Geng blog

19/10/2012

Maafkan aku...

Maafkan aku... 
Kerana tak dapat menjadi insan yang sempurna
Kerana tak mampu melunas semua janji
kerana tak mampu manjadi sahabat yang setia

Sahabat..
Andai kau tahu saat ini apa yang aku rasakan
andai kau tahu betapa rindunya aku pada masa lalu kita
andai kau tahu dalamnya luka yang ku tahan terhadap kata-katamu

Aku..
masih mampu memegang janjiku
memegang kenangan yang kita janji untuk selamanya
mengharap kau masih menjadi yang dulu

Untukmu sahabat..
pilihanmu mungkin nyata
namun jangan lupa apa yang pernah kau lalui
jangan lupa tentang hati yang kau sakiti
jangan kau ingkari sebuah janji

Tak mengapa..
hidup umpama roda
mungkin kau sedang menikmati syurga dunia
andai saatnya nanti kau kembali ke dunia kami
sedarlah..
kami masih di sisi
sebagai sahabat yang segar menanti untuk menemani
walaupun janji telah kau mungkiri...

No comments:

Post a Comment

bagi sikit pendapat... :)