Geng blog

07/03/2014

This is The Final Battle!

Bismilahirahmanirahim...


Topik yang paling tipikal untuk tahun ini bagi aku... final year! Bila dah kata final year , maksudnya final effort lah kan? haha... untuk tahun terakhir disini.. sekarang dah masuk minggu ketiga kuliah , tugasan dah mula berlonggok-longgok menagih janji untuk dilunaskan...wah..puitis.. maklumlah berdepan dengan tekanan PROJEK TAHUN AKHIR ...



taaada! inilah senarai hitam tugasan! haha

Hohoho... walaupun cuma empat kursus sahaja semester ni rasenya antara semester yang paling stresssssss sekali dengan tugasan... tapi walaupun nak kate sibuk dengan tugasan masih jugak sempat berangan.. haha..teruk! 


Hasil kreativiti ni aku buat akibat tekanan melampau.. hihihi..boleh inbox kalau berminat..kasi murah-murah aje.. pengalas tetikus...


Aku , tikus dan meow...haha

Tahun ni sempat jugak join hari keluarga anjuran pelajar Bahasa Melayu...

aku sebelah kiri sekali....

kami cikgu-cikgu BM bitara!

Sekarang ni sepatutnya aku sedang menaip semula kertas cadangan untuk tesis aku..tapi lain pula peginya... haha... Doakan segalanya lancar buat aku !

S. e .k . i . a. n.

# arjunabeta 
# dewi cinta
# bintang hatiku

03/03/2014

Aku di bulan Mac!

Bismilahirahmanirahim....

Sudah enam bulan berlalu... sudah dua minggu aku di sini... namun entah mengapa aku masih mimpikan dia... mungkin kenangan yang tercipta terlalu lekat dalam ingatan , padahal dia sudah lama memadamkan aku dalam kotak memorinya...

Aku cuba untuk bangkit kembali..meraih semula apa yang aku pernah lepaskan demi dia.. namun terkadang aku jatuh dalam usaha aku.. bukan kerana pengkhianatan orang lain, tapi mungkin aku sendiri yang masih terkenang-kenang...

Aku dah serik dengan janji.. aku trauma dengan kisah yang lalu dan sejujurnya aku masih belum membuka hati sepenuhnya untuk kisah yang baru... aku masih takut untuk memulakan semuanya kembali.. aku hanya mampu berdoa agar aku diberi kekuatan untuk mengharunginya..  aku terlalu takut...

Aku sangat berterima kasih buat yang banyak memberi sokongan saat aku terjatuh... memberikan semangat saat airmata ini luruh...

Bulan Mac ini semoga memberi kekuatan buatku memulakan kembali semuanya dengan semangat yang baru... Longgokan kerja yang mula menompok-nompok diatas meja.. mudah-mudahan segalanya dipermudahkan...




23/10/2013

Impian Nak Meniaga....

Bismilahirahmanirahim...

Beberapa minggu lagi latihan praktikal di SAMTAK bakal berakhir.. now its time to counting the days... 12 days to go... er...er...er...

But then aku terfikir sesuatu, apa aku nak buat sempena cuti panjang sehingga bulan Februari nanti ye? haha... kerja? Ya.. aku memang gila kerja.. aku suka penuhi masa cuti dengan kerja cari duit lepas tu bagi habis duit sebelum semester baru bermula... tiap-tiap sem pun macam tu.. macam mana nak kumpul duit kawen kan... hahaha..

Kerja pertama aku dulu kat kedai kek.. macm-macam jenis kek jugaklah yang aku tahu namanya... tapi aku ni tak minat bidang masakan, jadi takdelah impian nak membina empayar perniagaan kek pulak..haha..

SURIA BAKERY
Tadaa....! kat sinilah kerjaya aku bermula! :)
Aku penah jadi minah kilang lepas SPM dulu.. masa tu bukan senang nak mintak kerja..sebab pihak pengurusan tahu yang budak-budak lepas STPM ni kerja sementara je.... tapi pandai-pandai la nak auta fakta kan..

Kilang tauhu..bukan tauhu yang putih tu, tapi tauhu ni biasa orang Cina yang makan.

Tapi kerja kilang ni penat..letih..macam takde kehidupan lain...hari-hari duk menghadap kerja yang sama.. tapi Alhamdulilah.aku mampu bertahan 6 bulan macam tu sebelum aku dapat tawaran sambung belajar...

Masa cuti sem pulak aku kerja kedai runcit...aku paling suka kerja ni sebab banyak peluang jumpe dengan orang ramai..aku memang suka kerja jumpa-jumpa orang ni... macam satu kepuasan bila kenal ramai kawan-kawan baru...

Aku rasa cuti sem kali ni macam nak buat perniagaan online la...ade peluang nak maju tak? aku minat kerja-kerja menjahit.. kan sekarang banyak banyak buat produk kecik-kecik macam kain felt tu.. rasa macam nak cuba lah... haha...




Cantik kan? comel je tengok..

Aku ni tak keratif orangnya..tapi aku mampu meniru dengan baik... haha... tulah yang kawan-kawan aku selalu cakap...jadi kalau ada bahan yang boleh dirujuk rasenya boleh maju buat bisnes ni...then sekarang dah bolehlah mencari pembekal untuk bahan-bahan ni..ye dop? haha..

Sekian..

16/10/2013

Semoga dimakbulkan!

Bismilahirahmanirahim....



#Ya Allah, Peliharakan dia sebaik-baiknya walaupun aku tidak lagi ada bersamanya....

10/10/2013

Balik kampung..wowowo..balik kampung....

Bismilahirahmanirahim....

Malam ni akan bertolak balik ke Johor.... cuti sempena hari raya korban.... hari selasa dah balik semula ke sini memandangkan hari Rabu pelajar dah menyambung peperiksaan...Tapi rase macam nak demam pulak.... nasib baik malam ni kawan yang memandu... doakan perjalanan aku selamat pergi dan balik...

Alhamdulilah....



S.E.K.I.A.N


08/10/2013

Semoga Terpadam!

Bismilahirahmanirahim...

Semalam adalah KENANGAN,
Hari ini adalah KENYATAAN, 
Esok adalah HARAPAN...

Gambar mungkin boleh dipadam.. tapi bagaimana dengan kenangan? Masih tersimpan rapi dalam memori.. terkadang terlintas dan terimbas.. segala kenangan manis yang pernah kita ciptakan bersama....tapi semuanya sedang berlalu dengan begitu pantas.. semoga masa menghapuskan segala perasaan itu.....

Kalau aku ada butang ni, lama dah aku tekan...



Hari ini semoga segalanya berjalan lancar.. semoga doa-doa yang aku pohon akan termakbul... semoga segala urusan dipermudahkan...semoga masih ada jalan yang luas untuk aku terus melangkah...


#Semalam aku dah berhenti menangis...semoga hari yang mendatang juga.. tak guna mengenang seseorang yang tak mahu diingati.
#Tuhan , jagakan dia walau aku tidak mampu lagi bersamanya.
# Sayang 
# Jodoh + ajal maut semua ditangan Tuhan.

06/10/2013

Luka dalam hati.




Bismilahirahmanirahim....

Bagaimana aku hendak tafsirkan perasaan aku hari ini.....? Aku sedih.. hati terluka... entah bagaimana hendak menghuraikan semua perasaan ini... Aku tahu melayan semua ini hanya sia-sia dan membuang masa sedangkan aku masih ada tanggungjawab lain yang perlu aku penuhi...

aku sedih...terluka..disakiti..

Syukur aku masih disokong saat aku jatuh... saat aku lalai ada yang menegur.. katanya masih ada yang lebih penting daripada semua kelukaan ini... semua ini ada hikmahnya.. mungkin ini cara Allah menegur kesilapan aku... terima kasih wahai sahabat yang masih belum berhenti mengingatkan aku..


Membayangkan masa depan yang aku sendiri tak pasti


Perasaan ini adalah perasaan yang sama..dua tahun yang lalu... berjalan sendiri... kosong.... noktah untuk segalanya... mengambil masa juga untuk aku hadapi.. untuk aku terima kenyataan...

Sayang sedalam mana pun terhadap seseorang , dia cuma makhluk yang sementara.. sayang yang kekal adalah kepada pencipta... mungkin aku lalai.. aku leka.. alpa dengan semua nikmat yang diberi... YA ALLAH ampuni aku...

Buat teman-teman , maafkan sekiranya sikapku beberapa minggu ini akan memeningkan kalian...aku masih cuba mengadaptasikan diri dalam proses kehilangan.. 

biar aku sendiri yang menahan rasa ini...


#walau hati cuba menahan , air mata tetap gugur kerana aku tak mampu..aku tak kuat untuk semua dugaan ini.. tapi tak mungkin Allah menzalimi umatnya...semoga segalanya cepat berlalu...
#minggu praktikum hanya tinggal 5 minggu lagi. Selamat tinggal Selangor dan segala kenangan... Bumi Johor , Aku kembali.

S.E.K.I.A.N...

25/09/2013

Pelajar Saya yang Comel...

Kenangan manis semasa praktikum di SAMTK...

Gambar ni mencerminkan daya kreativiti pelajar aku yang begitu tinggi.. kelas bahasa Melayu tapi penonjolan dalam bidang melukis... hahaha.. Memang setiap kali aku bagi lembaran kerja aku sarankan mereka menghias lembaran kerja tu supaya tak bosan bila nak ulangkaji.. ini antara hasilnya...



Yang ini pulak kesilapan teknikal... aku tak tahu bila pulak nama abah aku tukar.. tapi antara ramai-ramai pelajar yang bukunya aku tanda , cuma pelajar ni je yang adalah usaha nak menulis nama penuh aku... hahaha.. walaupun gagal , usaha ni tetap aku puji...




Yang terakhir ni pulak pesanan ringkas untuk cikgunya..pelajar ni aku pernah puji sebab dia menulis karangan dengan baik. Maka , masa menghantar buku latihan dia menitipkan pesan.. 



Sekian....

23/09/2013

Errrrr...

The story Yesterday......








Then its Today.....










What will happen Tomorrow.....





Lambakan ! 

a. Buku latihan pelajar
b. Kertas rumusan pelajar
c. RPH
d. Lembaran kerja pelajar.

Padan muke aku... -.-

29/07/2013

Cerewet~~~



Hari ni tetiba tergerak hati nak tulis entri tajuk ni..kenape? sebab aku baru je stress pasal hal cerewet ni.. tapi bukan aku yang cerewet..orang lain.. kadang-kadang aku tak paham kenape orang nak sukarkan sesuatu perkara padahal benda tu simple je..



Contoh situasi nak membeli kasut..aku ni jenis cepat je berkenan.. pegi dua tiga kedai kasut okei dah jumpe..ada sesetengah orang tu pegi sampai berpuluh kedai tapi akhirnya pegi kedai yang pertama..arghhh..aku tak paham…bukan aku tak teliti..tapi aku taknak buang masa terlalu cerewet memilih sedangkan banyak perkara lagi yang nak dibuat…


Pernah satu situasi di dapur..aku paling tak suka bila aku tengah memasak ada orang komplen kate cara aku tak sama macam cara mak dia masak.. heloooo.. aku bukan mak dia memanglah tak sama.. setiap orang kan berbeza takkan semua sama cara masaknya…adoiyai…




Kadangkala orang tak sedar kata-kata dia banyak melukakan hati kita..aku jenis malas nak bertekak..aku lebih suka let it go..takpe..hari ni dia buat kat kita, esok lusa orang buat kat dia pulak..masa tu baru nak beringat… huh! Pesanan untuk kaum wanita, janganlah terlalu cerewet, tak ada yang suka pun!

Sekian...