menangis kerana aku... 

Maafkan aku...



14/05/2013

Dendam analisis!

Bismilahirahmanirahim...

330 pagi...

Akhirnya setelah hampir lima jam bertarung, perjuangan berakhir..arghhhh...

Analisis wacana..kau mendera aku..kau menyeksa aku..kau memaksa aku membaca teks.. kau paksa aku menghadap power point berjam-jam...kau paksa aku analisis tautan yang aku tak pernah tahu sebelum ni..

TAPIIII......!

Malam ni kau dah tewas...malam ni kau dah kalah! kami berjaya selesaikan kau! habislah kau...esok kami nak tunjuk hasil kami balas perbuatan dendam kami pada semua orang... pada semua pelajar kelas kami..kau tengoklah nasib kau esok!!




................,,,penangan assigemnt yang menggila!!!.................

13/05/2013

Tekanan minggu ke 12 kuliah!

Bismilahirahmanirahim...

Musim assigment tengah banyak ni,  banyak jugaklah masalah yang timbul..musim minggu kuliah dah nak berakhir..masa nilah kita nak menilai tentang diri seseorang.. kenapa?? ada sebabnya:

#Masa nak buat tugasan ni lah kite boleh tengok yang mana bersungguh-sungguh nak buat kerja. Ada yang melangut buat tak tahu, ada yang sekadar atas nama, ada yang pura-pura tak tahu masa kawan lain dok pulun buat tugasan...paling teruk buat-buat sakit atau buat-buat tak tahu yang dia tu ada kerja nak buat.. sibuk nak tolong orang lain buat kerja padahal kerja dia sendiri orang lain tolong buat...

tidur pulak...


#Curi dengar perbualan orang lain. Yang ni paling menyampah sekali. Masa kita cakap kat dia, dia buat tak tahu, tapi masa kita bercakap dengan orang lain sibuk curi dengar..sangat-sangat meluat.. arghhhh

#masalah oh masalah! masa tugasan tengah beratur nilah macam-macam masalah datang. Masa nilah nak buat program ni nak buat program tu. Nak hantar ini nak hantar itu..huuuuuuu

#Hati rasa tak tenang sebab tugasan tak siap..bagi komitmen kat sini ada komitmen kat sana..hati tu macam berbelah bahagi..tekanan lagi...arghh

#orang yang pura-pura sibuk padahal orang lain yang tolong buat kerja dia..


ingat aku tak tahu ke?

Tapi nasib baik masih ada kawan-kawan yang mampu menenangkan hati.. pesanan dia " orang baik selalu di duga.." sabar..sabar..sabar.... :)


JOM SUPPORT SEGMEN BLOGGER KATHY

Bismilahirahmanirahim...

Segmen lagi.. hahaha... musim assigment tapi jari masih aktif menaip untuk join segmen..haha...baru balik dari seminar praktikum, berjalan-jalan main blog terlihat segmen menarik ni...

SEGMEN KATHY MENCARI BLOGLIST MEI-OGOS


Klik sini


Segmen ini hanya untuk mencari bloglist bagi bulan Mei-Ogos 2013. semua blogger yang sertai akan kathy bloglistkan di dalam blog Bloglist Kathy. bererti blog anda akan sentiasa mendapat perhatian kathy. siapa yang rajin update,dia yang akan selalu berada di atas.
 syarat utama :
- wajib follow blog ni  bagi yang belum follow - akan di follow balik
- wajib add Google+Follower kathy Rbain bagi yang belum add - akan di add balik
- wajib like kedua2 pages kathy di sidebar blog ni
- sunat letakkan link blog kathy ke bloglist anda.


Blog  ni bukan sahaja cantik tapi jugak banyak maklumat..wah..nak terjah lagi..meh ramai-ramai meriahkan segmen ni...






12/05/2013

Anak kedua?

Bismilahirahmanirahim....
Siapa anak kedua dalam keluarga? ada fakta menarik untuk anda.. :)


ANAK MANJA EMAK 
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.



ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.



TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pandai pujuk makwe atau pakwe dia. 

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D



HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.


HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.



BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja  dengan orang.

PEMAAF dan CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.


Tapi...tapi...tapi....betul ke?hihihihi

Segmen : Mencari bloglist Mei & Jun




Bismillahirahmanirahim....

Minggu ke 12 kuliah, sibuk dengan tugasan tapi tangan masih aktif cuba masuk segmen bloglist..yearghhhh!!! Blog cantek-cantek semua..patut ramai follower.. :)



Ini syarat-syarat penyertaan :) C/P dari blog beliau.... :)


Syarat :
1) Warganegara Malaysia
2) Follow blog saya. *cari google connect kat kanan :3
3) Follow twitter ---> 
4) Lekat banner dan backlink kan entry ini.
5) Klik SINI, SINI dan SINI *Pastikan clear cache and cookies, tunggu sehingga habis loading. Jujur tauu :)
6) Siap semua syarat? just tinggalkan link entry di komen entry ini sahaja *tempat lain tidak akan di layan
7) Tarikh tutup : 18/5/2013

Pemenang : 
1) Topup Maxis/Celcom RM5 x1 - random.org
2) Shiseido Black Mask x1 - random.org *kalau melebihi 60 orang
3) 60 peserta akan menjadi bloglist Mei & Jun saya. *kalau lebih 60 random jelah ^^ Rasanya tak cecah pun. Heeeeeeee. So, kemungkinan semua jadi bloglist saya :D

Segmen Follow April hingga Disember 2013

Bismilahirahmanirahim...

Sedang menyingkap-nyingkap tabir blog , terlihat pula segmen ni Blog cantek ni..terlintas nak join.... Nice blog nice entry.. canteknya blog dia ni... patutlah ramai yang ikut...aku pun nak join jugaklah... :)



Syarat-syarat penyertaan

  • Mempunyai Belog (Wajib)
  • Follow Belog cik akak (yang dah follow boleh abaikan)
  • Soal entri tak wajib....ikot suka hati u all nak buat cam mane...yang penting u all suka
  • Copy banner comel cik akak tu dan tempek kat entri u all
  • Letak Tajuk " Segmen Follow April hingga Disember 2013"...Kalau tajuk lain cik akak memang tak layan...hihi
  • Akhir sekali u all boleh tinggalkan link dalam kotak komen cik akak....perlu diingatkan tempat lain selain kotak komen memang cik akak tak layan 100%
  • Terbuka kepada semua " Belog Malaysia" sahaja

Segmen bermula 02.04.2013 dan Tamat 31.12.2013

HADIAH???

Hadiah masih dalam perancangan cik akak....

Hadiah Novel dan Top Up semestinya....
Yang lain-lain cik akak akan update dari semasa ke semasa....
semoga segmen cik akak mendapat sambutan...

Aku yang disakiti...

Bismilahirahmanirahim...

Satu demi satu cerita tersingkap....Ya Allah.....Rupanya Kau sembunyikan cerita itu daripadaku

Menangis dalam hati



Supaya segalanya seperti biasa

Hari ini....Saat ini....Tak tergambar peritnya hati ....Bila perlahan-lahan cerita itu terbuka...Entah bila saatnya...Semua itu terjadi

Hari ini aku tahu...Hatinya pernah dimiliki...Dia pernah melakukan hal yang sama kepadaku dulu...Hari ini baru aku tahu...Semua cerita itu

Aku tahu, dia yang kini pun cuma pinjaman..belum hak untuk aku memilikinya, belum saatnya aku memberinya segalanya...

Patah tumbuh hilang berganti

Walau telah berkali aku disakiti, aku masih mencuba lagi..terus tegak berdiri..

Terima kasih kamu yang pernah singgah di hati.
Terima kasih kamu yang sedang di nanti
Aku janji aku akan cuba untuk menahan hati ini daripada terus dikhianati..


:(



11/05/2013

Seni Khat di UPSI!



Bismilahirahmanirahim...

Di UPSI tercinta ni ada satu subjek kokurikulum yang wajib kami ambil sebanyak satu jam kredit iaitu Kelab. Sem ni aku dah daftar untuk ambil Tulisan Jawi...hohoho.. rasenya kali terakhir belajar jawi adalah masa sem 1.. sem mula-mula masuk UPSI..tu pun terkial-kial tangan nak tulis jawi memandangkan lama dah tinggalkan sekolah agama...

Kursus Tulisan Jawi ni bukanlah belajar tentang asal-usul jawi semata-mata, tapi kami juga di ajar untuk menulis khat...KHAT? lagilah dah lama aku tak sentuh.. seingat aku kali terakhir menulis khat masa darjah tiga sekolah agama.. mase tu umur 9 atau 10 tahun tak silap.. sekarang dah 23 tahun..upsss..lame tuuuu....

Aku amik subjek ni pun sebab permintaan kawan baik aku yang nak sangat amik subjek ni iaitu Mimi.. haha.. dari minggu pertama samapi ke 8 duk menangis tiap-tiap kuliah..bukan sebab sedih, tapi mengantuk mendengar teori dan sejarah jawi..hahaha...bila Mimi merungut, aku ungkit balik , dia yang nak sangat subjek ni kan? amekkkk...

Tapi....

Minggu ke 11 jadi menarik sebab kami mula menulis khat.. akhirnya..akhirnya.. kami tak mengantuk lagi ! Yang tambah seronoknya pensyarah yang mengajar tulisan khat merupakan pensyarah Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu masa sem 4 dulu.. baik dan lembut je orangnya..tambah seronok sebab dia pun orang Jawa...kadang-kadang ada juga terkeluar intonasi Jawa masa dia mengajar...



Latihan pertama menulis


ini hasil keje pertama  hosemate aku..


Huruf asas dalam tulisan jawi


Di sebabkan kami budak baru belajar maka nak mengasah pensel khat pun kami tak tahu nak buat..haha.. pensyarah yang baik hati telah membantu mengasahkan mata pensel khat kami...uniknya pensel khat ni berasal dari pokok batang pokok paku pakis yang telah tua dan dikeringkan.. senang sangat nak patah kalau tak berhati-hati masa menggunakannya...nama pensel khat ni kalau tak silap pensyarah sebut sebagai "khandam".

dakwat Rm1.50..pensel khat hadiah daripada pensyarah..

Maka hasil pertama yang bolehlah nak di kongsikan bersama...

Hasil kerja aku sendiri...
hasil kerja hosemate aku...

Pensyarah dah mengingatkan kami setiap minggu akan ada tugasan yang menanti..tak sabar rasenya... haha..


Merah itu aku, biru itu hosemate (mimi)...

Sekian....



Segmen + Follower by Huda

Bismilahirahmanirahim...

Baru nak terjebak dengan segmen-segmen macam ni... haha..

Blog ni cantik sangat nak di banding dengan aku yang baru belajar main blog ni! :)

Klik kat sini..




Sekian..

10/05/2013

Minggu Assigment Menggila!!

Bismilahirahmanirahim...

Minggu ni minggu ke 11 kuliah... tapi minggu ni sangat sibuk... apabila pensyarah sudah mula menagih tugasan..pensyarah dahagakan pembentangan..pensyarah menuntut tesis...arghhh..minggu yang menyesakkan kepala kerana tuntutan menjadi seorang pelajar...Projek tahun akhir, pengajaran makro, semantik, folio media dan analisis wacana..amboi..banyaknya kerja..macam ni pun masih ada orang ada senangnya jadi pelajar pendidikan...warghhh...

hakikat!

Walaupun dah tahu tiap-tiap sem akan jadi macam ni tapi masih belum insaf.. masih buat kerja saat akhir.. ops..kadang-kadang bukan kerja saat akhir, tapi pensyarah yang lewat memberi tugasan...





Dalam minggu ke 11 ni pulak pensyarah nak buat program..parah..nasib baik dia da uruskan semua..cuma tinggal beberapa tugasan lagi yang perlu dilangsaikan..nampknya kena makan Vitamin nak menyiapkan kerja..hahaha..


Dalam sibuk-sibuk memikirkan assigment yang tak siap-siap, peperiksaan akhir dah mula mengintai peluang...nampaknya takde study week terus je periksa..bermula 3 Jun dan berakhir 7 Jun.. 15 Julai bermulanya praktikal...arghhh... rumah sewa untuk praktikum kat Tanjung Karang belum confirmkan lagi... PULAMI pun masih belum memberi kepastian... kenapa banyak sangat yang perlu difkirkan..arghhh.. 


kakak aku a.k.a Mysis dah keluarkan jadual...

Sekarang ni pun masih sedang menyiapkan saki baki terakhir assigment..tapi sebenarnya ada lagi tiga pembentangan yang belum selesai...arghhh.... :(  Mudah-mudahan aku boleh!!