Geng blog

06/01/2013

Aku 23 tahun!

Bismillahirahmanirahim...


Kawan baik aku kate teruskan perjalanan, kumbang bukan seekor..masih ade banyak lagi kumbang berkeliaran.. 



COPPP!!!

Bukan tentang kumbang yang nak dikongsi..hohoho....bila waktu menjadi bosan maka aku jadi sentimental a.k.a jiwang.. banyak benda yang melintas dalam fikiran.. kenangan lalu yang tak mungkin aku dapat kembalikan.. masa depan yang akan terus aku tuju walaupun aku rase dah banyak yang aku lalui..tapi nak buat macam mane kan.. kite ni semakin lama semakin bertambah usia.. walaupun gune kologen ke untuk hilangkan kedut kat muke, tapi tetap umur kita tak boleh disekat!


Ni bukti kenape aku jiwang.. aku berdarah kacukan AB.. haha...


23 tahun pada 2013... kalau aku tak sambung belajar rasenya aku dah kahwin sekarang ni.. anak mungkin dah 2 atau 3 orang... mungkin jugak aku dah jadi tauke kedai kek sebab lepas SPM aku kerja kedai kek..hahaha..tapi realitinya aku kat sini.. Kat bumi Tanjung Malim yang jugak kawan aku gelar perkampungan smurf.. tapi takpe.. I LOVE UPSI! tahun ni dah masuk tahun ketiga dan bakal merindui suasana disini beberapa tahun sahaja lagi...banyak betul kenangan yang tercipta dan tak mungkin terlupakan.. TERLALU BANYAK....



ni papan tanda nak masuk Tanjung Malim..hohoho


ni haiwan yang name smurfffffff...

Ni kalau naik tren je jumpe.. tapi kalau naik bas takde papan tanda ni kat stesen bas..


Memang betul janji Allah, kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan segala-galanya... Musim cuti semester dah nak bermula... 8 hb aku akan berangkat menaiki bas pulang ke pangkuan bumi Johor..ceh..ayat..haha.. selamat tinggal Tanjung Malim untuk sebulan... aku akan kembali pada bulan februari nanti... Johor Aku Datang!! hehehe..

Sehingga itu... selamat tinggal kawan-kawan serumahku..jumpe bulan depan..hihihi...









wasalam... :)






No comments:

Post a Comment

bagi sikit pendapat... :)