Geng blog

24/05/2013

Fail DCIM ter"delete"!

Bismilahirahmanirahim...

Semalam sedang aku tengah cut gambar, aku terpadam sekali folder DCIM dengan MISC dalam folder kamera... aku ingat takde lah nak jadi apa-apa sebab folder je pun... tapi malam tadi masa nak pindah gambar-gambar baru dalam letop, folder gambar-gambar tu tak dapat nak dibaca kat letop aku kerana ketiadaan folder DCIM tu... arghhhh!! mase tu barulah timbul penyesalan sebab aku padam folder tu tanpa rasa bersalah semalam...

Hari ni sejak daripada aku bangun tidur sampailah waktu petang rembang ni aku duk hadap letop cari software nak restore balik DCIM tu...tapi nampaknya dah berpuluh software aku download takde satu pun yang boleh restore semula folder tu.. aduhai..apalah nasib aku ni...

Aku pun duk chat lah dengan kawan IT untuk tanye kot-kot ada penyelesaian untuk semua ni..tapi dia pun duk gelak pasal aku padam folder tu..memang payah nak buat balik..mungkin kena pergi Sony Centre kot..
Tapi nasib baik ade software yang boleh ambik gambar-gambar dalam mikro kad tu walaupun tanpa bantuan DCIM..nampaknya lepas ni gambar-gambar hanya boleh display kat letop aku sajelah.. maaflah kepada sesiapa yang nak meminjam kamera nanti.. 

Ni link yang aku cube untuk kembalikan folder tu semula..

  1. Cari kat torrent search KLIK SINI. Taip je card recovery free download.
  2. Ni Diskdigger SINI PULAK.
  3. DISK CARD RECOVERY
  4. RECOVER MY PHOTO
Tapi akhirnya!!!! penyelesaian mudah je...
  • Pinjam kamera digital kawan yang lebih kurang same je penggunaan kad SD. Tak kisahlah jenama nikon ke, coolpix ke, samsung ke.. janji jenis kad SD same..
  • Copy folder DCIM dengan MISC. Paste dalam SD kad yang dah terpadam folder DCIM dengan MISC tu.
  • Eject SD kad dari letop.
  • Cube ambil beberapa gambar.
  • Masukkan semula SD kad dalam letop
  • Tadaaa!! Hasilnya dapat semula tengok gambar dalam letop!

Alhamdulilah..syukur nikmat.. :)

Sekian..




4 comments:

  1. alhamdulillah.. hehehe :) tahniah kerana bjyaa!! ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa..terima kasih..walaupun rase bengang sebab tak fikir dari awal! haha

      Delete

bagi sikit pendapat... :)