dipetang yang mulia lagi hujan membasahi tanjung Malim ni, aku merajinkan diri singgah dan blogwalking ke blog-blog lain...ramainye join contest.. ramainya buat contest..ramainya..ramainya...
Terjumpa satu blog yang menarik oleh Mr. K.. wah..blg ni ramai follower! interface cantek walaupun dia gunakan latar yang gelap...tapi warna tu diserikan dengan tulisan yang menarik...tulisan dan bahan penulisan pun bagus.. contest yang dibuat pun syaratnya yang mudah-mudah saje.. thanks Mr K.. saya join segmen kamu...
Disebabkan Mr K tak benarkan klik kanan, maka aku print screen saje.. :)
Alhamdulilah..Alhamdulilah..Alhamdulilah.. berakhir sudah kertas peperiksaan semester ni...ceeeehhhh... tulis macam dah habis paper je.. ada satu lagi padahal.. paper semantik dan pragmatik.. argh..takpe satu je lagi then im done with this semester..
Last paper! Last paper!
Semester ni penuh dengan cerita kenangan..tutup buku lama dan buka buku yang baru.. kisah cinta yang baru.. kisah persahabatan yang terluka..kisah pensyarah yang mempunyai kontroversi tersendiri.. kisah UPSI yang menggamit memori..hahaha.
Pendek kata aku terasa singkat pula 3 tahun aku belajar kat sini..ayat nak sedapkan hati sendiri padahal.. tak sabar nak menghabiskan saki baki masa di sini.. dikala kawan-kawan sebaya dah ramai yang memiliki kerjaya tetap..dah berkahwin...bahkan ada yang berkeluarga.. aku pulak yang masih mengejar cita-cita yang dari sekolah rendah aku tanam tapi belum dapat tunaikan lagi..haha.. hati terasa cemburu, tapi nak buat macam mana, ini jalan yang aku pilih..
Kalau nak dituliskan coretan sepanjang ada kat sini memang tak mampu..pun ada banyak yang aku tak ingat dah..banyak yang dah berubah.. semester depan tak jumpa kawan-kawan rumah memandangkan praktikal tempat lain-lain...tapi mimi tetap ada memandangkan aku satu sekolah praktikal dengan dia..jaga diri baik-baik ye kawan-kawan..jumpa lagi di sem 8..ingat janji-janji kita nak berpoya-poya nanti masa sem 8..kumpul duit banyak-banyak masa cuti..jangan membeli je macam mimi..hahahahaha..sempat lagi kutuk mimi...hihihi...
Gambar-gambar kandid yang tak berapa nak kandid...
My Housemates..
Mimi ketinggalan..alamak..haha
Nak senyum macam mana ni?haha
taktaw nak kata apa..haha
Faha anak PM..haha
hahaha
faha sofang-sorang pun jadi..haha
SUPER UPSI
Kiraan hari tamatnya semester enam sudah bermula.. jage diri kawan-kawan.. Gudluck for practikal! :)
Minggu hadapan adalah minggu peperiksaan untuk pelajar UPSI? exam?seriusly?OMG! assigment masih berebut-rebut nak siapkan..dah nak exam...haruuuuu... nak buat kajian tindakan lagi..arghh..susahnya jadi cikgu!
dan sekali lagi gambar ni naik..hahaha
dan dia muncul sekali lagi untuk kali ke enam...
15 hb Julai pula aku bakal berpraktikum..wahhh..bersediakah aku? sekolah pilihan Sekolah Menengah Agama Tanjung Karang..wah..sekolah agama..mampu ke aku nak tunjukkan contoh yang baik kat pelajar nanti?entah-entah aku yang diajar oleh pelajar nanti! hahaha...
Cikgu Jiha..sayalah orangnye..hihi
saya sedang menulis..hihi
Minggu ni dah berjaya siapkan pengajaran Makro kedua..komen kawan-kawan bahan yang ada memang menarik tapi aku rasa persediaan aku yang tak cukup..tambah mengecewakan hampir separuh kelas yang tak hadir memandangkan kuliah tanpa pensyarah..hurm..nak marah pun tak boleh.. takpelah..kalau kita buat baik kat orang lain Allah kan akan balas benda-benda yang baik untuk kita jugak... :)
Forum..kiri sekali pasangan saya mengajar...
Buku persediaan mengajar
Walaupun dah mengajar dua kali untuk makro rasanya masih belum puas lagi..masih banyak ruang yang perlu dibaiki..masih banyak kekurangan yang harus diperbetul..terima kasih kawan-kawan yang sudi hadir memberi sokongan!
Semalam sedang aku tengah cut gambar, aku terpadam sekali folder DCIM dengan MISC dalam folder kamera... aku ingat takde lah nak jadi apa-apa sebab folder je pun... tapi malam tadi masa nak pindah gambar-gambar baru dalam letop, folder gambar-gambar tu tak dapat nak dibaca kat letop aku kerana ketiadaan folder DCIM tu... arghhhh!! mase tu barulah timbul penyesalan sebab aku padam folder tu tanpa rasa bersalah semalam...
Hari ni sejak daripada aku bangun tidur sampailah waktu petang rembang ni aku duk hadap letop cari software nak restore balik DCIM tu...tapi nampaknya dah berpuluh software aku download takde satu pun yang boleh restore semula folder tu.. aduhai..apalah nasib aku ni...
Aku pun duk chat lah dengan kawan IT untuk tanye kot-kot ada penyelesaian untuk semua ni..tapi dia pun duk gelak pasal aku padam folder tu..memang payah nak buat balik..mungkin kena pergi Sony Centre kot..
Tapi nasib baik ade software yang boleh ambik gambar-gambar dalam mikro kad tu walaupun tanpa bantuan DCIM..nampaknya lepas ni gambar-gambar hanya boleh display kat letop aku sajelah.. maaflah kepada sesiapa yang nak meminjam kamera nanti..
Ni link yang aku cube untuk kembalikan folder tu semula..
Cari kat torrent search KLIK SINI. Taip je card recovery free download.
Pinjam kamera digital kawan yang lebih kurang same je penggunaan kad SD. Tak kisahlah jenama nikon ke, coolpix ke, samsung ke.. janji jenis kad SD same..
Copy folder DCIM dengan MISC. Paste dalam SD kad yang dah terpadam folder DCIM dengan MISC tu.
Eject SD kad dari letop.
Cube ambil beberapa gambar.
Masukkan semula SD kad dalam letop
Tadaaa!! Hasilnya dapat semula tengok gambar dalam letop!
Selesai berhempas pulas menyiapkan tesis sehingga bab 3, sempat menjenguk blog untuk merisik khabar.. wah wah wah wah.. banyaknya perkembangan.. hasil kerajinan memuat naik perkembangan blog dan mengkuti beberapa segmen mula ada peningkatan... ceh!
Haha..tapi masih belum mencukupi.. terlihat pula segmen menarik ni..rasa nak join.. dah join pon... :)
Hati dan jari rasa tertarik nak menyertai segmen ni memandangkan blog aku ni masih terlalu baru dalam dunia penulisan blog. Aku pun masih belajar menulis dalam blog. Jadi segmen ni sangat menarik dan sesuai la untuk amatur blog macam aku. Banyak pengalaman dan pengetahuan tentang blog-blog yang telah kukuh mungkin boleh aku kenali?kan?Terima kasih Tuan Blog yang Manis.. :)
Hadiah yang ditawarkan oleh pemilik blog...
Review Blog (4 blogger)
Sebuah buku/novel (1 blogger)
Free Banner (1 blogger)
Free desktop wallpaper (1 blogger)
Marilah ramai-ramai meriahkan segmen ni..untung-untung jadi pemenang! tak salah kan berharap? hihi..
Bismilahirahmanirahim... Penat..letih..bosan...menghadap tugasan yang sama setiap hari..tapi masih tak selesai juga.. arghhh.. bila la semester ni berakhir..aku nak berehat sebentar dari dikejar tugasan... Di hujung-hujung semester ni UPSI meriah dengan Festival teater.. aku berkesempatan untuk menonton beberapa buah teater yang di pentaskan di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah UPSI... Teater Pertama..
Teater yang mengisahkan tentang pergaduhan anak-anak raja.. apa yang menariknya tentang teater ni sepanjang menonton:
Waktu pementasan bermula agak lambat kerana menunggu VIP tapi pembukaan acara jelas tak mengecewakan!
Lontaran dialog yang lantang dan meyakinkan oleh para pelakon.
Banyak aksi yang mengejutkan terutamnya apabila pesilat-pesilat muncul dari tempat duduk penonton. Penonton terkejut campur dengan perasaan teruja.
Malah keyakinan pelakon patut diberi pujian kerana berani untuk melakonkan babak di tengah-tengah tempat duduk penonton! Macam taraf pelakon profesional gayanya! Syabas!
Babak menarik Raja Mahadi yang kerasukan syaitan dibawakan dengan meyakinkan sekali!
Keseleluruhannya teater ini tak mengecewakan yang datang menonton!
Teater kedua pulak teater Jejak Pahlawan.
Teater yang mengisahkan tentang Pahlawan Awang yang disangkakan telah mati padahal sebenarnya sihat lagi bernafas...Menariknya tentang Jejak Pahlawan pula:
Babak mula-mula je dah mencuit hati bila seorang pelakon secara tak sengaja melontarkan dialog "oh my god oh my god oh my god" semasa berlari mengejar babak seterusnya. Gamat satu dewan dengan gelak ketawa sebab dengar dialog yang tak patut keluar tu
Tambah melucukan apabila sesi menukar babak. Sibuk krew props mengangkat kubur. Akibat terlalu laju dan mengejar masa, kubur tu seolah-olah terbang. Dah jadi macam cerita seram pula. haha
Babak Tok Ketua yang melucukan. Walaupun kelihatan antagonis tapi dialog-dialog yang dilontarkan mencuit hati penonton. Layanan dan gurauan mesra terhadap isterinya membuat penonton tergelak sakan.
Para pelakon sangat beruntung dalam cerita ni kerana banyak babak makan. hahaha
Ada beberapa babak yang dirasakan tidak logik dalam cerita ini walaupun kelihatan melucukan. Babak semasa perlawanan antara dua orang. Askar-askar masing-masing memegang senapang, tapi hanya berteleku memandang pergaduhan yang berlaku. Ada penonton yang tak berpuas hati dan meminta pelakon menembak saja yang bergaduh tu memandangkan mereka memiliki senapang. Agak lucu suasana ketika itu.
Keseluruhannya kedua-dua cerita yang dipentaskan ni tak mengecewakan penonton. Tahniah kepada rakan-rakan yang menjayakan pementasan ni. Bukan senang nak melakukan sesuatu yang besar seperti ini!
Kata Orang, kawan yang terbaik adalah kawan yang ada dimasa susah dan senang kita...
Kata Orang, kawan yang terbaik adalah kawan yang tak takut untuk menegur dikala kita melakukan kesalahan..
Aku cuba..
Menjaga hati orang lain lebih sukar dari menjaga hati sendiri
Membiarkan hati disakiti walaupun aku tak tahu mengapa
Memohon maaf biarpun aku tahu dia yang selayaknya meminta padaku..
Aku tak mahu jadi seorang yang ego, malah memutuskan silaturahim adalah hal yang terburuk... tapi aku pun letih dilukai , aku letih untuk memujuk lagi...
Kali ini aku biarkan..aku rendahkan ego aku untuk menuturkan maaf, aku perlahankan langkah agar kau boleh jalan seiring , aku diamkan walaupun aku tahu aku yang dikianati , aku senyapkan suara agar kau juga boleh menyatakan perasaan..
Tapi sayang , kau lebih memilih untuk menjauh, kau memilih untuk menghilang, kau lebih memilih untuk menganggap aku tak wujud..
Aku cuma manusia biasa, aku tak mengharap kau menjadi seperti aku , cuma aku pinta kau membuka sedikit ruang untuk orang lain memasuki hidup kau , jangan biarkan orang lain menganggap kau pesimis..
Tapi tak mengapa.. semua orang memandang kau yang benar, aku yang salah.. tak mengapa..biarlah orang memandang aku yang salah, itulah hal terakhir yang boleh aku lakukan untuk kau kawan..
Terima kasih untuk segala yang pernah kita lalui bersama..maafkan aku..aku tak mampu untuk menahan diri lagi.. aku letih hidup begini..
Biarlah kau memilih kawan yang kau inginkan, yang mampu memberi kau kebahagiaan, yang bukan seperti aku... :)
Lagu yang paling sesuai dengan kejiwangan perasaan aku hari ini...tapi ditujukan buat sahabat.. JUDIKA Aku Yang Tersakiti....
Malam ni aku marah.. aku betul-betul marah... marah pada seorang sahabat yang mengguris hati aku.. tapi aku sedar kemarahan tak bawa ke mana-mana..tak mendatangkan untung.. aku dah maafkan dia.. aku maafkan seikhlasnya...
Aku cuba jadi sahabat yang baik..aku cuba bagi teguran bila aku rasa dia silap..aku nasihatkan dia supaya dia ambil berat dengan apa yang aku katakan.. Tapi mungkin cara aku salah.. cara aku kasar..maafkan aku sahabat..aku mungkin bukan sahabat yang baik untuk kau...
Aku sayangkan sahabat aku..bagi aku sahbat aku dunia akhirat.. aku cuba sebaik mungkin untuk jadi penyabar..tapi lama aku pendam rasa marah, makin sakit hati aku.. aku terpaksa luahkan pada kau sahabat...
Sahabat..
Andai kau baca tulisan aku ni. aku nak minta maaf sangat-sangat.. aku tak niat nak menyakitkan hati kau.. jauh sekali nak menjauhkan diri dari kau.. aku pergi sebab aku taknak sakitkan hati kau lagi... aku taknak kau menangis kerana aku...
Akhirnya setelah hampir lima jam bertarung, perjuangan berakhir..arghhhh...
Analisis wacana..kau mendera aku..kau menyeksa aku..kau memaksa aku membaca teks.. kau paksa aku menghadap power point berjam-jam...kau paksa aku analisis tautan yang aku tak pernah tahu sebelum ni..
TAPIIII......!
Malam ni kau dah tewas...malam ni kau dah kalah! kami berjaya selesaikan kau! habislah kau...esok kami nak tunjuk hasil kami balas perbuatan dendam kami pada semua orang... pada semua pelajar kelas kami..kau tengoklah nasib kau esok!!
................,,,penangan assigemnt yang menggila!!!.................
Musim assigment tengah banyak ni, banyak jugaklah masalah yang timbul..musim minggu kuliah dah nak berakhir..masa nilah kita nak menilai tentang diri seseorang.. kenapa?? ada sebabnya:
#Masa nak buat tugasan ni lah kite boleh tengok yang mana bersungguh-sungguh nak buat kerja. Ada yang melangut buat tak tahu, ada yang sekadar atas nama, ada yang pura-pura tak tahu masa kawan lain dok pulun buat tugasan...paling teruk buat-buat sakit atau buat-buat tak tahu yang dia tu ada kerja nak buat.. sibuk nak tolong orang lain buat kerja padahal kerja dia sendiri orang lain tolong buat...
tidur pulak...
#Curi dengar perbualan orang lain. Yang ni paling menyampah sekali. Masa kita cakap kat dia, dia buat tak tahu, tapi masa kita bercakap dengan orang lain sibuk curi dengar..sangat-sangat meluat.. arghhhh
#masalah oh masalah! masa tugasan tengah beratur nilah macam-macam masalah datang. Masa nilah nak buat program ni nak buat program tu. Nak hantar ini nak hantar itu..huuuuuuu
#Hati rasa tak tenang sebab tugasan tak siap..bagi komitmen kat sini ada komitmen kat sana..hati tu macam berbelah bahagi..tekanan lagi...arghh
#orang yang pura-pura sibuk padahal orang lain yang tolong buat kerja dia..
ingat aku tak tahu ke?
Tapi nasib baik masih ada kawan-kawan yang mampu menenangkan hati.. pesanan dia " orang baik selalu di duga.." sabar..sabar..sabar.... :)