Geng blog

22/10/2012

Rohingya oh Rohingya.

Bismilahirahmanirahim....

Lewat beberapa tahun ini kita dikejutkan dengan isu kemanusiaan Rohingya.. Siapa Rohingya? 
Menurut apa yang aku dapat fahami tentang isu ni adalah mengenai isu kegamaan. Sejak kejadian serangan terhadap bangunan PWTC di Amerika Syarikat, penganut Islam sering disalah tafsir dan dilabel sebagai penjenayah. Entah mengapa mereka begitu memusuhi Islam. Menganggap Islam pengganas. Tapi adakah benar keadaan seperti itu? Adakah ektremis hanya muncul dalam kalangan penganut Islam semata-mata? Jangan mudah meletakkan label sebegitu hanya kerana sebahagiannya melakukan onar.

Rohingya... merupakan suku kaum yang menetap di Arakhan, Myanmar. Kebanyakkan penduduk disini beragama Islam. Hal ini kerana menurut sejarah, perkembangan Islam bertumpu dikawasan ini. Namun kini daerah ini begitu dimusuhi. Diperangi habis-habisan apabila sang pemerintah sendiri menyatakan bahawa penduduk Rohingya diisytihar sebagai bukan warganegara. Kesengsaraan penduduk Rohingya bertambah buruk apabila pihak berkuasa juga tidak melindungi mereka. Mereka yang teraniaya terpaksa menjadi pelarian di negara-negara berdekatan. Menggadaikan nyawa mereka ditengah lautan demi menyelamatkan diri. Terus menetap di Myanmar umpama tindakan membunuh diri. Laporan kematian dikatakan semakin meningkat dari hari ke hari. Malahan dikatakan jumlah yang terkorban sebenarnya melebihi apa yang dilaporkan.

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan namun nampaknya masih belum membuahkan hasil.. entah bila Rohingya akan aman.. entah bila Rohingya akan kembali seperti dulu...

Aku kongsikan coretan ini sekadar nak berkongsi tentang Rohingya. Aku percaya masih ada yang tak tahu atau tak ambil tahu langsung tentang isu ni. SEDARLAH... saudara kita Rohingya sedang menderita... sedang bergadai nyawa untuk memepertahankan Islam..kita disini masih hendak bertelagah mengenai agenda politik masing-masing.. masih memikirkan masalah yang entah apa-apa... Bukan kunjungan ke Rohingya yang aku minta.. tapi cukuplah doa buat mereka... Sesungguhnya doa adalah senjata orang Muslim.. Jangan kedekut untuk menghulurkan bantuan sekiranya ada badan mahupun agen yang mempromosikannya.. tak salah menghulur sedikit yang kita miliki kerana setiap apa yang kita dapat ada hak orang lain didalamnya..ibadah kita adalah pelaburan masa kita di alam barzah nanti...




Isu agama.


Doa senjata Rohingya.


Ini manusia! bukan patung!

oh Tuhan, masih adakah esok untuk Rohingya?

anak Rohingya yang menjadi mangsa.

Tidak sayukah hati melihat tangisan ini?

Bergadai nyawa meredah lautan.







Manusia dilayan seperti binatang.

SELAMAT MALAM ROHINGYA.




Selamat malam Rohingya

Meski lena mu di sisi mayat

Jangan menangis sahabat

Ini TuhaN mengujimu


Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untuk mu
Sejahteralah selalu


Selamat malam Rohingya
Esok kan ada matahari
Berbanyalah berdoa
Jangan kau terlepas talinya..



DOA BUAT ROHINGYA.



Moga-moga Allah mengurniakan ketabahan dan kekuatan kepada Rohingya untuk terus bertahan dalam perjuangan menegakkan Islam.

SEKIAN...

No comments:

Post a Comment

bagi sikit pendapat... :)