Geng blog

29/07/2013

Cerewet~~~



Hari ni tetiba tergerak hati nak tulis entri tajuk ni..kenape? sebab aku baru je stress pasal hal cerewet ni.. tapi bukan aku yang cerewet..orang lain.. kadang-kadang aku tak paham kenape orang nak sukarkan sesuatu perkara padahal benda tu simple je..



Contoh situasi nak membeli kasut..aku ni jenis cepat je berkenan.. pegi dua tiga kedai kasut okei dah jumpe..ada sesetengah orang tu pegi sampai berpuluh kedai tapi akhirnya pegi kedai yang pertama..arghhh..aku tak paham…bukan aku tak teliti..tapi aku taknak buang masa terlalu cerewet memilih sedangkan banyak perkara lagi yang nak dibuat…


Pernah satu situasi di dapur..aku paling tak suka bila aku tengah memasak ada orang komplen kate cara aku tak sama macam cara mak dia masak.. heloooo.. aku bukan mak dia memanglah tak sama.. setiap orang kan berbeza takkan semua sama cara masaknya…adoiyai…




Kadangkala orang tak sedar kata-kata dia banyak melukakan hati kita..aku jenis malas nak bertekak..aku lebih suka let it go..takpe..hari ni dia buat kat kita, esok lusa orang buat kat dia pulak..masa tu baru nak beringat… huh! Pesanan untuk kaum wanita, janganlah terlalu cerewet, tak ada yang suka pun!

Sekian...

22/07/2013

Aku Tak Main-Main!





Bismilahirahmanirahim...

aku tak TIPU! sumpah aku tak tipu! aku sekarang ni taip entri ni dengan keadaan yang serius!



aku MENGANTUK!!

aku dan terlelap setengah jam atas meja bilik guru..mati aku kalau penyelia datang masa aku tidur tadi..haha..entah kenape mengantuk sangat hari ni... arghh!!!




21/07/2013

SELAMAT BERKENALAN, SAYA CIKGU AZIHA

Bismilahirahmanirahim...

Semenjak beberapa hari aku mengajar di sekolah, aku dapati bahawa peranan bilik guru bukan sahaja tempat guru berkumpul tapi boleh juga jadi sebuah pasaraya borong…hahaha..kemeriahan aidilfitri yang bakal menjelang dimanfaatkan dengan pelbagai jualan secara langsung terus dari pengedar..harga murah, pelanggan puas hati dapat tengok barang secara maujud dan boleh masuk buku lagi kalau tak nak bayar tunai..

meja guru yang merangkap meja kerja aku sekarang...


Setelah lima hari menjadi guru pelatih barulah aku nampak dengan jelas betapa besar dan beratnya beban sebagai seorang guru..nak menyediakan rancangan pengajaran harian, nak menyediakan lembaran kerja, nak menyediakan soalan PBS , nak menanda latihan pelajar, dan macam-macam lagi..huuu…penat…setiap kali balik sekolah mesti tumbang kat bantal dulu sebelum asar menjelang..persekolahan aku tamat waktu petang jadi solat zuhur siap-siap kat sekolah…

sukatan pelajaran tingkatan empat

Perkara yang paling sukar menjadi guru ni kita kena jadi seorang pelakon yang hebat.. walaupun stress atau marah jangan terlalu tunjuk pada murid.. banyakkan senyum walaupun hati terbakar tengok murid tak dengar kata..jangan salahkan murid kalau dia tak nak dengar kita mengajar, mungkin teknik dan kaedah pengajaran kita yang tak menarik minat diorang untuk ikut…


Hari isnin bakal menjelang , kepala sudah pening memikirkan apa pula yang nak diajarkan minggu depan.. haishhh..cikgu oh cikgu!

kekasih tersayang..hihihi

Sekian...

11/07/2013

Welcome to Selangor!!

Bismilahirahmanirahim...

8 Hb Julai... tiba di Selangor...

12 Hb Julai lawatan sosial di SAM Tanjung Karang.. kedatangan kami katanya di nanti-nanti oleh warga sekolah..haha..tiba-tiba rasa berdebar pula...

15 Hb Julai.. bakal berpraktikum di SAM Tanjung Karang...

Semoga segalanya di permudahkan...semoga Selangor berbaik-baik dengan aku...

Bersama rakan-rakan rumah yang baru:

1. Ada - Si Tukang Sapu
2. Siti   - Si Tukang Bukak Pagar
3.Lina  - Status Tidak diketahui

Wifi tak dapat dihubungkan kerana ketiadaan kabel wifi di kesan di kawasan Tanjung Karang.. haha..

Terima kasih abah sebab menghadiahkan kancil untuk adik...

Terima kasih mak dengan abang sebab sponsor belanje di sini..haha

Terima kasih housemate Ada yang menyumbangkan broadband...hihihi...

Ada sesiapa yang ada di Selangor? hubungi saya ye.. :)