Geng blog

25/09/2013

Pelajar Saya yang Comel...

Kenangan manis semasa praktikum di SAMTK...

Gambar ni mencerminkan daya kreativiti pelajar aku yang begitu tinggi.. kelas bahasa Melayu tapi penonjolan dalam bidang melukis... hahaha.. Memang setiap kali aku bagi lembaran kerja aku sarankan mereka menghias lembaran kerja tu supaya tak bosan bila nak ulangkaji.. ini antara hasilnya...



Yang ini pulak kesilapan teknikal... aku tak tahu bila pulak nama abah aku tukar.. tapi antara ramai-ramai pelajar yang bukunya aku tanda , cuma pelajar ni je yang adalah usaha nak menulis nama penuh aku... hahaha.. walaupun gagal , usaha ni tetap aku puji...




Yang terakhir ni pulak pesanan ringkas untuk cikgunya..pelajar ni aku pernah puji sebab dia menulis karangan dengan baik. Maka , masa menghantar buku latihan dia menitipkan pesan.. 



Sekian....

23/09/2013

Errrrr...

The story Yesterday......








Then its Today.....










What will happen Tomorrow.....





Lambakan ! 

a. Buku latihan pelajar
b. Kertas rumusan pelajar
c. RPH
d. Lembaran kerja pelajar.

Padan muke aku... -.-

29/07/2013

Cerewet~~~



Hari ni tetiba tergerak hati nak tulis entri tajuk ni..kenape? sebab aku baru je stress pasal hal cerewet ni.. tapi bukan aku yang cerewet..orang lain.. kadang-kadang aku tak paham kenape orang nak sukarkan sesuatu perkara padahal benda tu simple je..



Contoh situasi nak membeli kasut..aku ni jenis cepat je berkenan.. pegi dua tiga kedai kasut okei dah jumpe..ada sesetengah orang tu pegi sampai berpuluh kedai tapi akhirnya pegi kedai yang pertama..arghhh..aku tak paham…bukan aku tak teliti..tapi aku taknak buang masa terlalu cerewet memilih sedangkan banyak perkara lagi yang nak dibuat…


Pernah satu situasi di dapur..aku paling tak suka bila aku tengah memasak ada orang komplen kate cara aku tak sama macam cara mak dia masak.. heloooo.. aku bukan mak dia memanglah tak sama.. setiap orang kan berbeza takkan semua sama cara masaknya…adoiyai…




Kadangkala orang tak sedar kata-kata dia banyak melukakan hati kita..aku jenis malas nak bertekak..aku lebih suka let it go..takpe..hari ni dia buat kat kita, esok lusa orang buat kat dia pulak..masa tu baru nak beringat… huh! Pesanan untuk kaum wanita, janganlah terlalu cerewet, tak ada yang suka pun!

Sekian...

22/07/2013

Aku Tak Main-Main!





Bismilahirahmanirahim...

aku tak TIPU! sumpah aku tak tipu! aku sekarang ni taip entri ni dengan keadaan yang serius!



aku MENGANTUK!!

aku dan terlelap setengah jam atas meja bilik guru..mati aku kalau penyelia datang masa aku tidur tadi..haha..entah kenape mengantuk sangat hari ni... arghh!!!




21/07/2013

SELAMAT BERKENALAN, SAYA CIKGU AZIHA

Bismilahirahmanirahim...

Semenjak beberapa hari aku mengajar di sekolah, aku dapati bahawa peranan bilik guru bukan sahaja tempat guru berkumpul tapi boleh juga jadi sebuah pasaraya borong…hahaha..kemeriahan aidilfitri yang bakal menjelang dimanfaatkan dengan pelbagai jualan secara langsung terus dari pengedar..harga murah, pelanggan puas hati dapat tengok barang secara maujud dan boleh masuk buku lagi kalau tak nak bayar tunai..

meja guru yang merangkap meja kerja aku sekarang...


Setelah lima hari menjadi guru pelatih barulah aku nampak dengan jelas betapa besar dan beratnya beban sebagai seorang guru..nak menyediakan rancangan pengajaran harian, nak menyediakan lembaran kerja, nak menyediakan soalan PBS , nak menanda latihan pelajar, dan macam-macam lagi..huuu…penat…setiap kali balik sekolah mesti tumbang kat bantal dulu sebelum asar menjelang..persekolahan aku tamat waktu petang jadi solat zuhur siap-siap kat sekolah…

sukatan pelajaran tingkatan empat

Perkara yang paling sukar menjadi guru ni kita kena jadi seorang pelakon yang hebat.. walaupun stress atau marah jangan terlalu tunjuk pada murid.. banyakkan senyum walaupun hati terbakar tengok murid tak dengar kata..jangan salahkan murid kalau dia tak nak dengar kita mengajar, mungkin teknik dan kaedah pengajaran kita yang tak menarik minat diorang untuk ikut…


Hari isnin bakal menjelang , kepala sudah pening memikirkan apa pula yang nak diajarkan minggu depan.. haishhh..cikgu oh cikgu!

kekasih tersayang..hihihi

Sekian...

11/07/2013

Welcome to Selangor!!

Bismilahirahmanirahim...

8 Hb Julai... tiba di Selangor...

12 Hb Julai lawatan sosial di SAM Tanjung Karang.. kedatangan kami katanya di nanti-nanti oleh warga sekolah..haha..tiba-tiba rasa berdebar pula...

15 Hb Julai.. bakal berpraktikum di SAM Tanjung Karang...

Semoga segalanya di permudahkan...semoga Selangor berbaik-baik dengan aku...

Bersama rakan-rakan rumah yang baru:

1. Ada - Si Tukang Sapu
2. Siti   - Si Tukang Bukak Pagar
3.Lina  - Status Tidak diketahui

Wifi tak dapat dihubungkan kerana ketiadaan kabel wifi di kesan di kawasan Tanjung Karang.. haha..

Terima kasih abah sebab menghadiahkan kancil untuk adik...

Terima kasih mak dengan abang sebab sponsor belanje di sini..haha

Terima kasih housemate Ada yang menyumbangkan broadband...hihihi...

Ada sesiapa yang ada di Selangor? hubungi saya ye.. :)

17/06/2013

Dia Dah Datang!!


Bismilahirahmanirahim….
Jeng jeng jeng!





Ape ni? urm..urm…. (++)




Surat peringatan Pembiayaan PTPTN… ade sesiapa nak tolong bayarkan tak? hehehehe…. Pengajian masih berbaki setahun tapi notis sudah tiba… Pembayaran balik selama 15 tahun..er…er….er….

Sekian…


09/06/2013

05/06/2013

T-shirt Printing Murah dari T-shirt Mudah Terengganu

Bismilahirahmanirahim...

Haa...ni nak cerita pasal pembuatan T-Shirt..bila zaman-zaman sekolah dulu cukup suka buat T-Shirt.. konon-konon nak buat kenangan zaman sekolah..haha.. sampai tahap sekarang dah kat universiti pun macam tu..apa saja program yang join mesti nak claim T-Shirt.. maklumlah kenangan..

Ade satu laman blog ni menawarkan penjualan t-shirt printing murah  Design pun cantik-cantik belaka.. kalau nak tempah bolehlah tengok kat facebook atau laman web...

ni page kat facebook T shirt Printing murah

Ini biodata pemilik blog ni...


Kerteh, Terengganu, Malaysia
Kami pakar dalam pembuatan t-shirt printing atau cetak t-shirt mengikut citarasa dan design pelanggan. Kami juga membuat cetakan pada mug (mug printing) dengan harga murah. Kami menjual barang-barang silkscreeen printing.


Antara design yang menarik...


boleh tulis jawi! wow! i like!

Tsirt kawin pun ade..aishhh...

ni untuk pasukan..




sempena hari ibu pun boleh buat...

ni untuk pasangan bercinta..auw!


Pernah terpampang lagi dalam surat khabar!

bagi yang tak tahu apa tu silkprinting...ni dia..siap bagi gambarajah lagi...



Blog ni pun ada menawarkan pelbagai promosi yang menarik! macam-macam ada! apa lagi! jomlah serbu t shirt printing murah ni!!! :)


Saya Nak Menang 30 Helai T-shirt Free

Bismilahirahmanirahim...

Aha..kalau sebelum ini ada buat entry tentang t shirt print murah , kali ni nak join segmennya pula.. hihi.. masih lagi kunjungi laman blog yang sama..klik bawah..





Syarat-syarat penyertaan boleh RUJUK SINI 

Kalau menang? urm.. kalau aku lah yang menang segmen ni aku nak hadiahkan T-Shirt ni ikut design tulisan jawi kepada yang join segmen giveway aku.. maklumlah blog ni masih baru dan follower tak sampai seratus pun lagi..kot2 la ade rezeki.. haha.. aku tertarik sangat dengan design jawi macam gambar kat bawah ni...Mungkin nanti aku nak tulis " Salam Ukhwah To Blogger" . bawah tu kredit to my blog dan belakang
 t shirt kredit to T shirt mudah terengganu.. how? best tak? hahaha.. tu strategi aku..kenapa nak tulis jawi? sebab aku dah mula minat dengan seni khat kufi..mesti cantik kalau ada yang lebih pakar tolong designkan.. hihihi...




Tak sabar nak tunggu keputusan! hahaha! wish me luck! :)