Geng blog
20/09/2012
04/07/2012
Senyum..
Senyumlah
Walau hati terasa perit
Senyumlah
Walau jiwa terasa
sakit
Ya..
Aku masih teguh berdiri
Menahan sakit yang kau beri
Aku masih mampu mengukir senyuman pahit
Walau hati terhiris
Aku berterima kasih
Atas luka yang telah kau beri
Tanpanya aku tak mungkin sekuat ini
Masih angkuh aku berdiri
Mengisytihar aku masih mampu
Walaupun dalaman ku meragui
Aku masih degil
Mempertahankan apa yang aku percaya selama ini
Akhirnya hari ini
Sebuah kisah dongeng telah menemui penamat
Penamat yang bukanlah diharapkan
Pengakhiran yang cukup menyakitkan
Biarlah..
Biarlah seluruh dunia memihak padamu
Kerana bijaknya kau memutar cerita
Tapi aku tahu
Kisah kebohonganmu…
Sebirat Kenangan…
Menunggu
walaupun pedih
Tetap
teruskan walaupun berat terasa untuk melangkah
Segalanya
begitu jelas
Segalanya
sudah terlihat
Aku
masih disini
Masih
berdiri
Masih
bertahan
Walaupun
hati ini hancur
Walaupun
jiwa ini luluh
Walaupun
dengan semangat yang semakin rapuh
Aku
masih berharap
Ada
sinar untuk esok
Ada
cahaya untuk menyuluh
Moga
aku masih mampu
Masih
kuat berdiri
Mengharungi
liku-liku ini
Walaupun
hidup ini umpama tiada erti lagi..
![]() |
| hidup masih belum berakhir sekalipun cinta telah berakhir... |
19/05/2012
Hati...
Melangkah biar terasa berat,
Teruskan walau terasa sakit,
Mengukir senyuman walau hanya aku yang merasakan pedihnya.
Derita ini hanya Tuhan yang tahu,
Dugaan ini takkan turun jika aku tak mampu,
Ya Allah besar dugaanmu,
namun aku percaya ada hikmah disebalik semuanya,
Semoga aku tabah menghadapi semuanya!
Teruskan walau terasa sakit,
Mengukir senyuman walau hanya aku yang merasakan pedihnya.
Derita ini hanya Tuhan yang tahu,
Dugaan ini takkan turun jika aku tak mampu,
Ya Allah besar dugaanmu,
namun aku percaya ada hikmah disebalik semuanya,
Semoga aku tabah menghadapi semuanya!
07/05/2012
Pesanan Nabi Muhammad S.A.W
Walaupun baginda tidak mengenali kita, baginda begitu menyayangi umatnya. Doanya kekal berpanjangan mewangi sepanjang zaman.
07/01/2012
Sebuah Kehilangan...
| Takdir... Yang telah menemukan kita pada hari ini... Yang akan memisahkan kita suatu hari nanti... |
| takdir adalah ketentuan tuhan |
Kita merangka pelbagai rancangan
Kita mencipta seribu kenangan
Namun
Semuanya atas ketentuan takdirNya
Andai hari ini aku bernafas
Andai hari esok aku pergi menghadapNya
Semuanya adalah ketentuan takdir
Jodoh pertemuan
Ajal dan maut
Kesemuanya adalah kerana takdirNya.
| La Tahzan, Inallah ha maala.. |
Andai ada yang pergi hair ini
Andai yang pergi itu tak kembali
Ikhlaskanlah,
Doakanlah,
Semoga yang pergi akan diganti dengan yang lebih baik lagi
Kerana sesungguhnya Allah takkan menguji
Seandainya umatNya tidak mampu menghadapi
Dan
Tiap-tiap yang terjadi
Pasti ada hikmah tersembunyi!
| yang berlalu biarkanlah berlalu.. |
*** coretan buat sahabatku yang dilanda ujian kehilangan...
Perjalanan Cerita
Cerita masih lagi belum berakhir
Mungkin ia baru hendak bermula
Kenangan masih belum puas tercoret
Mungkin ia baru sahaja hendak terlukis
Sahabat masih lagi belum cukup
Mungkin masih ada yang menanti disepanjang perjalanan
Musuh masih lagi belum berhenti
Mungkin masih memasang perangkap
Hidup masih belum berakhir
Selagi malakat izrail belum ditugaskan!
Aku mungkin akan kekal menjadi aku
Atau aku masih lagi dibentuk
Kau mungkin akan kekal menjadi engkau
Atau kau masih boleh lagi berubah
Bait puisi ini masih belum berakhir
Selagi aku boleh bernafas
Cerita hidup dunia ini takkan pernah berakhir
Selagi kiamat belum datang!
Kucing oh kucing!
Kucing....
Haiwan kecil ciptaan Allah di muka bumi ini. Kucing haiwan yang lemah walaupun hakikatnya ia dikurniakan kuku yang tajam untuk mempertahankan diri. Walaupun ada sebahagian daripada kita yang geli mahupun benci terhadap kucing , kucing hanyalah haiwan biasa yang perlu dilindungi.
1. Kucing haiwan kesayangan RasulAllah S.A.W. hal ini ada tercatat dalam hadis nabi yang menceritakan kasihnya Nabi Muhammad terhadap haiwan ini. Sedangkan nabi tokoh mulia sangat menyayangi kucing apatah lagi kita yang tiada apanya disisi Allah untuk membenci kucing.
| indahnya tidur kucing ni... :) |
2.Kucing merupakan haiwan yang sabar. Anda tak percaya? Lihat sendiri apabila anda makan dimana-mana kedai makan. Kucing biasanya akan mengiau disekeliling meja makan anda untuk mendapat perhatian anda. Kemungkinan pertama tindakan anda ialah mencampakkan makanan kepadanya. Ia akan terus memakannya andainya makanan itu memang makanannya. Kemungkinan yang kedua , anda enggan melayannya dan mengusirnya pergi dengan memarahi atau memukulnya supaya menjauhi anda. Kemungkinan yang ketiga anda tidak mahu mencampakkan sedikit makanan dan telah mengusirnya pergi, namun secara senyap-senyap kucing itu kembali dan mencuri makanan anda. Andai ini terjadi maafkanlah kucing tesebut. Pernahkah anda terfikir?? Kucing itu bukanlah sengaja hendak mencuri makanan anda. Anda sendiri sedar kucing tak mungkin bekerja dan memiliki jawatan tinggi yang menawarkan gaji lumayan untuk membolehkan ia membeli makanan sendiri di kedai makan. Jadi secara logiknya, kucing akan mencuri. Bukankan sama dengan tabiat manusia??hmm....
| kucing ni makan ABC... hehe |
3. Selain itu, ada juga sesetengah manusia yang suka menganiaya kucing walaupun kucing tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan kepada anda. Walaupun kucing dipukul mahupun dianiaya dengan pelbagai cara , pernahkah kucing kembali kepada anda dengan membawa kumpulannya untuk membalas dendam? Tak pernah bukan? Justeru itu janganlah anda merasa jijik atau geli seandainya ada kucing yang kita lihat tempang, kotor , comot mahupun dipenuhi luka kerana yang menganiaya kucing itu adalah kaum yang bernama manusia yang merupakan makhluk serupa dengan anda. Pernahkah anda mendengar berita kucing yang tempang dan cedera seluruh badan itu dibelasah oleh seniornya? Dipukul kerana cuba memikat kucing betina? Tempang kerana menunggang motosikal secara berbahaya? Pernahkah anda??
| rempit tu rempit jugak..keselamatan tu penting... |
4. Kucing merupakan haiwan anugerah Allah yang terindah. Seandainya anda memelihara kucing , anda pasti setuju. Walaupun kadang kala kucing merimaskan dan dikatakan membawa penyakit (walaupun pada hakikatnya terbukti salah fakta ini) namun kucing haiwan yang tidak merungut. Pernahkah kucing memarahi anda jika tidak memberinya makan? TIDAK! Jika ia lapar ia hanya akan berlingkar disekeliling anda dan memerhatikan anda. Andainya anda tidak makan ia akan mendiamkan diri dan mencari makanannya sendiri walaupun yang didapati sekadar sisa-sisa makanan anda. Pernahkah anda mendengar kucing merungut kerana makanannya tulang? Bukan KFC,McDonalds atau Pizza Hut? Namun sesetengah dari kita manusia masih juga merungut walaupun dapat menikmati makanan yang enak-enak setiap hari. Pernahkah anda fikir betapa bertuahnya anda??
| nyum...nyum...nyum |
Artikel ini ditulis sekadar hanya untuk menyatakan bahawa saya sangat sayang kepada kucing dan saya banyak belajar dari sikap sabar haiwan kecil yang dipanggil kucing. Anda pun pasti dapat mempelajari sesuatu darinya.
| aloh! comelnya! |
| ok...sy surrender....hehe |
| sama-sama kita bina...sama-sama kita rasa.. eh?ni lagu..haha |
p/s: kucing oh kucing! rindu sangat pada kucing-kucing dirumah.. :P
12/12/2011
Manfaat Mengamalkan Bacaan Ayat Kursi.
Ayat kursi sememangnya banyak manfaat apabila diamalkan. Malahan ia juga merupakan ayat pendinding mengelakkan gangguan makhluk-makhluk halus.
![]() |
| Surah Kursi |
Maksud ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh memberi syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dan bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]
Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
- Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
- Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
- Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
- Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
- Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
- Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikiran, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
- Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
- Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
- Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
- Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)
Semoga bermanfaat untuk semua! :)
Subscribe to:
Comments (Atom)


