Geng blog

27/03/2013

Di Semester 6!

Hari terus berlalu dan hari ini berakhirnya minggu ke tiga di semester 6... Terasa cepat betul mase berlalu meninggalkan semester satu... Haha.. kesimpulannya ini adalah tahun ketiga aku belajar di UPSI... 

Hari ni baru je selesai dengan tugasan KPD 3026 iaitu pengajaran mikro. Pensyarah kami En Razali bagi peluang balik awal hari ni.. jadi sempatlah berposing seketika... haha..

Kami semester 6!!



ceh ceh baru lega mengajar kawan-kawan sendiri..haha





Bajet cun disitu..haha


Disebabkan masa yang terluang tu jugak sempat lah melawat ke hari terbuka Kolej Ungku Omar yang baru bermula semalam..tapi sebab masih awal tak banyak gerai yang dah dibuka. Ada dalam lima buah kedai sahaja yang dah dibuka. Kolej-kolej kediaman UPSI ni memang rajin buat hari terbuka. Minggu lepas baru sahaja berlangsung di Kolej Aminnudin Baki (KAB), Minggu depan pula hari keusahawanan anjuran Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) dan dengar khabarnya Koleh Za'ba awal bulan April... 



J untuk Jieha..hihihi...


Dan minggu ni isu di Sabah masih diperkatakan.. Sabah masih belum aman... menarik muka depan Berita Harian hari ini...


Selamanya Sabah hak Malaysia!!


Isu Sabah adalah tentang politik dan kemanusiaan.. semoga semuanya berakhir dengan aman...


Saya orang Johor!


S.E.K.I.A.N......






No comments:

Post a Comment

bagi sikit pendapat... :)