Geng blog

23/10/2013

Impian Nak Meniaga....

Bismilahirahmanirahim...

Beberapa minggu lagi latihan praktikal di SAMTAK bakal berakhir.. now its time to counting the days... 12 days to go... er...er...er...

But then aku terfikir sesuatu, apa aku nak buat sempena cuti panjang sehingga bulan Februari nanti ye? haha... kerja? Ya.. aku memang gila kerja.. aku suka penuhi masa cuti dengan kerja cari duit lepas tu bagi habis duit sebelum semester baru bermula... tiap-tiap sem pun macam tu.. macam mana nak kumpul duit kawen kan... hahaha..

Kerja pertama aku dulu kat kedai kek.. macm-macam jenis kek jugaklah yang aku tahu namanya... tapi aku ni tak minat bidang masakan, jadi takdelah impian nak membina empayar perniagaan kek pulak..haha..

SURIA BAKERY
Tadaa....! kat sinilah kerjaya aku bermula! :)
Aku penah jadi minah kilang lepas SPM dulu.. masa tu bukan senang nak mintak kerja..sebab pihak pengurusan tahu yang budak-budak lepas STPM ni kerja sementara je.... tapi pandai-pandai la nak auta fakta kan..

Kilang tauhu..bukan tauhu yang putih tu, tapi tauhu ni biasa orang Cina yang makan.

Tapi kerja kilang ni penat..letih..macam takde kehidupan lain...hari-hari duk menghadap kerja yang sama.. tapi Alhamdulilah.aku mampu bertahan 6 bulan macam tu sebelum aku dapat tawaran sambung belajar...

Masa cuti sem pulak aku kerja kedai runcit...aku paling suka kerja ni sebab banyak peluang jumpe dengan orang ramai..aku memang suka kerja jumpa-jumpa orang ni... macam satu kepuasan bila kenal ramai kawan-kawan baru...

Aku rasa cuti sem kali ni macam nak buat perniagaan online la...ade peluang nak maju tak? aku minat kerja-kerja menjahit.. kan sekarang banyak banyak buat produk kecik-kecik macam kain felt tu.. rasa macam nak cuba lah... haha...




Cantik kan? comel je tengok..

Aku ni tak keratif orangnya..tapi aku mampu meniru dengan baik... haha... tulah yang kawan-kawan aku selalu cakap...jadi kalau ada bahan yang boleh dirujuk rasenya boleh maju buat bisnes ni...then sekarang dah bolehlah mencari pembekal untuk bahan-bahan ni..ye dop? haha..

Sekian..

2 comments:

  1. Bagus lah macam tu..tak membuang masa yang ada... All the best in your way that you deserve it.. Hope suatu hari awak akan mampu berjaya di dunia perniagaan..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah ada niat tu :) moga di permudahkan urusan

    ReplyDelete

bagi sikit pendapat... :)