Geng blog

18/05/2013

Aku Yang Tersakiti...

Bismillahirahmanirahim...




Kata Orang, kawan yang terbaik adalah kawan yang ada dimasa susah dan senang kita...
Kata Orang, kawan yang terbaik adalah kawan yang tak takut untuk menegur dikala kita melakukan kesalahan..
Aku cuba..
Menjaga hati orang lain lebih sukar dari menjaga hati sendiri
Membiarkan hati disakiti walaupun aku tak tahu mengapa
Memohon maaf biarpun aku tahu dia yang selayaknya meminta padaku..




Aku tak mahu jadi seorang yang ego, malah memutuskan silaturahim adalah hal yang terburuk... tapi aku pun letih dilukai , aku letih untuk memujuk lagi...

Kali ini aku biarkan..aku rendahkan ego aku untuk menuturkan maaf, aku perlahankan langkah agar kau boleh jalan seiring , aku diamkan walaupun aku tahu aku yang dikianati , aku senyapkan suara agar kau juga boleh menyatakan perasaan..

Tapi sayang , kau lebih memilih untuk menjauh, kau memilih untuk menghilang, kau lebih memilih untuk menganggap aku tak wujud..

Aku cuma manusia biasa, aku tak mengharap kau menjadi seperti aku , cuma aku pinta kau membuka sedikit ruang untuk orang lain memasuki hidup kau  , jangan biarkan orang lain menganggap kau pesimis..



Tapi tak mengapa.. semua orang memandang kau yang benar, aku yang salah.. tak mengapa..biarlah orang memandang aku yang salah, itulah hal terakhir yang boleh aku lakukan untuk kau kawan..

Terima kasih untuk segala yang pernah kita lalui bersama..maafkan aku..aku tak mampu untuk menahan diri lagi.. aku letih hidup begini..

Biarlah kau memilih kawan yang kau inginkan, yang mampu memberi kau kebahagiaan, yang bukan seperti aku... :)



Lagu yang paling sesuai dengan kejiwangan perasaan aku hari ini...tapi ditujukan buat sahabat.. JUDIKA Aku Yang Tersakiti....




Sekian...

5 comments:

  1. Replies
    1. Tak sedih..tapi lebih kepad terkilan...:)

      Delete
  2. stiap org melakukan kesalahn n setiap org berhak utk mendapat peluang utk dimaafkan..siapa kita nak menghukum :D hehee.. jgn sedih2.. stiap y terjadi bersebab n y mmbuatkan kita makin kuat ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..siapelah kite yg nak jatuhkn hukuman.. :)

      Delete

bagi sikit pendapat... :)