Geng blog

19/05/2013

Kemeriahan Teater UPSI

Bismilahirahmanirahim...

Penat..letih..bosan...menghadap tugasan yang sama setiap hari..tapi masih tak selesai juga.. arghhh.. bila la semester ni berakhir..aku nak berehat sebentar dari dikejar tugasan...

Di hujung-hujung semester ni UPSI meriah dengan Festival teater.. aku berkesempatan untuk menonton beberapa buah teater yang di pentaskan di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah UPSI...

Teater Pertama..




Teater yang mengisahkan tentang pergaduhan anak-anak raja.. apa yang menariknya tentang teater ni sepanjang menonton:

  • Waktu pementasan bermula agak lambat kerana menunggu VIP tapi pembukaan acara jelas tak mengecewakan!
  • Lontaran dialog yang lantang dan meyakinkan oleh para pelakon.
  • Banyak aksi yang mengejutkan terutamnya apabila pesilat-pesilat muncul dari tempat duduk penonton. Penonton terkejut campur dengan perasaan teruja.
  • Malah keyakinan pelakon patut diberi pujian kerana berani untuk melakonkan babak di tengah-tengah tempat duduk penonton! Macam taraf pelakon profesional gayanya! Syabas!
  • Babak menarik Raja Mahadi yang kerasukan syaitan dibawakan dengan meyakinkan sekali!
  • Keseleluruhannya teater ini tak mengecewakan yang datang menonton!


Teater kedua pulak teater Jejak Pahlawan.


Teater yang mengisahkan tentang Pahlawan Awang yang disangkakan telah mati padahal sebenarnya sihat lagi bernafas...Menariknya tentang Jejak Pahlawan pula:

  • Babak mula-mula je dah mencuit hati bila seorang pelakon secara tak sengaja melontarkan dialog  "oh my god oh my god oh my god" semasa berlari mengejar babak seterusnya. Gamat satu dewan dengan gelak ketawa sebab dengar dialog yang tak patut keluar tu
  • Tambah melucukan apabila sesi menukar babak. Sibuk krew props mengangkat kubur. Akibat terlalu laju dan mengejar masa, kubur tu seolah-olah terbang. Dah jadi macam cerita seram pula. haha
  • Babak Tok Ketua yang melucukan. Walaupun kelihatan antagonis tapi dialog-dialog yang dilontarkan mencuit hati penonton. Layanan dan gurauan mesra terhadap isterinya membuat penonton tergelak sakan.
  • Para pelakon sangat beruntung dalam cerita ni kerana banyak babak makan. hahaha
  • Ada beberapa babak yang dirasakan tidak logik dalam cerita ini walaupun kelihatan melucukan. Babak semasa perlawanan antara dua orang. Askar-askar masing-masing memegang senapang, tapi hanya berteleku memandang pergaduhan yang berlaku. Ada penonton yang tak berpuas hati dan meminta pelakon menembak saja yang bergaduh tu memandangkan mereka memiliki senapang. Agak lucu suasana ketika itu.

Keseluruhannya kedua-dua cerita yang dipentaskan ni tak mengecewakan penonton. Tahniah kepada rakan-rakan yang menjayakan pementasan ni. Bukan senang nak melakukan sesuatu yang besar seperti ini! 


21 comments:

  1. sya pelakon Jejak Pahlawan .. watak sy kena pukul mcm mana ?? real tak ??? .. sy ne baru nak tumbuh jagung dalam teater ne ..

    mohon pencerahan admin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Watak kene pukul memang best!! penonton beriye kate gansanye cite ni...hahaha... tapi memang boleh bawak sakit badan tuu.. :)

      Delete
    2. ter(Y) dan 'puas hati' ... hahaah

      Delete
    3. Pasti terbaik!!! pelajar UPSI berbakat seni!!

      Delete
  2. Pertm sekali trm ksh sbb sudi dtg bg sokongn tuk kami. Alhamdulillah ape yg kami buat berjy hiburkan korg. Sekrg2nya bleh lupakn sekejb pasal assigment. Feedback yg sgt2 "MENGHARUKAN". Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah..prop terbaik! kubur terbang tuuu! haha

      Delete
    2. hahaha..ini bukan perli..satu fenomena..haha

      Delete
  3. terima kasih sebab sudi datang ke pementasan kami "Jejak Pahlawan" walaupun saya hanya watak org gila dalam teater tersebut... :) Alhamdulillah.. semua telah berjaya dgn jaya nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..ramai yang menantikan watak orang gila tu muncul kembali sebenarnya! :)

      Delete
    2. Hahahaha....ramai ckp cam 2. rg kami jdkan Pak Leman waras pd akhirnya

      Delete
    3. hahha..walaupun gile tapi mencuit hati

      Delete
  4. sy wakil suara dari ketua askar ingin memberi penjelasan knpe askar tidak menembak saje si molok itu,,, ketua askar@ewan baiek telah menjerit kpde tok awang adakah perlu askar menembak molok sahaja?? tetapi di halng oleh tok awang krane tok awang sndiri mahu menyelesaikan masalahnya dengan molok tanpa ad cmpur dari pihak askar,,,mungkin pihak penonton tidak mendengar jeritan dari ketua askar tersebut kerana music y sgt kuat,,maap segale kekurangan daripada JP askar,,, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..mungkin bunyi yang terlalu kuat...hahaha..tak mengapa..itu membuatkan penonton bersemngat untuk memberi perhatian terhadap babak..tapi kalian telah melakukan yang terbaik!! :) tahniah!

      Delete
  5. tak pernah lagi tengok teater secara live..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datanglah ke UPSI..sekarang meriah dengan festival teater! orang luar pun dijemput hadir! :)

      Delete
  6. thanx yang datang tngok teater kmi dan jga komen yang membina..love u..

    ReplyDelete
  7. Thanks..baru belajar menulis! :) cantek lagi blog awk! Tq sudi singgah!

    ReplyDelete
  8. wah.. terima kasih. den Raja Abdullah utk Dari Lumpur.. hehe. terima kasih sebab dtg

    ReplyDelete

bagi sikit pendapat... :)