Geng blog

07/01/2012

Kucing oh kucing!



Kucing....
Haiwan kecil ciptaan Allah di muka bumi ini. Kucing haiwan yang lemah walaupun hakikatnya ia dikurniakan kuku yang tajam untuk mempertahankan diri. Walaupun ada sebahagian daripada kita yang geli mahupun benci terhadap kucing , kucing hanyalah haiwan biasa yang perlu dilindungi.

1.     Kucing haiwan kesayangan RasulAllah S.A.W. hal ini ada tercatat dalam hadis nabi yang menceritakan kasihnya Nabi Muhammad terhadap haiwan ini. Sedangkan nabi tokoh mulia sangat menyayangi kucing apatah lagi kita yang tiada apanya disisi Allah untuk membenci kucing.



indahnya tidur kucing ni... :)


   
      
    2.Kucing merupakan haiwan yang sabar. Anda tak percaya? Lihat sendiri apabila anda makan dimana-mana kedai makan. Kucing biasanya akan mengiau disekeliling meja makan anda untuk mendapat perhatian anda. Kemungkinan pertama tindakan anda ialah  mencampakkan makanan kepadanya. Ia  akan terus memakannya andainya makanan itu memang makanannya. Kemungkinan yang kedua , anda enggan melayannya dan mengusirnya pergi dengan memarahi atau memukulnya supaya menjauhi anda. Kemungkinan yang ketiga anda tidak mahu mencampakkan sedikit makanan dan telah mengusirnya pergi, namun secara senyap-senyap kucing itu kembali dan mencuri makanan anda. Andai ini terjadi maafkanlah kucing tesebut. Pernahkah anda terfikir?? Kucing itu bukanlah sengaja hendak mencuri makanan anda. Anda sendiri sedar kucing tak mungkin bekerja dan memiliki jawatan tinggi yang menawarkan gaji lumayan untuk membolehkan ia membeli makanan sendiri di kedai makan. Jadi secara logiknya, kucing akan mencuri. Bukankan sama dengan tabiat manusia??hmm....



kucing ni makan ABC... hehe


3.     Selain itu, ada juga sesetengah manusia yang suka menganiaya kucing walaupun kucing tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan kepada anda. Walaupun kucing dipukul mahupun dianiaya dengan pelbagai cara , pernahkah kucing kembali kepada anda dengan membawa kumpulannya untuk membalas dendam? Tak pernah bukan? Justeru itu janganlah anda merasa jijik atau geli seandainya ada kucing yang kita lihat tempang, kotor , comot mahupun dipenuhi luka kerana yang menganiaya kucing itu adalah kaum yang bernama manusia yang merupakan makhluk serupa dengan anda. Pernahkah anda mendengar berita kucing yang tempang dan cedera seluruh badan itu dibelasah oleh seniornya? Dipukul kerana cuba memikat kucing betina? Tempang kerana menunggang motosikal secara berbahaya? Pernahkah anda??



rempit tu rempit jugak..keselamatan tu penting...


4.     Kucing merupakan haiwan anugerah Allah yang terindah. Seandainya anda memelihara kucing , anda pasti setuju. Walaupun kadang kala kucing merimaskan dan dikatakan membawa penyakit (walaupun pada hakikatnya terbukti salah fakta ini) namun kucing haiwan yang tidak merungut. Pernahkah kucing memarahi anda jika tidak memberinya makan? TIDAK! Jika ia lapar ia hanya akan berlingkar disekeliling anda dan memerhatikan anda. Andainya anda tidak makan ia akan mendiamkan diri dan mencari makanannya sendiri walaupun yang didapati sekadar sisa-sisa makanan anda. Pernahkah anda mendengar kucing merungut kerana makanannya tulang? Bukan KFC,McDonalds atau Pizza Hut? Namun sesetengah dari kita manusia masih juga merungut walaupun dapat menikmati makanan yang enak-enak setiap hari. Pernahkah anda fikir betapa bertuahnya anda??

nyum...nyum...nyum

Artikel ini ditulis sekadar hanya untuk menyatakan bahawa saya sangat sayang kepada kucing dan saya banyak belajar dari sikap sabar haiwan kecil yang dipanggil kucing. Anda pun pasti dapat mempelajari sesuatu darinya.




aloh! comelnya!





ok...sy surrender....hehe






sama-sama kita bina...sama-sama kita rasa.. eh?ni lagu..haha


p/s: kucing oh kucing! rindu sangat pada kucing-kucing dirumah.. :P









No comments:

Post a Comment

bagi sikit pendapat... :)