Geng blog

Showing posts with label UPSI dihatiku. Show all posts
Showing posts with label UPSI dihatiku. Show all posts

07/03/2014

This is The Final Battle!

Bismilahirahmanirahim...


Topik yang paling tipikal untuk tahun ini bagi aku... final year! Bila dah kata final year , maksudnya final effort lah kan? haha... untuk tahun terakhir disini.. sekarang dah masuk minggu ketiga kuliah , tugasan dah mula berlonggok-longgok menagih janji untuk dilunaskan...wah..puitis.. maklumlah berdepan dengan tekanan PROJEK TAHUN AKHIR ...



taaada! inilah senarai hitam tugasan! haha

Hohoho... walaupun cuma empat kursus sahaja semester ni rasenya antara semester yang paling stresssssss sekali dengan tugasan... tapi walaupun nak kate sibuk dengan tugasan masih jugak sempat berangan.. haha..teruk! 


Hasil kreativiti ni aku buat akibat tekanan melampau.. hihihi..boleh inbox kalau berminat..kasi murah-murah aje.. pengalas tetikus...


Aku , tikus dan meow...haha

Tahun ni sempat jugak join hari keluarga anjuran pelajar Bahasa Melayu...

aku sebelah kiri sekali....

kami cikgu-cikgu BM bitara!

Sekarang ni sepatutnya aku sedang menaip semula kertas cadangan untuk tesis aku..tapi lain pula peginya... haha... Doakan segalanya lancar buat aku !

S. e .k . i . a. n.

# arjunabeta 
# dewi cinta
# bintang hatiku

23/09/2013

Errrrr...

The story Yesterday......








Then its Today.....










What will happen Tomorrow.....





Lambakan ! 

a. Buku latihan pelajar
b. Kertas rumusan pelajar
c. RPH
d. Lembaran kerja pelajar.

Padan muke aku... -.-

21/07/2013

SELAMAT BERKENALAN, SAYA CIKGU AZIHA

Bismilahirahmanirahim...

Semenjak beberapa hari aku mengajar di sekolah, aku dapati bahawa peranan bilik guru bukan sahaja tempat guru berkumpul tapi boleh juga jadi sebuah pasaraya borong…hahaha..kemeriahan aidilfitri yang bakal menjelang dimanfaatkan dengan pelbagai jualan secara langsung terus dari pengedar..harga murah, pelanggan puas hati dapat tengok barang secara maujud dan boleh masuk buku lagi kalau tak nak bayar tunai..

meja guru yang merangkap meja kerja aku sekarang...


Setelah lima hari menjadi guru pelatih barulah aku nampak dengan jelas betapa besar dan beratnya beban sebagai seorang guru..nak menyediakan rancangan pengajaran harian, nak menyediakan lembaran kerja, nak menyediakan soalan PBS , nak menanda latihan pelajar, dan macam-macam lagi..huuu…penat…setiap kali balik sekolah mesti tumbang kat bantal dulu sebelum asar menjelang..persekolahan aku tamat waktu petang jadi solat zuhur siap-siap kat sekolah…

sukatan pelajaran tingkatan empat

Perkara yang paling sukar menjadi guru ni kita kena jadi seorang pelakon yang hebat.. walaupun stress atau marah jangan terlalu tunjuk pada murid.. banyakkan senyum walaupun hati terbakar tengok murid tak dengar kata..jangan salahkan murid kalau dia tak nak dengar kita mengajar, mungkin teknik dan kaedah pengajaran kita yang tak menarik minat diorang untuk ikut…


Hari isnin bakal menjelang , kepala sudah pening memikirkan apa pula yang nak diajarkan minggu depan.. haishhh..cikgu oh cikgu!

kekasih tersayang..hihihi

Sekian...

04/06/2013

Tamat Sudah Semester 6...

Bismilahirahmanirahim...

Alhamdulilah..Alhamdulilah..Alhamdulilah.. berakhir sudah kertas peperiksaan semester ni...ceeeehhhh... tulis macam dah habis paper je.. ada satu lagi padahal.. paper semantik dan pragmatik.. argh..takpe satu je lagi then im done with this semester..

Last paper! Last paper!

Semester ni penuh dengan cerita kenangan..tutup buku lama dan buka buku yang baru.. kisah cinta yang baru.. kisah persahabatan yang terluka..kisah pensyarah yang mempunyai kontroversi tersendiri.. kisah UPSI yang menggamit memori..hahaha.

Pendek kata aku terasa singkat pula 3 tahun aku belajar kat sini..ayat nak sedapkan hati sendiri padahal.. tak sabar nak menghabiskan saki baki masa di sini.. dikala kawan-kawan sebaya dah ramai yang memiliki kerjaya tetap..dah berkahwin...bahkan ada yang berkeluarga.. aku pulak yang masih mengejar cita-cita yang dari sekolah rendah aku tanam tapi belum dapat tunaikan lagi..haha.. hati terasa cemburu, tapi nak buat macam mana, ini jalan yang aku pilih..

Kalau nak dituliskan coretan sepanjang ada kat sini memang tak mampu..pun ada banyak yang aku tak ingat dah..banyak yang dah berubah.. semester depan tak jumpa kawan-kawan rumah memandangkan praktikal tempat lain-lain...tapi mimi tetap ada memandangkan aku satu sekolah praktikal dengan dia..jaga diri baik-baik ye kawan-kawan..jumpa lagi di sem 8..ingat janji-janji kita nak berpoya-poya nanti masa sem 8..kumpul duit banyak-banyak masa cuti..jangan membeli je macam mimi..hahahahaha..sempat lagi kutuk mimi...hihihi...

Gambar-gambar kandid yang tak berapa nak kandid...














My Housemates..



Mimi ketinggalan..alamak..haha




Nak senyum macam mana ni?haha




taktaw nak kata apa..haha





Faha anak PM..haha




hahaha




faha sofang-sorang pun jadi..haha




SUPER UPSI


Kiraan hari tamatnya semester enam sudah bermula.. jage diri kawan-kawan.. Gudluck for practikal! :)




Sekian...

28/05/2013

Pengajaran makro 2


Bismilahirahmanirahim..

Minggu hadapan adalah minggu peperiksaan untuk pelajar UPSI? exam? seriusly? OMG! assigment masih berebut-rebut nak siapkan..dah nak exam...haruuuuu... nak buat kajian tindakan lagi..arghh..susahnya jadi cikgu!


dan sekali lagi gambar ni naik..hahaha

dan dia muncul sekali lagi untuk kali ke enam...


15 hb Julai pula aku bakal berpraktikum..wahhh..bersediakah aku? sekolah pilihan Sekolah Menengah Agama Tanjung Karang..wah..sekolah agama..mampu ke aku nak tunjukkan contoh yang baik kat pelajar nanti?entah-entah aku yang diajar oleh pelajar nanti! hahaha...

Cikgu Jiha..sayalah orangnye..hihi

saya sedang menulis..hihi

Minggu ni dah berjaya siapkan pengajaran Makro kedua..komen kawan-kawan bahan yang ada memang menarik tapi aku rasa persediaan aku yang tak cukup..tambah mengecewakan hampir separuh kelas yang tak hadir memandangkan kuliah tanpa pensyarah..hurm..nak marah pun tak boleh.. takpelah..kalau kita buat baik kat orang lain Allah kan akan balas benda-benda yang baik untuk kita jugak... :)

Forum..kiri sekali pasangan saya mengajar...


Buku persediaan mengajar

Walaupun dah mengajar dua kali untuk makro rasanya masih belum puas lagi..masih banyak ruang yang perlu dibaiki..masih banyak kekurangan yang harus diperbetul..terima kasih kawan-kawan yang sudi hadir memberi sokongan!

Sekian...

19/05/2013

Kemeriahan Teater UPSI

Bismilahirahmanirahim...

Penat..letih..bosan...menghadap tugasan yang sama setiap hari..tapi masih tak selesai juga.. arghhh.. bila la semester ni berakhir..aku nak berehat sebentar dari dikejar tugasan...

Di hujung-hujung semester ni UPSI meriah dengan Festival teater.. aku berkesempatan untuk menonton beberapa buah teater yang di pentaskan di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah UPSI...

Teater Pertama..




Teater yang mengisahkan tentang pergaduhan anak-anak raja.. apa yang menariknya tentang teater ni sepanjang menonton:

  • Waktu pementasan bermula agak lambat kerana menunggu VIP tapi pembukaan acara jelas tak mengecewakan!
  • Lontaran dialog yang lantang dan meyakinkan oleh para pelakon.
  • Banyak aksi yang mengejutkan terutamnya apabila pesilat-pesilat muncul dari tempat duduk penonton. Penonton terkejut campur dengan perasaan teruja.
  • Malah keyakinan pelakon patut diberi pujian kerana berani untuk melakonkan babak di tengah-tengah tempat duduk penonton! Macam taraf pelakon profesional gayanya! Syabas!
  • Babak menarik Raja Mahadi yang kerasukan syaitan dibawakan dengan meyakinkan sekali!
  • Keseleluruhannya teater ini tak mengecewakan yang datang menonton!


Teater kedua pulak teater Jejak Pahlawan.


Teater yang mengisahkan tentang Pahlawan Awang yang disangkakan telah mati padahal sebenarnya sihat lagi bernafas...Menariknya tentang Jejak Pahlawan pula:

  • Babak mula-mula je dah mencuit hati bila seorang pelakon secara tak sengaja melontarkan dialog  "oh my god oh my god oh my god" semasa berlari mengejar babak seterusnya. Gamat satu dewan dengan gelak ketawa sebab dengar dialog yang tak patut keluar tu
  • Tambah melucukan apabila sesi menukar babak. Sibuk krew props mengangkat kubur. Akibat terlalu laju dan mengejar masa, kubur tu seolah-olah terbang. Dah jadi macam cerita seram pula. haha
  • Babak Tok Ketua yang melucukan. Walaupun kelihatan antagonis tapi dialog-dialog yang dilontarkan mencuit hati penonton. Layanan dan gurauan mesra terhadap isterinya membuat penonton tergelak sakan.
  • Para pelakon sangat beruntung dalam cerita ni kerana banyak babak makan. hahaha
  • Ada beberapa babak yang dirasakan tidak logik dalam cerita ini walaupun kelihatan melucukan. Babak semasa perlawanan antara dua orang. Askar-askar masing-masing memegang senapang, tapi hanya berteleku memandang pergaduhan yang berlaku. Ada penonton yang tak berpuas hati dan meminta pelakon menembak saja yang bergaduh tu memandangkan mereka memiliki senapang. Agak lucu suasana ketika itu.

Keseluruhannya kedua-dua cerita yang dipentaskan ni tak mengecewakan penonton. Tahniah kepada rakan-rakan yang menjayakan pementasan ni. Bukan senang nak melakukan sesuatu yang besar seperti ini! 


14/05/2013

Dendam analisis!

Bismilahirahmanirahim...

330 pagi...

Akhirnya setelah hampir lima jam bertarung, perjuangan berakhir..arghhhh...

Analisis wacana..kau mendera aku..kau menyeksa aku..kau memaksa aku membaca teks.. kau paksa aku menghadap power point berjam-jam...kau paksa aku analisis tautan yang aku tak pernah tahu sebelum ni..

TAPIIII......!

Malam ni kau dah tewas...malam ni kau dah kalah! kami berjaya selesaikan kau! habislah kau...esok kami nak tunjuk hasil kami balas perbuatan dendam kami pada semua orang... pada semua pelajar kelas kami..kau tengoklah nasib kau esok!!




................,,,penangan assigemnt yang menggila!!!.................

13/05/2013

Tekanan minggu ke 12 kuliah!

Bismilahirahmanirahim...

Musim assigment tengah banyak ni,  banyak jugaklah masalah yang timbul..musim minggu kuliah dah nak berakhir..masa nilah kita nak menilai tentang diri seseorang.. kenapa?? ada sebabnya:

#Masa nak buat tugasan ni lah kite boleh tengok yang mana bersungguh-sungguh nak buat kerja. Ada yang melangut buat tak tahu, ada yang sekadar atas nama, ada yang pura-pura tak tahu masa kawan lain dok pulun buat tugasan...paling teruk buat-buat sakit atau buat-buat tak tahu yang dia tu ada kerja nak buat.. sibuk nak tolong orang lain buat kerja padahal kerja dia sendiri orang lain tolong buat...

tidur pulak...


#Curi dengar perbualan orang lain. Yang ni paling menyampah sekali. Masa kita cakap kat dia, dia buat tak tahu, tapi masa kita bercakap dengan orang lain sibuk curi dengar..sangat-sangat meluat.. arghhhh

#masalah oh masalah! masa tugasan tengah beratur nilah macam-macam masalah datang. Masa nilah nak buat program ni nak buat program tu. Nak hantar ini nak hantar itu..huuuuuuu

#Hati rasa tak tenang sebab tugasan tak siap..bagi komitmen kat sini ada komitmen kat sana..hati tu macam berbelah bahagi..tekanan lagi...arghh

#orang yang pura-pura sibuk padahal orang lain yang tolong buat kerja dia..


ingat aku tak tahu ke?

Tapi nasib baik masih ada kawan-kawan yang mampu menenangkan hati.. pesanan dia " orang baik selalu di duga.." sabar..sabar..sabar.... :)


11/05/2013

Seni Khat di UPSI!



Bismilahirahmanirahim...

Di UPSI tercinta ni ada satu subjek kokurikulum yang wajib kami ambil sebanyak satu jam kredit iaitu Kelab. Sem ni aku dah daftar untuk ambil Tulisan Jawi...hohoho.. rasenya kali terakhir belajar jawi adalah masa sem 1.. sem mula-mula masuk UPSI..tu pun terkial-kial tangan nak tulis jawi memandangkan lama dah tinggalkan sekolah agama...

Kursus Tulisan Jawi ni bukanlah belajar tentang asal-usul jawi semata-mata, tapi kami juga di ajar untuk menulis khat...KHAT? lagilah dah lama aku tak sentuh.. seingat aku kali terakhir menulis khat masa darjah tiga sekolah agama.. mase tu umur 9 atau 10 tahun tak silap.. sekarang dah 23 tahun..upsss..lame tuuuu....

Aku amik subjek ni pun sebab permintaan kawan baik aku yang nak sangat amik subjek ni iaitu Mimi.. haha.. dari minggu pertama samapi ke 8 duk menangis tiap-tiap kuliah..bukan sebab sedih, tapi mengantuk mendengar teori dan sejarah jawi..hahaha...bila Mimi merungut, aku ungkit balik , dia yang nak sangat subjek ni kan? amekkkk...

Tapi....

Minggu ke 11 jadi menarik sebab kami mula menulis khat.. akhirnya..akhirnya.. kami tak mengantuk lagi ! Yang tambah seronoknya pensyarah yang mengajar tulisan khat merupakan pensyarah Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu masa sem 4 dulu.. baik dan lembut je orangnya..tambah seronok sebab dia pun orang Jawa...kadang-kadang ada juga terkeluar intonasi Jawa masa dia mengajar...



Latihan pertama menulis


ini hasil keje pertama  hosemate aku..


Huruf asas dalam tulisan jawi


Di sebabkan kami budak baru belajar maka nak mengasah pensel khat pun kami tak tahu nak buat..haha.. pensyarah yang baik hati telah membantu mengasahkan mata pensel khat kami...uniknya pensel khat ni berasal dari pokok batang pokok paku pakis yang telah tua dan dikeringkan.. senang sangat nak patah kalau tak berhati-hati masa menggunakannya...nama pensel khat ni kalau tak silap pensyarah sebut sebagai "khandam".

dakwat Rm1.50..pensel khat hadiah daripada pensyarah..

Maka hasil pertama yang bolehlah nak di kongsikan bersama...

Hasil kerja aku sendiri...
hasil kerja hosemate aku...

Pensyarah dah mengingatkan kami setiap minggu akan ada tugasan yang menanti..tak sabar rasenya... haha..


Merah itu aku, biru itu hosemate (mimi)...

Sekian....



10/05/2013

Minggu Assigment Menggila!!

Bismilahirahmanirahim...

Minggu ni minggu ke 11 kuliah... tapi minggu ni sangat sibuk... apabila pensyarah sudah mula menagih tugasan..pensyarah dahagakan pembentangan..pensyarah menuntut tesis...arghhh..minggu yang menyesakkan kepala kerana tuntutan menjadi seorang pelajar...Projek tahun akhir, pengajaran makro, semantik, folio media dan analisis wacana..amboi..banyaknya kerja..macam ni pun masih ada orang ada senangnya jadi pelajar pendidikan...warghhh...

hakikat!

Walaupun dah tahu tiap-tiap sem akan jadi macam ni tapi masih belum insaf.. masih buat kerja saat akhir.. ops..kadang-kadang bukan kerja saat akhir, tapi pensyarah yang lewat memberi tugasan...





Dalam minggu ke 11 ni pulak pensyarah nak buat program..parah..nasib baik dia da uruskan semua..cuma tinggal beberapa tugasan lagi yang perlu dilangsaikan..nampknya kena makan Vitamin nak menyiapkan kerja..hahaha..


Dalam sibuk-sibuk memikirkan assigment yang tak siap-siap, peperiksaan akhir dah mula mengintai peluang...nampaknya takde study week terus je periksa..bermula 3 Jun dan berakhir 7 Jun.. 15 Julai bermulanya praktikal...arghhh... rumah sewa untuk praktikum kat Tanjung Karang belum confirmkan lagi... PULAMI pun masih belum memberi kepastian... kenapa banyak sangat yang perlu difkirkan..arghhh.. 


kakak aku a.k.a Mysis dah keluarkan jadual...

Sekarang ni pun masih sedang menyiapkan saki baki terakhir assigment..tapi sebenarnya ada lagi tiga pembentangan yang belum selesai...arghhh.... :(  Mudah-mudahan aku boleh!!

06/04/2013

Demam Makroteaching...

Bismillahirahmanirahim...

Cuti pertangahan sem dah pun bermula..tetapi aku masih disini..di bumi bertuah Tanjong Malim.. Kawan-kawan rumah sewa semua dah balik dan hanya tinggal aku dan mimi... Arghhh.... kenapa aku belum balik? bukan aku taknak balik..tapi hari ahad ni aku akan menjejakkan kaki ke bumi Perlis untuk melakukan pengajaran Makro di sebuah sekolah di daerah Arau Perlis.... Bukan aku taknak dekat-dekat tapi rezeki ada yang jauh nak buat macam mane..lagipun dah terlanjur berjanji..haruslah ditepati...

Tekanan sebab masih belum balik kampung lagi...arghhhhh


Pengajaran makro yang kami perlu lakukan ni merupakan Tugasan KPD 3026 yang wajib kami selesaikan sebelum berpraktikum pada sem depan...macam-macam kerenah nak berdepan dengan pihak sekolah untuk dapatkan kebenaran nak buat pengajaran makro ni.. aku dengan tiga orang lagi kawan dah pergi beberapa sekolah di daerah Tanjong Malim ni untuk dapatkan kebenaran, tapi sayangnya permohonan kami ditolak dengan alasan kami tidak memiliki surat kebenaran daripada KPM.... nasib baiklah sekolah lama kawan aku  yang kat Perlis ni lebih memahami.. sekolah bagi kebenaran walaupun kamu takda surat daripada KPM.. terima kasih Ya Allah...







Respon setelah tiga buah sekolah menolak permohonan kami..haha

Bila nak datang tempat orang ni kenelah bersedia kan? tambah-tambah pulak nak mengajar kat sekolahnya.. aku ni bukanlah guru tetapi hanya pelajar...  berdebar-debar rasa.. tapi persediaan kene buat jugak supaya perjalanan pengajaran Makro tu berjalan dengan lancar...


Bahan bantu mengajar


RPH pengajaran karangan

Penanda buku tanda cenderahati


Cenderahati yang belum siap dihias lagi..hihi...

Kebetulan hujung minggu ni pula ada hari terbuka Kolej Za'ba.. jadi aku dan mimi mengisi kebosanan menunggu hari ahad dengan membuang masa, duit dan tenaga di sana..hahaha... tambahan pulak ramai artis-artis yang datang..memang meriah... 

Aku berdoa semoga perjalanan aku ke Perlis selamat sampai dan aku dapat balik ke Johor secepat mungkin.. paling awal hari rabu aku dah ada kat kampung..fuhhhhh...mudah-mudahan,,aaaaammmmmiiiinnn...

SEKIAN...