Geng blog

11/05/2013

Seni Khat di UPSI!



Bismilahirahmanirahim...

Di UPSI tercinta ni ada satu subjek kokurikulum yang wajib kami ambil sebanyak satu jam kredit iaitu Kelab. Sem ni aku dah daftar untuk ambil Tulisan Jawi...hohoho.. rasenya kali terakhir belajar jawi adalah masa sem 1.. sem mula-mula masuk UPSI..tu pun terkial-kial tangan nak tulis jawi memandangkan lama dah tinggalkan sekolah agama...

Kursus Tulisan Jawi ni bukanlah belajar tentang asal-usul jawi semata-mata, tapi kami juga di ajar untuk menulis khat...KHAT? lagilah dah lama aku tak sentuh.. seingat aku kali terakhir menulis khat masa darjah tiga sekolah agama.. mase tu umur 9 atau 10 tahun tak silap.. sekarang dah 23 tahun..upsss..lame tuuuu....

Aku amik subjek ni pun sebab permintaan kawan baik aku yang nak sangat amik subjek ni iaitu Mimi.. haha.. dari minggu pertama samapi ke 8 duk menangis tiap-tiap kuliah..bukan sebab sedih, tapi mengantuk mendengar teori dan sejarah jawi..hahaha...bila Mimi merungut, aku ungkit balik , dia yang nak sangat subjek ni kan? amekkkk...

Tapi....

Minggu ke 11 jadi menarik sebab kami mula menulis khat.. akhirnya..akhirnya.. kami tak mengantuk lagi ! Yang tambah seronoknya pensyarah yang mengajar tulisan khat merupakan pensyarah Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu masa sem 4 dulu.. baik dan lembut je orangnya..tambah seronok sebab dia pun orang Jawa...kadang-kadang ada juga terkeluar intonasi Jawa masa dia mengajar...



Latihan pertama menulis


ini hasil keje pertama  hosemate aku..


Huruf asas dalam tulisan jawi


Di sebabkan kami budak baru belajar maka nak mengasah pensel khat pun kami tak tahu nak buat..haha.. pensyarah yang baik hati telah membantu mengasahkan mata pensel khat kami...uniknya pensel khat ni berasal dari pokok batang pokok paku pakis yang telah tua dan dikeringkan.. senang sangat nak patah kalau tak berhati-hati masa menggunakannya...nama pensel khat ni kalau tak silap pensyarah sebut sebagai "khandam".

dakwat Rm1.50..pensel khat hadiah daripada pensyarah..

Maka hasil pertama yang bolehlah nak di kongsikan bersama...

Hasil kerja aku sendiri...
hasil kerja hosemate aku...

Pensyarah dah mengingatkan kami setiap minggu akan ada tugasan yang menanti..tak sabar rasenya... haha..


Merah itu aku, biru itu hosemate (mimi)...

Sekian....



5 comments:

  1. Bestnya tengok mimi pandai tulis khat. Seriously berbakat. Nak belajar jugak...hua hua hua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimi a.k.a hosemate sy pun ade bakat lain..menyanyi tanpa henti pon boleh..hahaha

      Delete
  2. hurm panjang sangat resam tu heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...iyeke?saya baru belajar...ikut bakat je ni....hahaha

      Delete
  3. Sy pon buat khat juga untuk masjid upsi. 25.6 ni insyaalah nk pegi pasang (khat drpd gypsum/kapur

    ReplyDelete

bagi sikit pendapat... :)