Geng blog

21/07/2013

SELAMAT BERKENALAN, SAYA CIKGU AZIHA

Bismilahirahmanirahim...

Semenjak beberapa hari aku mengajar di sekolah, aku dapati bahawa peranan bilik guru bukan sahaja tempat guru berkumpul tapi boleh juga jadi sebuah pasaraya borong…hahaha..kemeriahan aidilfitri yang bakal menjelang dimanfaatkan dengan pelbagai jualan secara langsung terus dari pengedar..harga murah, pelanggan puas hati dapat tengok barang secara maujud dan boleh masuk buku lagi kalau tak nak bayar tunai..

meja guru yang merangkap meja kerja aku sekarang...


Setelah lima hari menjadi guru pelatih barulah aku nampak dengan jelas betapa besar dan beratnya beban sebagai seorang guru..nak menyediakan rancangan pengajaran harian, nak menyediakan lembaran kerja, nak menyediakan soalan PBS , nak menanda latihan pelajar, dan macam-macam lagi..huuu…penat…setiap kali balik sekolah mesti tumbang kat bantal dulu sebelum asar menjelang..persekolahan aku tamat waktu petang jadi solat zuhur siap-siap kat sekolah…

sukatan pelajaran tingkatan empat

Perkara yang paling sukar menjadi guru ni kita kena jadi seorang pelakon yang hebat.. walaupun stress atau marah jangan terlalu tunjuk pada murid.. banyakkan senyum walaupun hati terbakar tengok murid tak dengar kata..jangan salahkan murid kalau dia tak nak dengar kita mengajar, mungkin teknik dan kaedah pengajaran kita yang tak menarik minat diorang untuk ikut…


Hari isnin bakal menjelang , kepala sudah pening memikirkan apa pula yang nak diajarkan minggu depan.. haishhh..cikgu oh cikgu!

kekasih tersayang..hihihi

Sekian...

2 comments:

  1. jgan smpai migrain dh la =) kerenah pljar 2 layankn je..jasamu dikenang wahai cikgu

    ReplyDelete

bagi sikit pendapat... :)