Geng blog

16/11/2012

Kelebihan Solat Sunat.

Bismilahhirahmanirahim...

Solat adalah tiang agama, maka barang siapa yang mendirikannya sesungguhnya dia telah membangunkan agama dan barang siapa yang meninggalkannya sesungguhnya seolah-olah dia telah meruntuhkan agamanya sendiri.

Solat terbahagi kepada 3 hukum iaitu:

  1. Wajib atau fardhu.
  2. Sunat.
  3. Fardhu Kifayah.
Sunat berasal dari kalimah Sanna yang bermaksud jalan. Sunat adalah sesuatu yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk diikuti oleh umatnya . Solat sunat ialah solat yang selalu dilakukan oleh baginda setiap hari dalam kehidupannya di samping solat fardhu yang diwajibkan dan baginda amat menggalakkan umatnya untuk mengalamalkannya. Solat sunat bukan merupakan kewajipan dan bermakna bukan wajib untuk kita melakukannya namun apabila kita melaksankannya ianya secara sukarela bagi menujukkan rasa cinta kepada Allah SWT. 

Antara kelebihan solat sunat ialah:

  1. Merupakan amalan terbaik kerana antara amalan yang mendekatkan diri seorang hamba dengan penciptanya.
  2. Menutup kekurangan solat fardhu yang tidak sempurna dan kurang.
  3. Ibadah yang membawa seseorang ke syurga kerana membuahkan kecintaan kepada Allah s\SWT.
  4. Meninggikan darjat seseorang dan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.
  5. Mecegah dari melakukan perbuatan terlarang kerana solat merupakan perisai yang dapat melindungi diri seseorang dari terjerumus melakukan perbuatan yang dilarang.
  6. Mendatangkan keberkatan kepada rumah kerana mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli rumah.

Sekian...

No comments:

Post a Comment

bagi sikit pendapat... :)