Geng blog

02/03/2013

Coretan Masa Cuti Sem 5!


Cuti semester lima dah pun bermula pada 7 Januari 2013.. wah…cepatnye dah nak masuk semester enam.. pejam celik pejam celik aku dah menggenggam umur 23 tahun.. 23 tahun.. macam tak percaya.. bila umur da tahap ni mulalah kawan-kawan lama bertanye merisik berita..bila nak tuning.. bila nak kawin.. bila bla bla bla…

Sempena cuti semester lima ni ade beberapa hajat yang aku nak tunaikan sebelum cuti aku berakhir pada 18 Februari.. yang PERTAMA aku nak siapkan lesen motor dan kereta aku yang dah tergendala kerana kesibukkan bekerja di kedai runcit pada cuti sem yang lepas..haha.. akhirnya pada tanggal 5 Februari aku berjaya menamatkan perjuangan untuk mendapatkan P.. tak sia-sia abah aku sponsor dekat RM 1200 untuk lesen.. tu tak campur duit poket aku pau mak untuk belanje makan lagi..haha.. kesian mak.. mak kate kalau aku balik je confirm mak takleh nak kumpul duit sebab keje aku yang suke pau mak.. Kalau aku belajar aku banyak mintak duit dari abah jek..

Belajar lesen sorang-sorang tanpa kawan yang aku kenal memang cabaran yang besar… Tapi Alhamdulilah, dekat sekolah memandu tu aku kenal ramai kawan-kawan baru.. walaupun kebanyakkannya adik-adik yang baru lepas habis periksa SPM.. Bile tahu aku ni pelajar UPSI macam-macamlah tips yang diminta.. aku pun tak tahu nak jawab ape.. jawab yang termampu je… Biasanya pagi-pagi dalam pukul 6.45 pagi aku dah duduk melangut menunggu cikgu memandu ambil aku kat depan kampung… Mengantuk tu tahan je maklumlah perjalanan nak pergi Muar tu dalam sejam baru sampai.. ade je sekolah memandu kat Batu Pahat tapi sebab ramai kawan-kawan ambil kat Muar jadi aku pun terpengaruh nak ambil lesen kat sane..

Alhamdulilah rezeki Allah nak bagi aku lulus dalam dua-dua ujian.. rase lega sangat sebab dah boleh memandu kereta dan motor dengan lesen..hahaha… padahal bertahun dah bawak motor tanpa lesen.. Terima kasih lah encik JPJ yang baik hati tolong luluskan aku…

Kemudian niat aku yang KEDUA Tanggal 6 Februari pulak sempat tolong cikgu buat program motivasi kat sekolah menengah Kebangsaan Dato Sulaiman…  Aku penah janji dengan seorang kawan yang aku nak tolong dia kalau ada ape-ape program kat sekolah lama kami..Sekolah menengah yang aku ambil tingkatan enam dulu.. Tingkatan satu sampai lima kat sekolah menengah Kebangsaan Penghulu Saad.. aku pindah sebab takde tingkatan enam kat sekolah lama.. jarak antara dua sekolah dekat jek.. cume dipisahkan dengan sebuah padang.. asalnya sekolah yang sama tapi disebabkan kepadatan jumlah murid, dua sekolah terpaksa ditubuhkan..

Tujuan program motivasi ni nak bagi penjelasan kat adik-adik yang baru nak ambil STPM tahun ni supaya lebih bersemangat nak masuk universiti.. untung diorang ni.. dulu mase tahun aku belajar tak banyak pun pendedahan pasal semua ni.. yang kami tahu masuk tingkatan enam laluan nak masuk universiti tu lebih besar… lebih senang.. aku pun takdelah pandai sangat nak bagi nasihat kat orang.. aku mampu kongsikan pengalaman mase tingkatan enam dulu.. disebabkan sistem semester dah digunakan untuk tingkatan enam sekarang, maka susah sikitlah bagi mereka nak bahagikan masa… kebanyakkannye masih tak tahu mana halatuju nak pergi lepas STPM…



Dalam program ni sempat jugaklah berkongsi rasa hati dengan adik-adik ni… masalah besar bagi diorang yang aku dapat simpulkan adalah pembahagian masa.. disebabkan sistem semester, jadi sesi persekolahan berakhir pada waktu petang.. badan dah penat seharian kat sekolah memang takde hatilah nak belajar kat rumah.. aku pun dulu macam tu.. masalah yang kerap aku dengar dari zaman aku sekolah dulu adalah masalah dari guru sendiri.. kadang-kadang jawapan yang diberikan macam tak memuaskan hati pelajar…kerja kursus diberi tapi panduan yang tepat tak dijelaskan… bila diorang buat ikut cara sendiri, cikgu pula kata salah…masalah macam ni aku pun tak tahu macam mane nak bagi cadangan penyelesaian… aku mampu kate cubelah rujuk pada guru lain yang mengajar bidang yang sama.. takpun, sabar jelah adik…


This is my...my...my friend la..haha

Pelajar lelaki boleh kira pakai jari..hihi

peace to kamera!

bersama abang fasi... Azhan..abang sgt! huh!

Cikgu Shikin

Me and my best friend forever..haha

Semoga perkongsian ilmu yang kami lakukan bersama dapat dimanfaatkan... :)


Sekian...

No comments:

Post a Comment

bagi sikit pendapat... :)