Geng blog

12/05/2013

Segmen : Mencari bloglist Mei & Jun




Bismillahirahmanirahim....

Minggu ke 12 kuliah, sibuk dengan tugasan tapi tangan masih aktif cuba masuk segmen bloglist..yearghhhh!!! Blog cantek-cantek semua..patut ramai follower.. :)



Ini syarat-syarat penyertaan :) C/P dari blog beliau.... :)


Syarat :
1) Warganegara Malaysia
2) Follow blog saya. *cari google connect kat kanan :3
3) Follow twitter ---> 
4) Lekat banner dan backlink kan entry ini.
5) Klik SINI, SINI dan SINI *Pastikan clear cache and cookies, tunggu sehingga habis loading. Jujur tauu :)
6) Siap semua syarat? just tinggalkan link entry di komen entry ini sahaja *tempat lain tidak akan di layan
7) Tarikh tutup : 18/5/2013

Pemenang : 
1) Topup Maxis/Celcom RM5 x1 - random.org
2) Shiseido Black Mask x1 - random.org *kalau melebihi 60 orang
3) 60 peserta akan menjadi bloglist Mei & Jun saya. *kalau lebih 60 random jelah ^^ Rasanya tak cecah pun. Heeeeeeee. So, kemungkinan semua jadi bloglist saya :D

Segmen Follow April hingga Disember 2013

Bismilahirahmanirahim...

Sedang menyingkap-nyingkap tabir blog , terlihat pula segmen ni Blog cantek ni..terlintas nak join.... Nice blog nice entry.. canteknya blog dia ni... patutlah ramai yang ikut...aku pun nak join jugaklah... :)



Syarat-syarat penyertaan

  • Mempunyai Belog (Wajib)
  • Follow Belog cik akak (yang dah follow boleh abaikan)
  • Soal entri tak wajib....ikot suka hati u all nak buat cam mane...yang penting u all suka
  • Copy banner comel cik akak tu dan tempek kat entri u all
  • Letak Tajuk " Segmen Follow April hingga Disember 2013"...Kalau tajuk lain cik akak memang tak layan...hihi
  • Akhir sekali u all boleh tinggalkan link dalam kotak komen cik akak....perlu diingatkan tempat lain selain kotak komen memang cik akak tak layan 100%
  • Terbuka kepada semua " Belog Malaysia" sahaja

Segmen bermula 02.04.2013 dan Tamat 31.12.2013

HADIAH???

Hadiah masih dalam perancangan cik akak....

Hadiah Novel dan Top Up semestinya....
Yang lain-lain cik akak akan update dari semasa ke semasa....
semoga segmen cik akak mendapat sambutan...

Aku yang disakiti...

Bismilahirahmanirahim...

Satu demi satu cerita tersingkap....Ya Allah.....Rupanya Kau sembunyikan cerita itu daripadaku

Menangis dalam hati



Supaya segalanya seperti biasa

Hari ini....Saat ini....Tak tergambar peritnya hati ....Bila perlahan-lahan cerita itu terbuka...Entah bila saatnya...Semua itu terjadi

Hari ini aku tahu...Hatinya pernah dimiliki...Dia pernah melakukan hal yang sama kepadaku dulu...Hari ini baru aku tahu...Semua cerita itu

Aku tahu, dia yang kini pun cuma pinjaman..belum hak untuk aku memilikinya, belum saatnya aku memberinya segalanya...

Patah tumbuh hilang berganti

Walau telah berkali aku disakiti, aku masih mencuba lagi..terus tegak berdiri..

Terima kasih kamu yang pernah singgah di hati.
Terima kasih kamu yang sedang di nanti
Aku janji aku akan cuba untuk menahan hati ini daripada terus dikhianati..


:(



11/05/2013

Seni Khat di UPSI!



Bismilahirahmanirahim...

Di UPSI tercinta ni ada satu subjek kokurikulum yang wajib kami ambil sebanyak satu jam kredit iaitu Kelab. Sem ni aku dah daftar untuk ambil Tulisan Jawi...hohoho.. rasenya kali terakhir belajar jawi adalah masa sem 1.. sem mula-mula masuk UPSI..tu pun terkial-kial tangan nak tulis jawi memandangkan lama dah tinggalkan sekolah agama...

Kursus Tulisan Jawi ni bukanlah belajar tentang asal-usul jawi semata-mata, tapi kami juga di ajar untuk menulis khat...KHAT? lagilah dah lama aku tak sentuh.. seingat aku kali terakhir menulis khat masa darjah tiga sekolah agama.. mase tu umur 9 atau 10 tahun tak silap.. sekarang dah 23 tahun..upsss..lame tuuuu....

Aku amik subjek ni pun sebab permintaan kawan baik aku yang nak sangat amik subjek ni iaitu Mimi.. haha.. dari minggu pertama samapi ke 8 duk menangis tiap-tiap kuliah..bukan sebab sedih, tapi mengantuk mendengar teori dan sejarah jawi..hahaha...bila Mimi merungut, aku ungkit balik , dia yang nak sangat subjek ni kan? amekkkk...

Tapi....

Minggu ke 11 jadi menarik sebab kami mula menulis khat.. akhirnya..akhirnya.. kami tak mengantuk lagi ! Yang tambah seronoknya pensyarah yang mengajar tulisan khat merupakan pensyarah Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu masa sem 4 dulu.. baik dan lembut je orangnya..tambah seronok sebab dia pun orang Jawa...kadang-kadang ada juga terkeluar intonasi Jawa masa dia mengajar...



Latihan pertama menulis


ini hasil keje pertama  hosemate aku..


Huruf asas dalam tulisan jawi


Di sebabkan kami budak baru belajar maka nak mengasah pensel khat pun kami tak tahu nak buat..haha.. pensyarah yang baik hati telah membantu mengasahkan mata pensel khat kami...uniknya pensel khat ni berasal dari pokok batang pokok paku pakis yang telah tua dan dikeringkan.. senang sangat nak patah kalau tak berhati-hati masa menggunakannya...nama pensel khat ni kalau tak silap pensyarah sebut sebagai "khandam".

dakwat Rm1.50..pensel khat hadiah daripada pensyarah..

Maka hasil pertama yang bolehlah nak di kongsikan bersama...

Hasil kerja aku sendiri...
hasil kerja hosemate aku...

Pensyarah dah mengingatkan kami setiap minggu akan ada tugasan yang menanti..tak sabar rasenya... haha..


Merah itu aku, biru itu hosemate (mimi)...

Sekian....



Segmen + Follower by Huda

Bismilahirahmanirahim...

Baru nak terjebak dengan segmen-segmen macam ni... haha..

Blog ni cantik sangat nak di banding dengan aku yang baru belajar main blog ni! :)

Klik kat sini..




Sekian..

10/05/2013

Minggu Assigment Menggila!!

Bismilahirahmanirahim...

Minggu ni minggu ke 11 kuliah... tapi minggu ni sangat sibuk... apabila pensyarah sudah mula menagih tugasan..pensyarah dahagakan pembentangan..pensyarah menuntut tesis...arghhh..minggu yang menyesakkan kepala kerana tuntutan menjadi seorang pelajar...Projek tahun akhir, pengajaran makro, semantik, folio media dan analisis wacana..amboi..banyaknya kerja..macam ni pun masih ada orang ada senangnya jadi pelajar pendidikan...warghhh...

hakikat!

Walaupun dah tahu tiap-tiap sem akan jadi macam ni tapi masih belum insaf.. masih buat kerja saat akhir.. ops..kadang-kadang bukan kerja saat akhir, tapi pensyarah yang lewat memberi tugasan...





Dalam minggu ke 11 ni pulak pensyarah nak buat program..parah..nasib baik dia da uruskan semua..cuma tinggal beberapa tugasan lagi yang perlu dilangsaikan..nampknya kena makan Vitamin nak menyiapkan kerja..hahaha..


Dalam sibuk-sibuk memikirkan assigment yang tak siap-siap, peperiksaan akhir dah mula mengintai peluang...nampaknya takde study week terus je periksa..bermula 3 Jun dan berakhir 7 Jun.. 15 Julai bermulanya praktikal...arghhh... rumah sewa untuk praktikum kat Tanjung Karang belum confirmkan lagi... PULAMI pun masih belum memberi kepastian... kenapa banyak sangat yang perlu difkirkan..arghhh.. 


kakak aku a.k.a Mysis dah keluarkan jadual...

Sekarang ni pun masih sedang menyiapkan saki baki terakhir assigment..tapi sebenarnya ada lagi tiga pembentangan yang belum selesai...arghhh.... :(  Mudah-mudahan aku boleh!!

30/04/2013

Menangani marah!!

Bismilahirahmanirahim..

Marah..tertekan..stress..benda biasa yang selalu kita lalui.. ada orang kata, kalau hendak mengenal sikap seseorang itu, lihatlah ketika dia sedang marah...bagaimana responnya...

Bosan dengan orang marah!


Marah tu boleh..tapi jangan sampai menjejeaskan orang lain..marah tentang sesuatu perkara, orang lain yang tak terlibat yang jadi marah..ini namanya tak rasional..marah tak bertempat..orang-orang macam ni patut sedar bukan dia sorang je dalam dunia ni yang boleh marah.. ada perasaan marah.. kena ingat, orang lain pun ada hati juga.. jangan hanya fikirkan diri sendiri saja..

tak puas hati cakaplah!


Marah bukan saja memenatkan emosi, tapi jugak meletihkan tubuh badan..badan akan jadi cepat penat , letih, hati pun sakit...kenapa nak marah kalau kita boleh luahkan pada seseorang.. kalau tak puas hati, jelaskan..jangan babitkan orang tak bermasalah dalam kemarahan yang tak tentu hala...

sabarlah sikit!

Kenapa aku tulis pasal marah? sebab aku rasa marah tu benda paling tak guna yang manusia suka sangat nak buat padahal ada jalan penyelesaian yang lebih baik!

Urghhhh!!

29/04/2013

Kawan...sembuhlah cepat!

Bismilahirahmanirahim..

Hari ni aku pergi melawat kawan aku yang kena tahan kat wad kecemasan Hospital Slim River.. aku baru tahu dia kena tahan melalui seorang kawan lain.. sedih aku tengok muke dia yang pucat dan kesejukan duduk kat wad tu... aku tak sampai hati.. dah dekat seminggu dia demam teruk tambah muntah-muntah tak dapat jamah apa-apa , baru aku tahu pasal ni...tu pun sebab orang tersayang dia post kat facebook...

Kawan ni kawan yang aku kenal masa tingkatan enam dulu..aku, dia dan dua orang kawan lagi dapat same-same masuk UPSI..sejak sekolah lagi kami dah macam adik beradik.. kalau ada apa-apa jadi dia akan jadi antara orang pertama yang aku maklumkan... tambah duduk dekat UPSI, keluarga jauh...


yang baju coklat tu tak sihat..


Kawan...
aku doakan kau cepat sembuh..
jangan bagi kami risau.. 
maafkan kami sebab lambat tahu pasal hal ni...
kau kene kuat kawan..kau kena sembuh.. 
ramai orang doakan kau...
kau diperlukan oleh ramai orang... 
jangan buat kami risau..tolonglah... 

doakan yang terbaik untuk dia... Aaaammmmiiinnnn...

27/04/2013

Aku Orang Johor!!

Bismilahirahmanirahim...

Hari ni....hari ni...ye..hari ni.... hari ni Johor menentang Perak kat stadium Lumut...Arghhh.. aku tak dapat join sebab takde geng...anjuran Major UPSI.. sayangnye..sayangnye....arghh sekali lagi...



Opsssss...sejak bila pulak aku minat bola?takkkk...aku tak minat bola...bola sepak paling tak minat... aku cume rasa sayang sebab Johor yang lawan hari ni..ye...hari ni...

Owh JOhor!


Sejak dua menjak tarikh pilihanraya ni diumumkan, makin banyak lah fitnah yang cuba disebarkan. Tambah-tambah lagi nak memenangi kerusi di Johor yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional. Aku? Aku pun tak tahu lebih cenderung ke mana.. selama ni aku rasa kerajaan yang mentadbir Johor cukup baik dalam melaksanakan tugasnya.. tapi ada orang kata orang Johor teraniaya bila Sultan Johor beli plat kereta baginda yang baharu tu.. tapi aku? entahlah...aku tak pernah rasa macam tu pun... Sultan ada Johor Corp. kot..buat apalah baginda nak ambil duit rakyat kan...Biarlah apa orang nak kate...aku bangga aku dilahirkan di Johor dan jadi sebahagian dari Johor....anak jati JOHOR...





Walaupun sedih dan terkilan, nasib baik ada berita gembira.. ada bas percuma disediakan untuk balik kampung mengundi...horeeeee!!! hahaha.. terminal bas Batu Pahat ada tuuuu.... Alhamdulilah.....

Sebelum mengakhiri kata-kata..terimalah sedikit semangat dari anak jati Johor!!!



Sekian...

06/04/2013

Demam Makroteaching...

Bismillahirahmanirahim...

Cuti pertangahan sem dah pun bermula..tetapi aku masih disini..di bumi bertuah Tanjong Malim.. Kawan-kawan rumah sewa semua dah balik dan hanya tinggal aku dan mimi... Arghhh.... kenapa aku belum balik? bukan aku taknak balik..tapi hari ahad ni aku akan menjejakkan kaki ke bumi Perlis untuk melakukan pengajaran Makro di sebuah sekolah di daerah Arau Perlis.... Bukan aku taknak dekat-dekat tapi rezeki ada yang jauh nak buat macam mane..lagipun dah terlanjur berjanji..haruslah ditepati...

Tekanan sebab masih belum balik kampung lagi...arghhhhh


Pengajaran makro yang kami perlu lakukan ni merupakan Tugasan KPD 3026 yang wajib kami selesaikan sebelum berpraktikum pada sem depan...macam-macam kerenah nak berdepan dengan pihak sekolah untuk dapatkan kebenaran nak buat pengajaran makro ni.. aku dengan tiga orang lagi kawan dah pergi beberapa sekolah di daerah Tanjong Malim ni untuk dapatkan kebenaran, tapi sayangnya permohonan kami ditolak dengan alasan kami tidak memiliki surat kebenaran daripada KPM.... nasib baiklah sekolah lama kawan aku  yang kat Perlis ni lebih memahami.. sekolah bagi kebenaran walaupun kamu takda surat daripada KPM.. terima kasih Ya Allah...







Respon setelah tiga buah sekolah menolak permohonan kami..haha

Bila nak datang tempat orang ni kenelah bersedia kan? tambah-tambah pulak nak mengajar kat sekolahnya.. aku ni bukanlah guru tetapi hanya pelajar...  berdebar-debar rasa.. tapi persediaan kene buat jugak supaya perjalanan pengajaran Makro tu berjalan dengan lancar...


Bahan bantu mengajar


RPH pengajaran karangan

Penanda buku tanda cenderahati


Cenderahati yang belum siap dihias lagi..hihi...

Kebetulan hujung minggu ni pula ada hari terbuka Kolej Za'ba.. jadi aku dan mimi mengisi kebosanan menunggu hari ahad dengan membuang masa, duit dan tenaga di sana..hahaha... tambahan pulak ramai artis-artis yang datang..memang meriah... 

Aku berdoa semoga perjalanan aku ke Perlis selamat sampai dan aku dapat balik ke Johor secepat mungkin.. paling awal hari rabu aku dah ada kat kampung..fuhhhhh...mudah-mudahan,,aaaaammmmmiiiinnn...

SEKIAN...